Tuesday, October 30, 2012

Cuti Eid Adha 2012

 
Bermakna perhimpunan cucu-cucu Halaman Dhuha Sdn Bhd di
Kampung Wakaf Nyiur Kembar, Bt.Payung, Terengganu.Gambar ni tak cukup corum.
From Left to right: Hana, Ilyaas, Zulfa, Amzar, Zahra
Not in picture: Fahim, Faris, Fayyadh, Farzana (dorang kat Besut lagi masa ni)
 
Ok, Assalamualaikum semua =)
Dah almost a week tinggalkan blog ni. Sebab nya baru je habis beraya sakan. Atceli, tak raya sakan pun, most of the time duduk kat rumah je, layan anak dan anak-anak sedara. Pagi-pagi raya pun kitaorg tak bergambar bagai sebab semua tak pakai baju raya. Hahah, kecuali kaum bapa yg pergi bersolat raya di masjid. Kaum hawa serta anak-anak duduk di rumah siap-siap nak makan nasi dagang. But, saya still bg Ilyaas pakai bj melayu selama sejam sebelum tukar ke tshirt biasa.Hahha, bagi dia feeling raya sikit.

 
 
Aktiviti biasa la, petang2 lepak kat luar rumah. Main beskal.Main bola. Bagi ikan makan walaupun nak nampak ikan pun susah sebab kaler air kolam agak hijau. heheh
 
 

Bila dah berkumpul ramai-ramai semua sepupu , budak-budak ni susah la nak tidur siang. Bukan takat tidur siang, tidur malam pun lambat gila. Tak larat dah mak bapak masing2 nak tunggu dorg mengantuk. Tak tau dari mana energy banyak gila sorang2 ada. Sampai kul 12 tgh malam boleh cool je masing2 main mainan lepak depan tv. Jangankan yg setahun lebih, yang 6-8 tahun pun sama je. Banyak la drama bila nak ajak masuk bilik untuk tidur. Well, ajak masuk bilik boleh, tp xleh tutup pintu. Kalau tutup pintu, mesti mengamuk panjang. Anak sapa la tu, anak saya la.
 
Sampai satu tahap dia tahan umi dia dari masuk bilik by duduk depan pintu bilik and make sure I did not close the door. supaya dia boleh main lagi kat living room tp umi kena teman dia, takleh masuk tidur. Penat la anak ooooi, umi need a rest. Last-last semua org kena masuk bilik , tutup lampu baru Ilyaas surrender.Tu pon sambung ngamuk dlm bilik.
Agaknya sindrom Ilyaas too bored kat rumah sendiri sebb sekarang kan dia anak tunggal.
Balik kampung ramai sepupu geng bermain. Happy la dia. =)

 
 
 
 Hari raya kedua, pak mertua ku buat korban. Seekor lembu besar gemuk dan sihat walafiat.
 
Malam tu buat kenduri arwah dan tahlil. Masak memasak kami sekeluarga rewang. First time rewang di HD sepanjang saya jadi ahli keluarga HD la. selalu mak ayah panggil orang masak. Tp ni sebab tak ramai sgt jemputan, kami pakat2 gotong royong.


 Pagi tu, lepas sembelih, melapah, potong daging semua (kaum adam la yg buat), saya join diorang timbang2 and bungkus dalam plastik untuk edarkan pada penduduk kampung. Dapat jugak sumbang tenaga dan menghayati erti sembelih korban. Hehehe. Lepas zohor, flat kejap.hahah. pastu baru continue basuh ayam dan masak memasak. Tolong sikit2 je.

Mak dgn Kak Dilah masak gulai kawah. Sedap Meletop Terangkat! mmg laju la makan malam tu. menu lain ialah sayur kacang goreng, daging masak merah dan ayam masak merah. Serta acar timun. Sedap lazat.Berkolestrol gitu.hehehe.

Raya ke-3, nenek melayan cucu-cucu serta anak menantu shopping dan makan. Singgah Tutti Fruity KT. Time ni dah tak cukup corum, sbb geng Shah Alam dah bertolak balik. Pastu the elder two kena tinggal kat rumah.hehe



Raya ke -3 mmg kerja makan dan makan sahaja. Lunch kat pizza hut, panas takde aircond. Ilyaas mengamuk lapar. Malam kat secret recipe pulak. N sambung belanja the elder two tutti fruity sbb tgh hari dorang tak dpt tf.

Tp cuti kali ni tak sempat bersukan ramai2.dn tak dpt ke pantai. huwaa, lama gila dah tak pi pantai. agaknya lepas pantang nnt la pulak kot baru ke pantai.

Raya ke-4, kami bertolak balik ke tronoh dah. tiring journey sbb singgah kl dulu. tp syukur ilyaas tak meragam sepanjang perjalanan.

Raya ke-5, here I am. duduk dpn workstation interpret platform kecik. tp rasa lost. so stop kejap update entry raya ni.

eh, ada produk baru tau kat Myhafiy Blogshop. Nursing cover. Terbaik punya. Tengoklah ye. kat blog myhafiy tak update lagi, tp leh tgk kat facebook myhafiy.

Bye-bye.

