Harini saya ter-come across topic ni dekat blog Tanyalah Ustazah. Jd, saya nak share dengan semua ibu-ibu di luar sana..serta bapa-bapa sebab penyusuan susu ibu atau anak susuan ni sesuatu yg perlu di ambil berat oleh setiap pasangan yg membuat keputusan untuk menyumbangkan susu kepada bayi lain, atau bg ibu-ibu yang bermasalah untuk menyusukan bayinya...Bagi saya, anak susuan saya ialah anak saudara dari sebelah suami, mmg diketahui nasabnya dan mmg mempunyai hubungan darah. Dah terlanjur sebut pasal anak susuan saya, Amzar dah boleh jalan tau:P
ok, ni isi kandungan yg ingin sy kongsikan bersama-->
Apabila membicarakan persoalan penyusaan dan susu ibu di zaman moden, terdapat bebearapa garis pandu dan isu yang perlu diperhalusi.
PERTAMA, menjelaskan pengertian radha' (penyusuan) yang menjadi acuan syara' untuk menetapkan pengharaman.
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Nisa`: 23
Menurut perbincangan Ulama Fiqh klasik dan kontemporari harus kita memberi sususan secara percuma atau mengambil bayaran berdasarkan keharusan mengambil upah menyusukan bayi yang dilakukan pada zaman Nabi saw. Persoalan di sini apakah hukum dan garis pandu menderma susu atau memberi susu kepada bank susu ATAU individu tertentu.
Ringkasnya di sini terdapat tiga isu:-
1) Hukum Rodo' telah diringkaskan Ulama' apa sahaja cara susu sampai kepada bayi samada melalui hisapan atau kerongkong atau hidup. Ini pendapat kebanyakan Ulama' termasuk Dr Yusuf Qardhawi dan Ulama Mazhab yang tiga.Abu Hanifah, Imam Malik, dan Imam Syafi'i yakni Jumhur atau majoriti Ulama'.
Riwayat pertama, lebih dikenal sebagai riwayat dari Imam Ahmad dan sesuai dengan pendapat jumhur ulama: bahwa pengharaman itu terjadi melalui keduanya (iaitu dengan memasukkan susu ke dalam perut baik melalui mulut maupun melalui hidung). Adapun yang melalui mulut (wajur), karena hal ini menumbuhkan daging dan membentuk tulang, maka sama saja dengan menyusu. Sedangkan melalui hidung (sa'uth), karena merupakan jalan yang dapat membatalkan puasa, maka ia juga menjadi jalan terjadinya pengharaman (perkahwinan) karena susuan, sebagaimana halnya melalui mulut. Riwayat kedua, menolak bahawa kaedah berkenaan tidak menyebabkan berlakunya pengharaman perkahwinan dengan alasan ia bukan salah satu bentuk penyusuan. (iaitu melalui hidung)
SEBAB PENGHARAMAN:-
Dalam hal ini, al-Qaradawi berpendapat, jika itu dijadikan 'illat atau sebab yang boleh mengharamkan perkahwinan karena ia boleh membentuk tulang dan menumbuhkan daging dengan cara apa pun, maka apa kurangnya memasukkan darah seorang wanita kepada seorang anak yang membolehkan wanita tersebut atau anak tersebut haram berkahwin dengannya. Malah proses memasukkan darah melalui pembuluh darah ini lebih cepat dan lebih kuat pengaruhnya daripada proses penyusuan. Tetapi hukum-hukum agama tidaklah dapat dipastikan dengan dugaan-dugaan, karena persangkaan adalah sedusta-dusta perkataan, dan persangkaan tidak berguna sedikit pun untuk mencapai kebenaran.
Ringkas sebab atau illah keturunan melalui penyusuan bukan kerana menghisap dari payudara tetapi KERANA
a) Susu sampai ke perut
b) Susu itu membentuk tulang, darah dan daging yang menjadi SEBAB tumbubesaran seseorang bayi.
Jesteru samada cara:-
1) Hisapan
2) Tuang
3) Suntikan
4) Botol
Kesmuanya dikira sebagai 'Rodo' atau sususan.
KEDUA: BANK SUSU ATAU DERMA SUSU
Menurut pendapat Dr Wahbah Zuhaily beliau menentang penubuhan bank susu dikhuatiri akan berlakunya pencampuran nasab.
Jesteru, penetatapan Majlis Fiqh sedunia telah mengeluarkan hukum di bawah:-
enetapan (Qarar) no. 6 (2/6) tentang Bank Susu Oleh Majlis Fiqh Islami
Majlis Feqah Islami, melalui Badan Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal 22 – 28 Disember 1985 bersamaan 10 – 16 Rabiul Akhir 1406;
Setelah penelitian terhadap isu Bank Susu berdasarkan disiplin ilmu Fikah dan perbincangan mendalam yang berlangsung dalam 2 sesi, Majlis Feqah Islami telah mendapati bahawa:
Pertama : Insititusi Bank Susu adalah merupakan ujian dan
eksperimen bangsa Barat. Namun institusi ini semakin
kurang mendapat perhatian kerana timbul anasir-anasir
negatif berdasarkan kajian dan tinjuan ilmiah.
Kedua : Seluruh umat Islam telah berijmak bahawa kesan dan
akibat penyusuan (rodho`) adalah sama seperti pertalian
keturunan dan darah (nasab). Sementelah pula Islam
datang dengan tujuan untuk menjaga kepentingan
keturunan (nasab) dan kewujudan Institusi Bank Susu
boleh menyebabkan percampuran keturunan secara tidak
Syar`iy dan menyebarkan keraguan.
Ketiga : Bayi-bayi yang kekurangan berat badan atau menghidapi
penyakit-penyakit tertentu (yang menjadikan susu badan
sebagai penawar) masih boleh dirawat melalui proses
penyusuan biasa sama ada daripada ibu kandung atau
penyusu upahan. Dari sudut ini, institusi Bank Susu
dilihat tidak relevan diwujudkan.
Atas sebab-sebab tersebut, penetapan (Qarar) Majlis adalah seperti berikut:
- Menentang kewujudan Bank-bank Susu Ibu di seluruh negara Islam
- Mengharamkan pengambilan susu dari bank tersebut. Wallahu a`lam.
i. Hendaklah susu itu diberikan kepada anak-anak oleh seorang wanita sahaja dan tidak bercampur aduk agar tidak bercampur nasab apabila ia memberikan susu lebih dari lima kali yang mengenyangkan.
ii. Hedaklah pihak pengurusan bank susu itu mengeluarkan sijil “Ibu susuan” agar ia mengetahui ibu susuan dan saudara susuannya.
Tambahan dari saya:-
iii- Jika ingin menderma susu yang diperah yang berlebihan kepada hospital atau anak angkat, hendakalah si penderma memberi maklumat peribadi ATAU memaklumkan latar belakang.
iv: WAJIB mempunyai satu sistem yang mencatatkan salasiah kedua belah pihak. Wajib mengisi borang secara formal. Hendaklah si penerima juga mengisi borang secara formal dan mengetahui siapakah yang menderma susu kepada anaknya
vi: Sekalipun melalui blog atau sebagainya hendaklah dijaga garis pandu yang telah diberi syara' agar dapat menjaga kemaslahatan di masa akan datang walaupun kita asalnya hendak membuat kebajikan.
Wallahua'lam
Ustzah Sumayyah A.Aziz
Good info dear.. :P
ReplyDeletesgt hebat ibu yg bley menderma susu neh... :)
ReplyDelete