Sejak Ilyaas masuk umur 6 bulan ni, saya selalu baca pasal homemade baby food. Kebanyakkan info-info dalam internet ni memang reliable. Kebiasaannya, saya akan buat makanan Ilyaas pada hujung minggu, frozen kan dan tiap-tiap pagi ambil satu bekas untuk bawa ke rumah babysitter bersama bekalan EBM.
Baby cubes (1oz), bekas biru (4oz) dan bekas MLO (2oz) dulu sy guna bekas MLO ni untuk simpan EBM |
Berikut ialah rujukan saya untuk menyimpan makanan Ilyaas:-
Sumber: Wholesome Baby Food
Menggunakan Ice Cube Tray- Freezer Bag Method
Menggunakan cara ini, kita sendukkan bubur atau puree ke dalam bekas ice tray dan kemudian balut dengan plastic wrap. Sebelum menggunakan icu cube, haruslah basuh ice cube dgn bersih terlebih dahulu.
Penggunaan Ice-Cube Tray- Freezer Bag Method ini dapat memberikan beberapa kelebihan seperti:-
Setiap cube/bekas dpt menyimpan kuantiti makanan sebanyak 1oz. saya menggunakan baby cubes 1oz. (baby cubes juga ada dlm size 2oz dan 4oz)
Boleh menjimatkan duit sebab most of us dah ada ice cube tray dekat rumah.
Mengelakkan pembaziran makanan sebab kita boleh gunakan satu cube untuk sekali makan.
Menjimatkan masa yang digunakan untuk menghasilkan baby food.Selalunya saya ambil masa 1 jam sahaja seminggu untuk siapkan makanan Ilyaas.
Sekiranya, kita nak buat makanan bayi dalam kuantiti yang banyak, kita boleh keluarkan makanan bayi yang frozen tu dan masukkan dalam freezer bags dan boleh gunakan lagi tray/baby cubes untuk buat another batch of baby food. Cara ini juga dapat menjimatkan space dalam freezer. (Penting ni, sebab nak simpan EBM lagi tambah lagi org mcm saya yang takde deep freezer ni).
Menggunakan method ice cube tray-freezer bag method ni, pastikan kita label bekas tray ice cube/ freezer bag supaya kita dpt gunakan konsep first in first out (FIFO). Sama la mcm konsep EBM.Cara ini juga membantu kita keep track berapa lama makanan bayi yang disimpan.
Maximum time untuk menyimpan frozen food for baby ialah 1 bulan. Kalau simpan dalam fridge biasa, pastikan hanya untuk 48jam untuk mengurangkan bakteria contamination.
Untuk hari ni, saya buatkan Ilyaas bubur nasi + carrot + potato + secubit isi ayam. Rasanya lebih sedap, nyum2. Umi pulak yang suka makan. Proses membuatnya adalah sama dgn bubur nasi campur carrot cuma tambahkan sebiji ubi kentang dan secubit isi ayam.
Ok, till then,Ilyaas dah tidur nyenyak and I want to cuddle him now.. Semoga kita semua dapat manfaat dari entry ni :)
senangnya guna baby cubes... sy selalu je masak untuk hari tu je.. tak simpan.. huhu.
ReplyDeletekat mana nk dapat baby cubes yg murah2 ek?
Salam sis, lau baby 6month bape ice cube gune ek?sy cdang nk gune ice tray je biase ngn lid tu je
ReplyDelete