Wednesday, October 24, 2012

Review Set Tilam Baby

Assalamualaikum,
 
As a result from my survey in September pasal Set Tilam Kekabu Baby , I have bought one set tilam with bantal from Dar's Baby.
 
Kalau ikutkan list dalm entry survey tu, tak ada pon nama kedai Dar's Baby ni sebab masa mula survey, mmg tak jumpa pasal blogshop Dar. Tp, she did comment kat entry tu, so dari situ la I get to know about blogshop Dar.
 
Dar sells satu set tanpa sarung for only RM100. Pakej dgn 2 bantal golek (size sederhana), 2 bantal kepala kecil, 2 bantal kepala besar and satu tilam size baby cot. Terus bagitau my MIL yang I want to buy the whole set online, so takyah tempah dah kat makcik di kampung,  tp kena mintak tolong mak jahitkan sarung bantal dan sarung tilam lah..hehehe...
*ps: sgt beruntung dan bersyukur dapat mil yang pandai, rajin serta kreatif bab2 menjahit ni*
 
I didn't op to buy set tilam dengan sarung sekali sebab masa decide nak beli ni, belum tahu jantina adik baby lagi.Tapi dekat blogshop Dar pun ada jual set dengan sarung sekali. Harga set dgn sarung RM200 only. From my surveys dari kedai2 yg jual set tilam kekabu baby ni, blogshop Dar jual paling murah la. Yang lain, mostly 200++. Dan yang paling penting size tilam kekabu yang Dar jual, sama size dgn tilam baby cot saya (sebab utama kenapa sy pilih beli set dari Dar).


Set Tilam Kekabu tanpa sarung from Dar's Blogshop
 
Sizing Guide:
Tilam = 23" X 42"
Bantal Kepala Kecil = 12" X 8"
Bantal Kepala Besar=16" X 12"
Bantal Peluk= Panjang 17.5" dgn ukur lilit 14"
 
Dan customer service dari Dar's Baby mmg tiptop. Sms/Whatsapp je, she will reply. Mungkin la tak secepat mana replynya, tp understood la sbb dia pun ada tanggungjawab lain. Assistanship on setiap soalan yang saya tanya pun sgt bagus. Since sy tak beli sarung dari dia, Dar siap bagi panduan untuk kain yg akan sy beli utk buat sarung set ni. Dari segi postage tracking pun bagus. Dia assists sama ada perlu ke tak pakai pos laju atau hanya pos berdaftar. Packaging barang sgt kemas dan langsung takde cacat cela walaupun barang tersebut sgt besar. Top of all, dia jujur dalam berniaga. Sy ada bank in extra untuk postage, so dia bagitau ada extra money and bank in balik pd saya. Alhamdulillah,Semoga Allah kembangkan perniagaan Dar.
 
Sebelum decide untuk beli dari blogshop ni, saya ada contact beberapa online store lain, contohnya BantalKabu.com, Ummi Craft, Little DJE, Little Diva, Air Tangan Deisha dan Bilik Jahit Anggung Floria (untuk links boleh rujuk entry ini). Tapi kesemuanya tak memenuhi kriteria yang saya nak, walaupun most of them ada pilihan fabric/corak yang sangat menarik hati. Most of them tak jual set tanpa sarung.Kalau ada yang jual set tanpa sarung pun, size tilam mesti lebih kecik dari yang saya nak, ataupun lebih besar (size playpen). Susah jugak nak customised order untuk size tilam baby cot ni sebenarnya, sbb tiap2 baby cot berbeza kan size dia. Ni antara hasil contact sy dgn kedai2 lain:-
 
Air Tangan Deisha = Saya beli kain dari Deisha. Thanks Deisha sbb benarkan sy beli kain walaupun sy tak beli set tilam dgn awak. Ni link blogshop Deisha. Customer service dari Deisha mmg tiptop jugak. Msg facebook dia reply dgn cepat. dan dia sudi layan customer yg tak berapa sabar mcm saya ni. Dia jugak assists on tracking parcel since dia guna servis parcel dari Kangaroo and saya mmg tak pernah ada experience terima parcel dari company ni. InsyaAllah kalau ada nak beli fabric or set tilam, boleh terus contact Deisha. Kain saya pun dah sampai and sangat berpuas hati.
 
Antara pilihan kain yang ada kat kedai Air Tangan Deisha
*one of them is mine*
 
 
 
Bantal Kabu. Com = Size tilam boleh customised.Standard size dorg sgt kecik, around 23"x 30" je. Harga bermula dari RM190 dgn sarung sekali, lagi besar tilam yg kita nak, lagi mahal la harganya. Customer servis ok, tak la reply dgn cepat, tapi tak terlalu lambat. within 48hours dah dapat reply.
 
Ummi Craft = Size tilam yang besar. Size playpen. 40" x 30". Takde jual set tilam tanpa sarung. Pilihan fabric dia sangat lawa-lawa. Tapi dia tak jual kain sahaja, so klu nak mmg kena order set tilam, or set comforter etc. Customer Service sgt bagus. Btw, harga satu set dgn sarung cuma RM200 (tak termasuk pos). Murah jugak la sebab size tilam dia besar.
 
