Assalamualaikum dan Hi semua :)
Lambat betul nak bersiaran hari ni.Dari pagi sampai la ke malam aktiviti pack. Sampai ofis terus banyak kerja.Actually tak banyak sangat tp kerja kena betul2 fokus sebab part ni tak boleh nak buat mistake langsung. sebab dah nak hantar data ke client. salah satu ayat/perkataan nnt panjang pulak ceritanya..Waktu petang pulak dipenuhi dengan testing coherency enhancement untuk final stack (sila la abaikan term-term geophysic yang pelik-pelik ni yer).Jadi, tak sempat nak berblog...
Balik ke rumah mmg dah rasa kepala berat sebelah sbb baru realize its Monday and I can't even feel the Monday Blues sebab terlalu occupied. Balik rumah, seperti biasa buah hati pengarang jantung harus dilayan terlebih dahulu. Bagi Ilyaas minum susu semua dulu, baru mandi manda. Nasib baik lah ada suami yang sangat ringan tulang membantu basuh botol-botol EBM, simpan ice pack dalam freezer dan sterilize semua botol-botol EBM Ilyaas. Lepas solat maghrib, agenda seterusnya ialah memasak untuk makan malam.Mujurlah waktu Maghrib sekarang awal, jadi solat dahulu baru masak. Masak simple-simple je untuk makan berdua. Meni malam ni ialah ayam sambal kicap dan sayur yong tau foo. Hihi, actually ada yong tau foo lebih dari pasar malam haritu, so simpan dan buat goreng dgn sayur. Ilyaas tak makan malam ni, sebab tadi Opah (panggilan Ilyaas pada babysitter) dah bagi makan pukul 5. So Ilyaas dibiarkan bermain-main sendirian di atas tilam.Kesian jugak, tp he gets used to it.Paham dah Umi and Ayah nak selesaikan kerja rumah cepat-cepat sebelum dapat lepak dengan Ilyaas.
ayam sambal kicap |
sayur yong tau foo |
Lepas makan malam, bagi Ilyaas minum susu lagi se-round. Pastu Ilyaas poo-poo dengan smelly nya pulak...Habis kena baju, alang-alang nak basuh baju Ilyaas, Umi pun basuh semua tudung-tudung Umi yang dah beberapa minggu terkumpul tunggu di basuh. Hehehe, ye saya pemalas basuh tudung.selalu kumpul banyak-banyak baru basuh. Sambil-sambil tu, Umi masak bubur nasi Ilyaas. Sebab semalam tak sempat nak masak, since seharian kami keluar, Isyak baru sampai ke rumah. Umi dah penat sgt semalam nak masak kan bubur Ilyaas (untuk stock seminggu lebih). Nasib baik still ada beberapa cube bubur Ilyaas yang dibuat hari Ahad minggu sudah, dapat buat bekal ke rumah Opah hari ni.
Kali ni, bubur Ilyaas dicampur dengan sayuran hijau!!! Umi introduce green vegie dalam diet Ilyaas. Harap-harap Ilyaas okay dengan rasa baru bubur dia ni..
Bahan-bahan:
selain beras dan air, saya gunakan ayam, potato dan sayur bayam(spinach) |
sewaktu disejukkan. Husband cakap bubur ni penuh seni, sebab warna warni, Boleh ke? |
setelah di blend.Jangan letak banyk sangat sup dari rebusan bubur tu tau, saya terletak banyak air, jadinya bubur kali ni sedikit cair. |
sedia untuk di-frozen kan. dapat 18oz in total.bekalan untuk 1 week + |
Lepas siapkan bubur, baru saya tidurkan Ilyaas.Sepanjang siapkan bubur semua tu, Ilyaas main-main dengan Ayah sampai dah mengamuk2 sebab ngantuk sangat. Kejap je dia gombeng terus tertidur.
Okayla, sekian saja rumusan hari Isnin saya :) Bagaimana hari Isnin anda semua? Semoga minggu ni menjadi lebih bermakna buat kita semua, InsyaAllah. Saya bersemngat untuk menghabiskan hari-hari bekerja dalam minggu ni, sebab hari Sabtu nanti kami sekeluarga akan bercuti!!!Ilyaas akan merasai his first vacation...InsyaAllah...
okay, selamat malam...
gud gud... campur vege... Armand setakat ni, Leo tak introduce nasik lagi.. all vege + fruits saje.. hehe.. nak melatih anak makan sayur katanya... ahahhaha.... nanti masuk 7-8 mths baru nak masuk nasik.. hiks!
ReplyDelete