Assalamualaikum semua,
Salam Maal Hijrah buat pembaca Cherish Every Cherry. Semoga dengan kehadiran tahun baru dalam kalender Islam ni dapat menambahkan lagi amal ibadah kita. InsyaAllah.
Sempena long weekend yang sangat di tunggu-tunggu oleh semua orang, kami sekeluarga (my family from my husband's side) telah berkumpul di KL since one of the cousin in family 744 kahwin. Pada hari Sabtu malam, kami family HD ambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mak dan ayah yang ke 33 tahun di d'Tandoor Restaurant di Subang Jaya. Semua ahli HD hadir kecuali family Kak Dilah (sebab dorang bertolak lambat dari Besut) serta Pok Keng dan Cik Ana yang kedua-duanya berada di Belfast dan Surabaya kerana sedang study.
Memang meriah la kedai ni dengan family HD yang ramai. Makanan yang di-order antaranya ialah Briyani Ayam, Briyani Kambing, Briyani Seafood, Nasi Pulao, Fish Curry, Prawn Tandoori, Bendi Masala, Mutton Curry dan minuman wajib di kedai India ialah Mango Lassi serta Teh Masala ( saya and FIL je yang minum teh ni, hehe). Makanan semuanya sedap. Berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. Service pun cepat (consider cepat la untuk restoran yang penuh dgn pelanggan). Keunikan restoran ni ialah, air kosong dihidangkan dalam bekas besi seperti yang kita dpt lihat dalam gambar di atas. Jadi mmg seronok la anak-anak sedara saya bermain dgn bekas air tu.Klasik gitu.
Idea makan di restoran ni di ilhamkan oleh my bro-in-law yang pakai baju kuning dalam pic kat atas ni. Pilihan yang tepat sebab kena dan sesuai dgn taste kami sekeluarga. Tapi ada sedikit tak best pada restoran ni, from my point of view which is kedai terlalu sempit dan kurang privacy untuk family gathering. Mungkin juga sebab terlalu ramai pelanggan, jadi keadaan dalam restoran agak bising, dan serabut sedikit. Susunan meja yang padat menyebabkan restoran jadi sempit.
But, nevertheless of the keserabutan para pelayan yg berlari ke sana ke mari hantar order makanan kepada pelanggan, we had a great meal there. I enjoy mine a lot. ni lah gambar kami sekeluarga minus kak dilah and family serta pok keng dan cik ana.
Ni cucu-cucu termuda dalam keluarga Halaman Dhuha(HD). My hensem boy and his 2-weeks gap cousin Zulfa. Ilyaas muda 2 minggu, tp of course he is heavier and bigger than Zulfa.
dan ini ialah my parents in law. pasangan yang diraikan ..
Happy 33rd Anniversary Mak dan Ayah.
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...