Tamatlah sudah kerja-kerja surveying on set tilam baby ni. *lega hati suamiku sebab tak perlu dgr isteri dia ckp pasal perkara ni lagi.* Bagi setiap individu, nak membeli sesuatu tu perlu pertimbangkan banyak perkara, selain harga, warna, corak, size, tempoh belian dan tempoh postage semua perlu dipertimbangkan. Jadi, pilihan terletak di tangan kita, tepuk dada tanya selera masing-masing. Saya sekadar share review ni berdasarkan experience sy sendiri. Harap membantu.
 
*balik raya ni nak bawa balik kain, mintak tlg mak jahitkan sarung tilam dan sarung bantal, dah siap nnt + iallah bila baby IH dah rasmikan tilam ni, saya akan share gambar*
 
 


WW: after one year


Monday, October 22, 2012

Let's Ecobubble with Fabulous Motherhood Mini Giveaway

Assalamualaikum and Hi,

Happy Monday. Harini a little bit slow sikit, mungkin terkena tempias Monday Blues, maklumlah baru balik from ad-hoc holiday :P
Semalam balik je dari cameron, terus buat laundry sebakul besar. Penuh ampaian.
Thanks to my Samsung Washing Machine, tapi washing machine sekarang boleh load 6.8kg only, so just nice untuk our small family.

Masa dok buat laundry tu, teringat pasal entry Mommy Nadia about Samsung EcoBubble Washing Machine. Memang teringin lah nak memiliki washing machine sehebat ni.. Tapi, dalam mimpi la kot.
Maybe one sweet day. =)

So, mari kita berangan sambil tengok video Samsung Ecobubble WM ni..



yang penting it's energy saving. Buat laundry berkali-kali pun tak guna banyak energy.. Let's go green gitu..

Ok, nak update wishlist kejap. Tambah samsung ecobubble wm ni..

Till then..




Sunday, October 21, 2012

Weekend: Ke Cameron Lagi

As-salam semua,

Mcm mana weekend semua?

Saya nak update laju2 ni. Weekend aritu kitaorg bertiga plus PIL and SIL and her family buat adhoc plan ke cameron highland. Gambar tak byk sgt.sbb sy tak bawa camera. kena copy dulu dari SIL and MIL nye camera.

Sekali lagi kami tidur kat Parkland Apartment, sama mcm last yr. tp kali ni melawat  lebih banyak tempat. dan kali ni percutian adalah dgn keluarga in-laws, last yr dgn keluarga saya. Tpi both percutian BEST.

Nanti saya update one by one tempat yg dilawati..

Sementara waktu ni, layan dulu la sekeping dua gambar ...









Ok nnt update in details..

apepun enjoy sgt adhoc holiday ni..

thanks ayah n mak..



Thursday, October 18, 2012

Botol Susu Review - my own experience

 
Zaman skrg ni, semua mesti cr yg BPA free, then Anti-colic bottle kan?. Antara brand yg quite famous kat Malaysia ni ialah Avent, MAM and Tomee Tippee As for this second pregnancy, dah beberapa lama jugakla dok meng-usha online stores yang jual botol susu Avent.
Entah kenapa, untuk anak kedua ni, rasa nak pakai botol Avent. Dulu masa Ilyaas mmg xnak pakai Avent atas beberapa reason:-
 
1. Semua sepupu Ilyaas pakai Avent. Pastu possibility untuk tertukar botol adalah sangat tinggi bila balik kampung. Maksudnya ramai betul orang guna Avent.
2. Warna botol Avent sgt plain. Sedikit membosankan.
3. Harga mahal betul compare to other anti-colic botol.
4. Dah terpaut pada botol susu MAM sebab lagi comel, bercorak dan berwarna.
 
Tapi bila saya nak tukarkan Ilyaas dari breastmilk ke formula milk, I found out Avent helps a lot compare to MAM and TT. I don't know why. Apart from that, masa guna MAM, I was facing some difficulties too:-
MAM

 
1. MAM terdiri daripada bnyk compartment. Ada 6 pieces in total ( Teat, Teat Cover, Bottle body, Valve, Teat Ring and Bottom Bottle Cover). So bayangkanlah everyday nak membasuh + all the EBM Bottles lagi.
 
2. My babysitter was a middle-age woman, sometime she forget to wash every compartments of MAM bottle. Turn out, when I checked the bottle yang Ilyaas pakai kat babysitter tak berapa bersih.
 
Tapi, botol susu MAM sgt membantu nak in-corporate antara direct breastfeed and EBM in bottle. Memang I bagi 100% kepercayaan pada penggunaan botol susu MAM dari segi ni. Puting MAM pun sgt membantu juga, cuma downside, puting MAM (pacifier) takde cover. So, selalu lah kena basuh dan pastikan bersih. Berbanding dgn pacifier Avent yang mmg comes together with a cover.
 
I also used Tomee Tipee (TT) bila Ilyaas start masuk 6 months plus. Reason I start guna TT because babysitter lebih senang nak handle botol yang tak se-komplikated botol MAM and TT still got some colour compare to Avent yang mmg plain habis. Tp, ada sedikit masalah kecil dgn TT ni, because of its shape yg gemuk dan berlekuk, susah nak simpan dalam baby beg bila pergi travel.
 
