Thursday, May 3, 2012

Tiub Medela Breastpump berkulat??

Assalamualaikum semua, 
Haritu kami pegi One Baby World. Kami tu kitaorg bertiga la, umi, ayah and Ilyaas. Tujuan gi OBW ni nak beli reusable ice pack dgn tiub medela pisa. Mula-mula nak gi Medela Service Centre kat Ampang, tp bila sampai dorg tak bukak lagi. Tak pasti la kalau tutup on Thursday. Tp dah kol 10pg ke atas dah, tak kan xbukak lagi kan..

So terus la gi OBW kat Taman Permata, Gombak. Ni trip ke-3 ke sini. Pengalaman trip pertama leh baca kat entry ini. Kita mmg suka gi sini, sbb rasa mcm one stop center. Trip kedua dulu, gi just nak beli Bumbo Chair je, tak tulis plak review second trip. Tapi ada review pasal Bumbo Chair kite.

Untuk trip ke-3 ni, ni la hasil rembatannya. Tak berani nak shopping lebih-lebih, nnt over budget pulak. 

Kenapa saya tukar tiub medela pisa? Sebabnya, tiub lama dah berkulat. Smelly je kan bunyinya, tp xdela bau smelly pon tiub tu. Selama dok pam 2-3 bulan ni, air asyik masuk je dalam tiub tu.. Takut lama-lama nanti rosak pulak motor pam pisa tu. Sayang oooi, mahal kot beli walaupun beli kat obersea sana tak semahal beli kat sini, still mahal jugak kan.. Nak tengok contoh tiub medela yang dah berkulat? Sila lihat pic kat bawah ni..
camni lah rupanya..Namak tak yang kaler2 coklat tu. tula kulat..

Saya ingt lepas beli tiub baru, okla proses mengepam..rupanya, tak juga. Air still masuk dalam tiub baru tu..Then baru la sedar, valve yang kaler kuning tu dah pecah sikit kat bahagian bawah dia. Tak amik la pulak gambar valve yang pecah sikit tu. Walaupun sikit je pecah dia, tapi membrane dia dah terbukak and menyebabkan setiap kali pam, ada udara lembap dari dalam botol meresap masuk ke dalam tiub tu, so lama-lama wap air berkumpul dalam tiub tu and menyebabkan pembiakan kulat. Kulat kan suka lembap-lembap basah ni..

Actually, valve tu dah lama dah retak. since duduk kat KL lagi. Cuma, makin lama makin besar plak pecahan tu. Puncanya,  sebab ketat/susah sgt nak cabut bila nak basuh. So, dok tarik2 ter-pecah la sikit.. Hmm, so skrg kena la beli valve tu pulak. Membrane dia ok lagi. Dah survey online, harga valve saje RM15 satu. Kalau beli dgn membrane, jadi RM22 satu. Kalau beli dua (satu set, RM69)...hmm, tp lately hati rasa nak pakai pam manual je. Sebab rasa berat dok usung beg medela pisa ni. Yela, kita tak pakai FS, so mmg kena bawa la pam yg agak heavy ni keman saja kita pegi. Aritu masa gi conference, dgn beg sekolah lagi, beg pam lagi, goodies bag lagi, mmg senget la bahu ni. Terus rasa keperluan ada pam manual.

Masa kat OBW tu, dah nak beli pam Unimom Mazzo Manual ni,masa tu harga dia RM103.30,lepas less.Tp dah last stock, pastu ada new mum yg lebih perlukan pump tu dari i, so better bagi kat dia since i dah ada pisa ni..Seb baik gak xbeli, sebab bile check online kat FabMum, lagi murah..Ni ha RM 94.40 je..Rasa mcm nak beli,tp tak confident ok ke tak eh pump ni? Sapa-sapa pernah pakai or terbaca review dia, boleh gitau tak...

Confuse ni, tak pasti patut beli tak pump manual ni.. Rasa-rs ada keperluan , sbb byk nak travel n usung pump berat ni, tp membazir ke tak eh...dulu ingt nak tunggu pregnant second child baru nak beli.. 



Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

  1. akak dulu, sebelum pakai swing, akak pakai avent manual. mmg best. why not u try avent manual.

    yg tiub tu, akak tgk tiub tu lebih kurang je dgn swing punya. akak pun pernah masuk susu dlm tu. dan mmg berbau la...bila pergi service center, diaorg ajar mcm mn nak cuci tiub tu. x payah nak beli yg baru.

    ReplyDelete
  2. membazir la athi. x nampak keperluannya as ilyas nak besar dah. plus kj ada yg avent manual kalau nk pinjam. x guna pun, just keep it as emergency in case freestyle rosak. KD pun ada extra pump. dia dah anak last tu. hahaha apa2 jd kt pump athi nnt rembat aje dia punya.

    ReplyDelete
  3. kak ana: hehe..mmg dah pernah diajar oleh dorg kat servis center tu dulu cara nak bersihkan tiub tu. tp masalahnya tiub saya tu dah kritikal sbb puncanya dari valve yang rosak tu.

    kak MJ: hehe, ye ke..okla..hold on dulu..nnt leh pinjam avent manual kj la ye.. :P

    ReplyDelete
  4. woih!! hahahaha confident je anak last... hshahahaha tetiba ade lg kang.. tp nk pinjam bereh je...

    ReplyDelete
  5. hahaha..aritu kan ada org ngaku nak bg TD ngn Ninik cucu ke-10..makanya, belum anak last:P

    ReplyDelete
  6. Mcamane nk cuci tiub tu ek.td main beli je pump medela swing tp x tny pun cr nk cuci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi suhaina.
      nak cuci tiub tu senang je, u rendam tiub tu dalam air bersabun (sabun basuh botol baby)..
      pastu lepas brapa minit u bilas ngn air paip.
      then pusing2 kan tiub tu supaya air yg ada dlm tiub terkeluar. make sure dah xde kesan sabun.
      pusing la beberapa kali sampai tiub nampk dah nk kering, u hang kejap tiub tu bawah kipas..
      nnt dia kering sendiri..

      jgn sterilize tau.nnt jadi mcm i

      Delete
    2. Hai. Nk tanya. Kalau dah sterilize, tiub tu dah tak boleh pakai ke yer? Huhu. Sebab kaler tiub tu dah tukar dari jernih ke kaler putih. Boleh pakai lagi ke tak ea?

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...