Thursday, November 17, 2011

Bila nak introduce Ilyaas dgn swimming pool ni?

Tajuk entry ni mmg kena dgn apa yg bermain-main di minda Umi Ilyaas sejak dua menjak ni.. Actually since masa pregnantkan Ilyaas lagi, dok tertanya-tanya diri sendiri, dan tanya Ayah Ilyaas bila agaknya waktu yg sesuai nak introduce Ilyaas dengan swimming pool

Umi Ilyaas ni suka berenang, hehe. Tapi berenang secara tak professional la sbb belajar sendiri dgn Tok Wan Ilyaas je. No professional trainers. and tak bermula dgn swimming pool pon. Masa kecik-kecik dulu, my dad slalu bawa saya swimming di sungai, waterfall or laut. Jadi kami adik-beradik mmg boleh berenang, cuma tak la expert. Tapi Ayah Ilyaas ada masalah sikit bab-bab swimming ni, bukan tak pandai, tapi not gifted. But he still loves swimming pool.

Jadi, bila agaknya dapat bawa Ilyaas mandi dekat kolam renang ni??? Masih mencari-cari masa, belum jumpa yg sesuai. Haritu masa stay one night dkt Seri Malaysia Ipoh (ada swimming pool) pon tak berkesempatan nak ajak Ilyaas berendam dalam pool. Satu sebab tak de baju swimming baby lagi, kedua semua kepenatan lepas baru balik from cuti-cuti Cameron Highland.

So, hari ni saya ambil masa sikit untuk membaca pasal intoducing baby to swimming pool. Banyak website yg cerita pasal ni.. Antaranya ialah:-

  1. Baby Center
  2. Huggies Little Swimmer
  3. Baby World
  4. Water Babies
  5. Kids Health
Antara perkara yang perlu diambil berat sebelum memperkenalkan kolam renang pada anak kita ialah:-

Suhu Air : Pastikan suhu air dalam kolam renang tidak lah terlalu sejuk. So, preferabbly bg baby swimming pada waktu petang.Suhu patutnya around 27-30 degree celcius.


Keselamatan: Pastikan kolam renang yg selamat serta kalau boleh, tidak terlalu ramai orang.Jadi kita boleh fokus pada baby kita je and takde distraction dari penguna lain.Pastikan kita turun dulu ke dalam pool, and someone else paskan baby pada kita. And please hold your baby close to you all the time.

Kebersihan: Pastikan air kolam bersih dan kolam yg sering dicuci. Baby kan mudah expose pada penyakit, jadi precaution is important.

Pakaian Mandi: Kalau nak selesa, kena sediakan swimming suit baby. Rasanya Jusco banyak jual. (nnt sy pegi tengok untuk Ilyaas). Tak lupa juga pelampung bayi.

Tempoh : Don't stay too long. Untuk first timer, 10 minit sudah cukup. Untuk elakkan bayi kita dari alami cultural shock or terlalu sejuk.

Okaylah, setakat ni dulu session sharing is caring hari ni..
Nak kena cari swim wear untuk Ilyaas dulu, pastu boleh pi mana-mana hotel untuk intoduce kan pool pada Ilyaas ku sayang...




1 comment:

  1. teringin gak nak introduce Adam tuk swimming, tp mama Adam penakut aktiviti air, babanya pulak tak berapa nak diyakini jugak. kn tunggu Adam besar baru boleh hantar kelas kot =)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...