Tommee Tippee
 
 
I started Ilyaas with Avent bila dia dah masuk 14months old. In the middle of keserabutan nak transfer from my milk to fm, I terpikir nak tukar botol and size teat. Alhamdulillah, Avent save me. Ilyaas accepted fm after few try n error. After have been using Avent Classic Bottle for nearly 4-5months now, I personally rasa Avent has the easiet BPA-free, Anti-colic and up-to-date bottle. Senang cakap, nak basuh senang, tak banyak compartment, nak sterelise pon senang, penyimpanan senang , minus it's boring-ness looking (plain colour). Untuk kurangkan keboringan itu, sometime I put some stickers on the bottle, hahah!
Avent Classic
But recently Avent dah keluarkan some new designs. Airflex Natural (but ini lebih mahal!, cantik tp mahal tak ingt dunia). Another one is Avent Special Edition (pink/blue color) tp only available for 9oz (if tak silap la). I am eyeing on Avent Special Edition, since berwarna, so xboring sgt. hehe.
 
Well, kenapa ek tak try Pureen ke, Anakku ke, Tollyjoy ke? Entahlah, sebab semua orang dok famous pakai 3 brands ni kot. Tp rasanya walaupun botol susu ni agak mahal compare dgn brand2 lain, tp tak perlu tukar selalu. In fact, kitaorg sepanjang pakai setiap brand, tak pernah bertukar pun botol. Tukar teat jelah. Sebab quality bagus, so mmg xnampak retak, pudar, berdaki etc. Klu tanya mak-mak kita, zaman kita kecik2 dulu, 2-3bulan sekali sure tukar botol. So, kat situ boleh kira ada penjimatan sbb beli mahal, tp sekali beli je. Unless la pecah berderai , kena la ganti botol baru.
 
Tak tahula, sekarang belum betul2 decide. Malas nak pening kepala mcm first pregnancy dulu pikir kaji selidik pasal botol susu. Dah sampai masa, duit cukup, pi kedai ambik je la apa yg rasa sesuai. Yang penting, boleh compromise antara breastfeeding and bottle feeding. Takde nipple confuse sudah.
 
Experience korang plak camne dgn botol susu?
 
 





Wednesday, October 17, 2012

Keluarga Iskandar

Sapa dok follow episod2 keluarga Iskandar? Kitaorg tiga beranak mmg follow. Haaa, jangan tak caya plak, Ilyaas pun join sekali umi ayah dia tengok keluarga iskandar. Tapi, kitaorg tgk kat youtube je, so sedikit ketinggalan la. Plus, bila ada masa lapang sebelum tidur baru kami sekeluarga tengok.
Kira mcm movie night la.

Somehow rasa mcm drama keluarga iskandar ni ada banyak sgt lesson learnt. Cara lakonan dan penyampaian mesej tu sgt berkesan. Dalam kelakar and serious mode dalam drama ni, sentiasa ada terselit motif2 berguna.

Contohnya, scene bf Adibah kena interview dgn abang-abang dia.
-menunjukkan pentingnya kita tidak merahsiakan sesuatu hubungan (tak kira la berkawan, bercouple etc) daripada ahli keluarga. Ahli keluarga kita bukan nak halang hubungan kita, tapi nak pastikan kita berkawan dgn orang yang betul. Salah pilih kawan, diri sendiri yang merana kan..

Contoh kedua, scene Alan gaduh dgn Mak Jah sebab tak nak jugak buat pelamin time kenduri kawin dia.
-mmg la point dia betul, dlm Islam xde suruh sanding2 semua, tp point Mak Jah ialah nak bergambar cantik2 pada hari yg penting dalam hidup Alan. Nampak semangat kekeluargaan di situ bila semua orang happy and gembira sebab dapat bergambar kat pelamin cantik-cantik. Ada kenangan untuk ditatap. N nampak dimana peranan seorang anak, kalau apa yg mak kita ckp tu xmenyimpang dari ajaran Islam, lebih baik kita ikut je.

Contoh ketiga, scene Kay trying not to rotan/pukul anak-anak dia but nasihat and make discussion atas kesalahan anak-anak
- Membuka pandangan saya cara mendidik anak. Persefahaman adalah perlu. Rotan atau memukul jika sudah terlalu keterlaluan. Tp guna konsep precaution is better than cure itu lebih baik.Cara dia denda anak-anak pun give me an idea konsep mendidik anak-anak.

Source: Astro Gempak
 
Itu antara contoh-contoh scenes yang saya ingt, banyak lagi untuk di listkan. Memang tak rugi ambil sedikit masa, relax dan tonton drama ni. Bukan nak promote ke apa, but it really gives something different. Selain kelakar and bersahaja.Bagi yang belum menonton, balik karang klu sempat tengok la satu dua episod, sure tak rasa rugi. =)

On the other notes:

  1. Yesterday's appointment with dentist turn out well walaupun terpaksa tunggu lebih sejam. Gigi semua ok walaupun sekali sekala mmg alami masalah gusi berdarah (inbalance hormone masa pregnant). Buat scalling sekali. Sekarang gigi saya bersinar-sinar mcm iklan darley ok..*tipu*
  2. Hari ni rasa sgt penat. Entah kenapa.Byk berjalan kot. N rasa tak productive sgt. tp mcm byk gak buat kerja.
  3. Kaki makin lenguh. Bengkak dah mula sikit2.Aaaa another 15weeks to go ni..
Ok dah la. bye-bye. Sudah rindu Ilyaas masham.

