Saturday, November 12, 2011

Buang EBM =(

Hari Rabu yang lepas, saya bekalkan Ilyaas dengan 10 x 2oz EBM untuk dibawa ke rumah Opah aka pengasuh Ilyaas. Bila balik kerja, saya pelik sebab ada satu botol extra. maknanya, Opah pulangkan 11 botol. Bila saya check, tarikh di botol tu berlabel 24.04.2011, iaitu sebulan selepas Ilyaas lahir. Bermakna, EBM tersebut sepatutnya telah rosak dan tak boleh digunakan lagi (dah lebih dari 3bulan and saya tak simpan dalam deep freezer).

Al-kisahnya, masa baru 2 minggu saya hantar Ilyaas ke babysitter, saya ada bekalkan beberapa plastic/botol frozen EBM  yang kebanyakkannya di-pump sewaktu dalam tempoh berpantang atau during the 60days leave. Tujuan sy hantar frozen EBM untuk disimpan di rumah Opah sebab in case susu yang saya bekalkan hari-hari tak cukup.

Bila di tanya, Opah guna ke tak EBM tu, dia cakap dia guna. Oklah, Alhamdulillah..Bila dah masuk July, sepatutnya semua EBM tu dah over due sbb dah lebih dari 3 bulan. Dan sepatutnya saya kena lah tanya Opah EBM tu masih berbaki ke dalam freezer peti ais dia. tapi saya diamkan aje dengan assumption semuanya dah habis dipakai. Rupanya, masih ada EBM lama yg berbaki dlm peti ais Opah. Saya pernah bagi tahu secara lisan dan juga pernah print kan cara-cara nak handle EBM termasuk tempoh2 yg boleh disimpan etc, tp agaknya Opah terlupa kot.

So hari Khamis tu, terus sy tanya Opah. Dia cakap ada jugak yg dia buang..Katanya yang lebih 6 bulan dia buang..Oooohhh, baru lah saya paham, Opah ingtkan frozen EBM selamat digunakan selama 6bulan.. Mungkin dia terlupa atau sy tak pernah bagi tahu dia yg tempohnya hanya 3bulan kalau dlm freezer peti ais biasa....
Petang tu jugak sy amik bekalan EBM lama dan bawa pulang ke rumah. Tak nak kisah Ilyaas terminum EBM lama berulang lagi.Alhamdulillah la spnjg sy monitor Ilyaas takde tunjuk any negative signs walaupun dah terminum EBM lama...
EBM yang terkorban

Lebih kurang 420ml EBM yg saya buang. Mula-mula saya rendam plastic EBM ni dlm air paip..tunggu sampai dah cair saya alirkan bawah air paip..Sobs Sobs...bye2 susu-susuku...So kesimpulannya, communication is important. Jangan dok buat assumption sendiri ye Umie Athi oooi...

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...