Sunday, July 15, 2012

Sotong Bakar Sambal

Lunch hari ni, saya merajinkan diri cuba resepi baru. Sotong Bakar Sambal. Ahhh, takdelah bakar mana. Cam biasa, bakar/panggang atas frying pan je pun..

Tanya husband nak sotong singgang ke, sotong sambal.. of course dia nak sambal.. 
So isteri pun gigih la cuba resepi baru..


Ni rupa sebelum di panggang

Bahan-bahan:
Sotong (ikut suka la nak berapa banyak)- saya potong siap-siap. kalau nak letak sekor2 pn okay je
Tomato - potong 4
Bawang besar - potong 4
Garlic 2 ulas - di ketuk
Serai - di ketuk
Halia dlm 2cm
Cili padi dalam 8 biji - potong dua
Cili merah 2 biji - potong besar2
Daun Sup/Daun bawang 
Daun Limau
Klu ikut resepi asal, pakai daun ketumbar, tp saya takde, so belasah je la apa yang ada
Aluminium Foil

Untuk Sambal:
Saya pakai cili boh
Bawang besar -potong halus untuk tumis
Bawang putih - di ketuk
Pes Tomyam



Ready untuk dipanggang

Cara-caranya:
1: Sambal
Tumis bawang dalam kuali
then masukkan cili boh sesedap rasa
masukkan air sikit
biar mendidih,masukkan pes tomyam 
kacau sampai sebati. klu rasa nak tambh garam, silalah, 
pes tomyam sy dah masin, so tak tambah dah garam

2. Persedian untuk panggang
campurkan semua bahan-bahan termasuk sambal dalm aluminium foil
kemudian balut aluminium foil dgn kemas
panggang atas non stick frying pan selama 20 minit. 
balik-balikkan bahagian aluminium foil tu supaya sotong masa sepenunhya




Final result

Memuaskan hati:)
Habis licin di kerjakan kami suami isteri
sorry Ilyaas makan sup ayam je, sotong belum lagi..

hehehe

cooking and preparation time: 30 minutes

2 comments:

  1. babe, kalau ada ym perhaps bila u free boleh kita chat kat ym, my id hidayah_bahar@yahoo.com

    so much things are similar kan, 2nd pregnancy la study la.. we surely have to talk about :)

    and i nak tanya u pasal cloth diaper hehehe

    ReplyDelete
  2. added already:)
    tp i jarang online..hahah..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...