Tuesday, October 16, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia


 
Hooo yaaayyyy!!!
Hari ni nak berlagak ngn korang semua. haissshh tak baik riak... sebab I dah dapat kad diskaun siswa 1 malaysia.
Husband I pun dapat jugak. Aci la kan, kami laki bini tak kerja, sedang sambung study.
So kewujudan Kad Diskaun 1M ni sgt la membantu kami serba sedikit.
Belum pernah guna lagi, sebab pagi tadi baru pi collect kat Pusat Pengajian Siswazah. Hahhaha, cam kelakar guna nama formal BM, selalu guna Centre of Graduate Studies. tahun 2016 baru tamat tempoh, yahoooo lama lagi tu. InsyaAllah by that time dah habis Master. Mungkin tgh buat benda lain dah. atau dah kerja balik, wallahualam, semua tu Allah je yang tau.
 
Lepas dapat kad ni, I pon mula la buat bacaan nak tau apa kelebihan pemegang kad ni.
Info-info semua boleh dapat kad website 1Pengguna.com
Okayla, as for now dah banyak company yang register untuk berikan diskaun ni. Best-best.
Antara servis/perkhidmatan yang terlibat dalam memberi diskaun to card holder Kad Diskaun 1 Malaysia ni terdiri dari kategori :-
 
  • Peralatan Sukan
  • Pengankutan
  • Hotel dan Penginapan
  • Sukan dan Rekreasi
  • Salun dan Kecantikan
  • Pembelajaran dan Pencetakan
  • Makanan
  • Produk IT
  • Peruncitan
  • Pencetakan dan Pembelajaran
  • Alat Tulis dan Buku
Okaylah, apa-apa maklumat lanjut boleh la baca kat website 1Pengguna.com tu.
 
Saya nak sambung buat kerja. Petang satgi nak pi jumpa dentist untuk check-up gigi masa pregnant ni...cuak ^__^
 
 

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, October 15, 2012

Review Photobook Malaysia

2 minggu lepas, saya ada beli satu deal/coupun from I Love Discount. Deal from Photobook Malaysia.

Hajat di hati mmg nak buat album untuk Ilyaas Hafiy since sejak dia lahir sampai sekarang, kitaorg tak pernah print any of his pictures except masa buat magnetic pictures dulu. Itupun beli dekat Milkadeal. Back to the deal from Photobook tu, I beli deal untuk Imagewrap Hardcover Medium Potrait Size Photobook dengan harga RM52 (+RM12 for postage), Original price is RM128. Size dia 8inch X 11inch, 40pages.

Mula-mula, once dah beli coupun/deal ni dekat ILoveDiscount (notification email akan diberi acknowledge pembelian success yada yada), and kena tunggu sampai deal tu habis. Then, admin ILoveDiscount akan hantar another notification email untuk bagi Voucher Number. Menggunakan Voucher Number ni, kita boleh tebus our photobook dekat website photobook Malaysia.

Part yang renyah or leceh sikit ialah nak design photobook kita sendiri la. Dah la orang tak berseni macam I ni, buat photobook guna software pun boleh rasa stress.Hahaha, lawak pun ada bila teringat. Stress bukan sebab software tu susah tp sebab tak banyak high-quality pictures yang cantik-cantik untuk diletak dlm photobook. Baru la faham kenapa bila kita hire photographer masa kawin dulu, dia mintak masa 1-2 bulan untuk siapkan album hardcover kita, reception album, outdoor album semua tu. Rupanya mmg perlukan kesabaran, kreativiti serta masa untuk design and pilih gambar.

Cara nak design and upload gambar-gambar kita sebenarnya senang je. Guna konsep, download, design, order.  Software tu boleh di-download kat page ni. Once dah download, boleh lah start design, letak gambar, words, frames etc etc.. Kalau malas or tak cukup masa, kita boleh je guna readybooks yang dah disediakan dekat website photobook. Lagi senang, tak perlu susah payah pikir design itu ini. Dan confirm margin semua ok. 

Last Sunday, I finished all the uploading and then terus submit dekat photobook. Actually, using software yang Photobook sediakan, kita boleh buat proof copy in pdf or jpeg, and then boleh la simpan sebagai bukti kalau-kalau photobook salah print etc. Lepas submit tu, dpt order number and on tuesday petang dorang dah pos kan ke kita. Cepat jugak servis nya. Dorang guna GDEX Courier;.part ni tak berapa best sikit sbb last-last kitaorg kena gi pickup kat office GDEX tu since 2x dorang datang kitaorg takde kat rumah.Yela, dah tau datang time orang kerja, call la kan..Ini tak, tinggal notice je.Tu pon notice yang salah tarikh..Hmmm...tak kisahla, janji album dah sampai kat tangan ni..

Overall berpuas hati dgn hasil Photobook. Berbaloi lah dengan harga RM52 tu..Jom sneak peak on album Ilyaas =)

Front cover

Ilyaas time baby

at 2 months plus

HD family picture raya 2012
Ok la kan? Next time kalau ada deal lagi, nak beli lagi. Sebab banyak je lagi gambar2 yg tak di-print. Hehhe, So, saying this, I am one happy customer of Photobook Malaysia and surely will return for their products. 



