Friday, September 5, 2014

Naik Bukit Bendera, Penang

Assalamualaikum, 


Hari ni dah Jumaat. cepat nya.. 
Minggu lepas hari Jumaat kami naik bukit bendera...
Happy la jugak sebab memori ngn bukit bendera ni dah hampir2 luput dari ingatan I.
Last time naik bukit bendera rasanya sebelum masuk sekolah rendah lagi kot. hahah
berpuluh tahun dah tu. husband pon sama, naik masa dia kecik2 dulu jer. 

Lepas dah kenyang breakfast kat TTS, kami move ke Ayer Hitam. 
Sebab ni hari Jumaat and belom mula cuti sekolah lagi, maka tak ramai la orang nak daki bukit bendera ni. 
Harga tiket untuk dewasa (dgn IC) RM8 untuk perjalanan pergi balik naik train. Train ke apa nama gerabak tu. Kalau takdak IC harga dia lagi mahal. pandai kerajaan pulau pinang nak buat duit kan..hahahaha
Budak2 bawah 4 tahun free of charge. 
Nak bawa naik stroller pon boleh jer. 
tapi I pakai baby carrier je dukung Imani. 




The last time I naik bukit bendera, gerabak train still yang warna merah putih tu. 
Masa tu mmg slow ler pergerakan train ni..
Landasan dah la memang curam sesangat. almost 60-70 degrees kot dipping dia. (erk, terkeluar term geology plak dah)..
Train yang lama tu, siap berhenti2 kat station tepi2 bukit tu sebelum sampai station puncak.. 
sebab ramai je penduduk di bukit bendera yg tinggal sepanjang lereng bukit ni. Siap ada perkampungan lagi. 

Since 2011, dah tukar ke train baru. yang ada aircond. and lebih laju, less than 10 minutes dah sampai puncak bukit bendera. kejap sgt plak. klu dulu excited naik gerabak slow-slow mendaki. 
nak menikmati keindahan alam gitu. 
tapi gayat la jugak..
Untuk train baru ni, dorang pakai warna biru, putih and silver. lebih menampakkan ciri2 warna pulau pinang gitu..Sebelum ke tempat nak mendaki tu, kita akan lalu mcm satu lorong ada museum kecik. boleh la singgah tengok2 macam mana rupa bukit bendera zaman dulu. 

pastu akan ada satu team suruh kita amik gambar sekeluarga. 
nanti dah turun dari bukit bendera, bleh beli. sekeping size besar gak (tak ingt exact size) RM35. 
I x beli pon. mahal jer rasa nyer. 
lagipun tahun ni dah beberapa keping gambar mcm tu kami beli...masa kat Zaanse Schans ngn Sealife The Hague pon dah ada..


Kat atas bukit bendera ni, sampai2 korang leh terus amik gambar ..
kira mcm ada menara tinjau. nampak view the whole penang island. 
cantik la view kalau tak berjerebu. 
pastuh korang akan jalan ke restoran/medan selera. 
dulu takde kedai2 mcm ni. 
kat sini leh beli souvenir mcm fridge magnet n tshirts. 
ada owl museum gak atas ni. free entrance for kids katanya. kami tak masuk pon. 

naik dari medan selera tu, ada kawasan lapang. ada playground tp macam untuk budak2 6 tahun ke atas sebab aktiviti agak lasak. 
ada cabin train lama yg kayu zaman mat salleh jajah dulu. 
kitaorg bergambar kat situ, sekali papan train tu mcm nak patah. menakutkan jugak la. 

the rest kat atas puncak bukit bendera ni, ada balai polis, pos ofis, klinik kesihatan..
ada masjid. 
ada temple hindu. 
ada playground kanak2 in btween masjid and temple. 
puncak bukit bendera ni kecik jer sebenarnya. 
pusing 30minit dah blur tak tau nak buat apa dah. hahahah. 


belakang/atas medan selera ada satu kawasan menara tinjau. kat sini dorang buat style macam kat paris ngn korea yg gantung mangga kunci love2..konon cinta sejati gitu. 
ada gak backdrop LOVE besar..
tapi malas kitaorg nak pi amik gambar kat situ. 

ada restoran ala2 mat saleh kat sini. David Brown.
nampak mcm menarik tp tak singgah pon. 
On the way nak turun tu, kami nampak construction untuk buat menara tinjau ala2 kat Yellowstone US...
hebat bukit bendera sekarang. 

btw, ada hotel gak kat sini..mmg ada buggy hotel dok tunggu je sapa2 nak gi check in kat hotel tu. 

kitaorg pusing2 dalam setengah jam je, pastu turun..
and proceed gi visit my grandmother and aunties plak dekat bayan lepas. 

ok la, walaupon kejap je, dapat gak merasa naik bkit bendera...=)



2 comments:

  1. akk pernah sekli je sampai sni
    bagi akk mcm tak dela best sngt..
    boring la tempat dia kan?
    so sbb dah naik seklai..
    next time takdela nak naik lagi..
    tapi tak taula kan kot2 nak pergi ngan sedara mara plak lepas nih
    sbb hubs kompem dah takmo gi dah..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah
      memang boring jugak la atas ni
      naik sekali cukup dah kot.
      bagi merasa kata orang kan..

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...