Friday, November 25, 2011

8 Bulan yang lalu

Pukul 11.25malam, Jumaat, 25 March 2011.

Saya terbaring di katil KPJ Ampang Puteri menahan sakit kesan dari operation petang tadi. Sekali sekala, saya tekan drip untuk membenarkan morfin mengalir masuk ke dalam urat saraf bagi mengurangkan rasa ngilu kesan dari potongan pisau di atas perut dan uterus saya. 

Suami telah pulang ke rumah bersama ayah dan adik. Yang tinggal hanyalah saya dan emak di dalam bilik hospital yang selesa. Emak tidur di katil extra yang saya minta dari pihak hospital. Lebih kurang jam 11.00 malam tadi, nurse datang mengambil anak yang baru saya lahirkan untuk di tidurkan di dalam nursery. Memandangkan keadaan saya yang masih lagi terlalu lemah akibat operation lewat petang tadi. Walaupun berat hati untuk membenarkan bayi yang baru saya lahirkan itu tidur berasingan pada malam pertama dia di bumi Allah ini, namun saya kasihan kan diri saya yang masih lemah, kasihan juga pada emak yang perlu menjaga saya   dan menjaga cucu nya itu, jika bayi saya tidur seblik dengan kami malam itu. Jadi sy benarkan nurse tidurkan bayi saya. 
 
Alhamdulillah, sy masih berkesempatan menyusukan bayi saya walaupun saya bersalin secara Emergency C-section. ramai yang kata sakit bersalin c-sect akan menyebabkan kita sukar untuk menyusukan, mungkin ya..tapi tidak bagi saya. Berbekalkan sedikit sebanyak ilmu melalui pembacaan dan pertanyaan tentang penyusuan awal bayi, saya berjaya gagahkan diri yang masih lagi laloq dengan bius untuk mengiring ke sebelah kanan dan menyusukan bayi saya. Sekali lekap sahaja, bayi saya terus menyusu hingga kekenyangan. Sebelum dia pulang ke nursery, sekali lagi saya susukan dia. Kuasa Yang Maha Esa, saat menyusukan itulah hilang semua rasa sakit. Sungguh! Walaupun untuk berpusing kepada posisi mengiring itu sendiri sudah sakit yang amat, tp bila saja mulut kecil bayi saya berada dekat dengan Miss B, hilang semua sakit itu. MashaAllah. 
Baby saya yang belum ada nama pada waktu ini. 2-3 jam selepas kelahiran

Pukul 11.25malam, Jumaat, 25 November 2011.

Saya duduk menaip entri ini. Baru sahaja selesai menyusukan Ilyaas Hafiy, bayi kecil yang saya lahirkan genap 8 bulan yang lalu. Kini, dia tidak lagi kecil.tidak lagi berbau harum seorang newborn. tapi berbau masam peluh akibat aktif mengemop rumah ke sana ke mari.  Tidurnya juga sebilik dengan saya, cuma tidak sekatil. 

Ilyaas Hafiy, sekarang pada usia 8 bulan, merupakan anak yang baik. anak yang bijak, anak yang sudah kenal umi dan ayahnya. sudah tahu rutin hariannya, bangun jam 7pg, bersiap untuk ke rumah pengasuh. Jam 6.15ptg, pasti tertunggu-tunggu umi dan ayah menjemput dari rumah pengasuh. Ilyaas Hafiy pada usia 8 bulan, sgt kuat minum susu. Alhamdulillah saya masih mampu membekalkan susu badan pada Ilyaas. 

Ilyaas Hafiy pada usia 8 bulan, merupakan anak harapan umi dan ayah. Anak pengikat kasih syg umi dan ayah. Semoga Ilyaas Hafiy menjadi anak yang soleh dan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang cergas sampai bila-bila. Selamat malam anakku.
baby yang takde nama 8bulan lalu, sekrang bernama Ilyaas Hafiy (yang comel)..
sudah pandai berdiri dgn bantuan

4 comments:

  1. amin~ moga si jantung umi jadi anak yang soleh :)

    ReplyDelete
  2. hehe..so sweet seorg ibu..hehe..pengorbanan seorg ibu amat besar..heee..

    ReplyDelete
  3. comelnye ilyaas hafiy. hehe. 8 bulan dah pandai berdiri..tak lame lagi dah boleh tnegok ilyas lari-lari pulak.. hehe..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...