Nutritionists' Choice Cookbook

Assalamualaikum and Good Morning ...
 
Salam Hari Isnin buat semua=) Hopefully Isnin ni menjadi permulaan minggu yang baik, produktif and indah buat kita semua. Saya kat Perak ni hujan dari malam tadi, dan masih sambung ke pagi ni. Alhamdulillah takde Monday's Blues rasanya untuk hari ni, kecuali Ilyaas sedikit sedih bila kena hantar ke rumah pengasuh, tp itu biasala..Bila anak pengasuh dah bangun, mesti dia happy and ceria mcm biasa balik.
 
Hari ni nak share info pasal satu buku resepi masakan untuk baby, toddler and kanak-kanak pre-school. Actually, I heard of this book dah 2-3 bulan. Maybe some of you dah pun baca and memiliki buku ni.
 
Ok, let me share some of the facts and contents in the book =)
 
Tajuk/Title: Nutritionists' Choice Cookbook
Terbitan/Published by : Nutrition Society of Malaysia
Jilid 1/Volume 1: Healthy Recipes for your Little Ones
Year of Published: 2011
 The Contents:
 


 
 
Based on the contents, I think it is good enough for mother/parents who enjoy cooking homecook meals for their baby/toddler/pre-schooler. And personally I think I need this book especially when I am running out of idea what to cook for Ilyaas. Pity him , sometime makan benda sama berulang-ulang setiap hari.
 
This book also good for first time mum, since it shows step by step images on how to cook and make serving better.
 

 From my own experience being a first time mum, giving solid food is one of the most exciting part in your motherhood journey. Well, mak-mak lagi excited kot dari baby. Ramai je mak-mak yang tak sabar2 nak tunggu anak turn 6months untuk bg anak makan first solid food..Including myself la. Here are my stories on serving Ilyaas solid food. Excited sgt sampai bagi process food for first time, tp dah buat reading dulu lah before I decided what to give for the first time...bukan main hentam keromo je.
 
Ilyaas eating carrot puree when he was 6m old
Boleh baca entry ni



Apart from step-by-step cooking, this book also provide us with tables on what to feed, how to store food, how much to serve and lots more. So, it is very easy la, just in one flip, boleh jumpa all the information needed. But we always have other references skrg ni especially websites on the net. So boleh la kita compare both in the book and also what provided on the net. Yang best sekali pasal buku ni, most of the recipes provided mengikut citarasa tekak orang Malaysia kita ni. Kalau kita google or search kat websites baby, most of them western style. Some of the ingredients kadang-kadang susah nak jumpa kat Malaysia, or sgt mahal. Contohnya Beet Root. heheh. Sekali je sy masak untuk Ilyaas.
 
This book also comes in both Bahasa Malaysia and English.So easier for all of us to make it as a reference. Yela, sometime, ada ingredients dalam english yang kita tak tau nama in bm, so senang la nak refer to bm recipe on the spot.
 
Okayla, panjang dah ni. to those yang nak beli hardcopy, boleh beli kat Noli. Harga untuk hardcopy is only RM20 (+ Rm7 for postage). Tolong Noli promote =).
 
But being me yang ada sgt banyak buku and other reading materials yang pending for my reading, I would prefer to stay with the softcopy version. Yela, there are so many books yang masih berbalut plastic and tersimpan rapi dlm kotak kat rumah, tak sempat nak baca langsung. I don't want to add another one into the group. Lebih baik save dalam external, bila petang2 before balik rumah I can refer and choose what to cook for Ilyaas (and his adik later), insyaAllah.
 
So, those who is in the same boat with me, you can have your hardcopy from here.
 
Or kalau susah nak download, can email me directly at fathiyah.jamaludin@yahoo.com , I can send you a copy of it.
 
Till then, let's have a productive Monday and the rest of the week.
 
 
 
 



Sunday, October 14, 2012

25w Scan


Salam,

Hari Sabtu lepas, three of us when to see doctor in private clinic. Tujuan utama ialah nak scan adik baby dalam perut ni. Sekarang ni adik mmg semakin aktif berpusing, menendang and hick-ups semua la. Alhamdulillah dpt rasa all those movements for the second time.

Masa check-up tu mmg hope sgt dapat tengok gender baby, ye lah dah 25weeks kan. Ilyaas dulu masa 16weeks dah confirm baby boy.

Alhamdulillah lagi, mmg baby tunjuk private part dia dgn jelas..Ilyaas and my husband pon nampak sekali. All of us bersyukur and gembira sgt. Baby sihat, air ketuban ok, placenta ok, klu ikut scan baby size equivalent to 25w3d..so edd masih sama, still 24jan..klu berbeza pon sehari dua la kata doktor, but she said better stick to 24jan.

Another 15weeks to go before edd..Doakan semuanya selamat ye..

Actually skrg ni dah start rasa urat kaki membengkak kadang2..tp bila rehat, urat pun surut balik and tak sakit dah..Kemengahan pun makin terasa..

Ok, nnt sambung lagi..it's sleeping time already...hahah, skrg mmg tidur awal..anak tidur, umi dia pon tidur sekali...


zzzzzzz



Thursday, October 11, 2012

Pendermaan Organ -A gift to Life

Few days back, kat dalam whatsapp Halaman Dhuha, my sister-in-law raise up the topic about pendermaan organ, and registring as organ donor. Most of us dlm family member interested/berniat nak jadi organ donor. In fact, my younger SIL dah pun register untuk jadi organ donor semalam. Well done Awa =)

Hari ni bila mencari resepi scones (sebab tgh mengidam scones),kebetulan pulak I saw an advert about National Transplant Resource by Nuffnang dkt most recipes blogs yg divisit. Clicking the advert dgn niat untuk lebih mengetahui pasal topic ni, I was directed to this webpage, Pusat Sumber Transplan Malaysia. atau Facebook National Transplant Resource.

Rupanya bermula 13oct-21oct 2012 ni merupakan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ .
Banyak juga aktiviti yang bakal dilakukan sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organi ni. Boleh rujuk events and photos dekat Facebook National Transplant Resource.



Untuk mendaftar, kita boleh buat secara atas talian/online. Sila klik sini.

Syarat-syarat Mendaftar


Well, sebagai umat Islam dan orang Melayu, mesti kita akan bertanya pasal hukum hakam mendermakan organ kan? Untuk pengetahuan semua, hukumnya HARUS di dalam ISLAM dgn syarat-syarat tertentu. Ni saya copy paste ye dari website e-fatwa.

Hukum harus menderma dan memindahkan organ
juga tertakluk kepada berbagai-bagai syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

i. Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung kemudharatan atas dirinya seperti mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk berjalan dan sebagainya.

 
ii. Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan.

 
iii. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau kekeliruan.

 
iv. Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata.

 
v. Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk ke atas penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam
 
 
Untuk bacaan lanjut, sila klik sini.

Okayla, sampai sini dulu. Saya sendiri pun perlu buat bacaan lanjut pasal topic pendermaan organ ni. Yang penting, sebelum decide untuk jadi organ donor, berbincanglah dulu dgn ahli keluarga terdekat, suami/isteri, parents and siblings ye.
Marilah kita sama-sama fikirkan pasal ni ye =)

 
 
 
 

Tuesday, October 9, 2012

Survey Now Begins-Set Berpantang

Bulan lepas, dah start survey set tilam kekabu untuk baby no #2 ni.. Alhamdulillah, hasil survey, dapat jumpa penjual yg jual dgn harga berpatutan dgn kuantiti item yg memuaskan and yg paling penting, size tilam baby yg muat utk baby cot nnt. Tapi baru je buat bayaran and tempahan kelmarin.hehe. Nanti barang dah sampai saya review=)
 
Masuk bulan ke-6 ni, saya memulakan survey untuk beli set berpantang pulak. Masa mula-mula pregnant dulu, ada juga survey sikit2, tp tak intensif sgt. Survey menyurvey ni mcm jadi part-time saya la bila bosan stress dgn research. Hehehe.
 
Kat Malaysia ni, sangat banyak set berpantang yang dijual, sama ada online sales, kat kedai jamu, kat farmasi or kat hospital2 pun ada. Bergantung la pada tuan punya badan nak set yg mcm mana. Jamu based, Organic based, Spa-style based or Hemopati based. Sebut je, semua jenis ni boleh didapati dgn mudah. Sedia duit je.
 
Berdasarkan pengalaman berpantang anak sulung dulu, saya makan Set berpantang Jamu Nyonya Meneer . Tp, jodoh saya dgn set berpantang Nyonya Meneer ni tak panjang sbb saya sendiri tak berapa nak sesuai dgn jamu-jamu yg disediakan, and anak cirit bila saya makan masuk kotak kedua. Tapi saya sempat guna set-set pilis, parem dan tapel yang disediakan sekali.
 
Untuk persediaan berpantang kali ke-#2 ni, saya plan nak cari set berpantang yg agak-agak sesuai dgn badan ni, yang penting not jamu-based la, since dah tau badan tak match kan. Tapi saya nak yg ada pil kesihatan.
 
Ni list-list of set berpantang yg sempat saya survey kan:-
Untuk detailed list (ada 63 jenis set berpantang), leh baca kat forum Hospital Bersalin.
 
Spa-style Based
 
Tanamera PostNatal Care Set - Bermula dari RM360 (include postage) bergantung pada pakej yg dipilih, boleh jugak beli secara individual item
Price untuk individual item yang saya tahu (saya email customer care Tanamera) sbb berminat dgn produk2 ni je, nak beli the whole set, tak mampu akak ..
 
Lavender Floral Water – rm36
Herbal massage oil - rm33
Cold Press Coconut oil rm34
Brown Formulation Body Soap- rm15
 
Non-Jamu Based
 

Tropical Herbs Amway - Harga kena pandai cari. Dari survey saya range RM230-280, bergantung pada penjual.Ni harga online la. Ni agak menepati ciri-ciri yang saya nak, ada ubat/pil kesihatan lepas bersalin, pilis, parem, teh herba, minyak urut, minyak ramping, pembasuh wanita, etc tp saya xnak dah bengkung tu, sbb my MIL dah buatkan dari anak first lagi, but since percuma, tak kisahlah.Maybe nak beli yang ni kot. Tp nak try cari kedai yg jual murah lagi.Ke ada sapa2 nak hadiahkan? =)
Manja Set Bersalin Cosway - Rm400.mahal tp barang2 dia mcm best je. Ada kapsul herba bersalin, lulur, mandian herbal, lulur herbal, bengkung, pilis and banyak gak gift lain mcm socks, selipar dalam rumah, buku panduan etc.. emmm, best best..tp harga dia mahal benor.. Sapa tau kat mana ada jual murah set ni?
 
Leesa Confine Mum- Ada 3 jenis set, harga berbeza ikut set. Range RM210-345. dalam ni dapat bengkung, ginger cream, minyak telon, prawan (nak jadi dara balik kot?), pati haruan, and body contour gell.
 
Set Bersalin HPA- Murah sekali!. RM85-90 je satu set. Ni takde bengkung. Ada dua jenis pil lepas bersalin, minyak barut, minyak bayi, teh herba, ubat periuk (tak pasti kegunaan dia untuk apa), ubat basuh dan spirulina.
 
Set Bersalin Jati Indah- RM 250. ada tablet utk kesihatan lepas bersalin, losyen berurut ibu, bengkung, losyen urut baby, basuhan herba utk mandi dan alat kelamin.
 
Set Sendayu Tinggi/Ammy 60 Days - RM386! rasa baik beli Tanamera gini. hehehe. tp dalam ni banyak gak la bleh dapat.. Ada 11 produk. Sila lah baca dkt link yg sy sertakan tu.
 
 
 
 
 
Set Bersalin Ibu Ambar Kenangan- RM 150-200 (depends dgn seller la). this one mmg xbased jamu langsung, malah takde penggunaan akar kayu etc mcm orang Melayu kita. Based nya rempah ratus Arab. sbb dia mengikut tradisi Timur Tengah. Ada campuran kulit kayu manis, jintan hitam, cengkih etc.
 
 




 
 
 
Jamu-Based
 
Yang ni banyak la di pasaran kita. menurut kak engku bidan bersalin (saya jadikan website dia rujukan juga), pemakanan jamu/pil kesihatan ni mmg perlu. Tp pengambilan dia bergantung pada badan sendiri.
 Ni saya listkan la beberapa yang famous, tp saya tak berminat untuk jamu-based as I said earlier, so saya xsurvey dgn details.
 
-Mustika Ratu
-Nona Roguy
-Nyona Meneer
-Ibu Afiat
-Set Air Mancur
-Set Orang Kampung
- Atika Beauty
-Ibu Halimah/Jamu Mak Dara
 
Homeopati -Based
 
Rasanya kat Malaysia, set Salindah je kot yang homeopati based. Tak pasti la kalau ada set2 lain. Tp set Salindah ni bukan untuk confinement je. Ada dr pregnancy 12 weeks lagi dah boleh start makan, untuk memudahkan bersalin, katanya. Klu beli satu set RM360. set termasuk dr 12w pregnant sampai la dlm pantang. Tp kalau nak beli loose item satu2 pun boleh je. Boleh beli kat website dia or kat kedai2 jamu.
 
Others
 
Ni tak tau nak letak dalam kategori apa, sbb bukan jamu, tp bukan jugak akar kayu tradisional based. Kiranya mcm set kesihatan la. Antaranya ialah:-
 
Set Bersalin Shaklee- Vitamin B-complex, Acid Folic, Vit.C, Multivitamin and Zat Besi, Zink.
Pada pandangan saya, mcm supplements yg kita makan masa preganant ni je. So, rasanya mmg xkan ada masalah la kalau nak continue, tp xde produk2 tradisional. Bg sy kena seimbang antara pemakanan kesihatan dan penggunaan produk tradisional.
 
Ok, sekarang dah survey jenis apa yg saya nak..pasni misi mencari kedai/blogshop/online store yg jual set yg berkenan dgn harga murah...
 
*As for now, eyeing for AMWAY set *
 
 
 
 
 

Monday, October 8, 2012

Pinnacles Desert, Western Australia


I went to Pinnacles Desert with my housemates back in 2008. So all the pictures are back-dated for 4 years now. But I believe, the pinnacles and the rest of it still looks the same. Except for myself, who looks double the size now.

Located in Nambung National Park
2 hours drive to southern Perth
 
 
Berlatar belakangkan pinnacles desert
Ok. sila jgn compare kekurusan saya pada masa itu dgn zaman skrg. Masa ni less than 50 kot.
 
Roughly about the pinnacles desert:-
 
Pinnacles ni rise up from the ground. and it was made off sea shell and form as limestone (carbonate rock). It forms in pillars and the height can reach up to 3m on the surface. Some of the pinnacles even form a limestone outcrop with very clear distinguish bedding showing the direction of the wind.



The weather was very nice and clear and also windy. It was a little bit cold actually.
saujana mata memandang. cantik dan indah
*Subhanallah*


one of the highest and biggest pinnacles that rise out from the ground
*me as the scale*

Here in Nambung National Park, you can either wander around by yourself (not advisable) or with a group to have your on peace of mind tour. Apart from that, can also hire somebody to drive a 4WD and be your tour guide. There are various tourist agents that offer this service. This service will give you more information and make your trip educational.

Info:-
Pinnacles Attractions