Saturday, November 19, 2011

Chilling up at Mesra Mall, Kerteh

Aritu masa balik dari KT ke KL masa cuti raya haji, saya mengaruk kat husband nak ikut jalan pantai, sebab sokmo ikut jalan Jerangau-Jabo kalau balik KL dr KT. Dah alang-alang amik EL on Tuesday, sure jalan pantai pon tak banyak keta...
Disebabkan itu, husband pon follow je la keinginan si isteri yang rupawan ini (bagi chance ye nak puji diri sendiri). Kitaorg bertolak dari Bt.Payong KT dalam pukul 9 ke 9.30 pagi, dah xberapa ingt.
Best jugak ikut jalan pantai ni, sbb dapat tengok laut yang luas, pastu pemandangan jauh lebih menarik dari jalan dalam..Kalau ikut Jerangau-Jabo, alamatnya, umi and anak tidur ayah la bawa keta sorang-sorang.

Bila sampai Kerteh dalam pukul 10.50 pagi, saya menggoda lagi husband supaya stop dkt Mesra Mall yang gah berdiri di tgh2 Kerteh tu.. dah semua orang dok kabo best best gi Mesra Mall. Ye la, ganu tak banyak shopping complex, jadi bila mesra mall ni dibukak, semua org heppi..saya selaku half-ganu people heppi la jugak sikit2..

Bila singgah mesra mall, jalan2 kejap kami singgah minum ice blended kat starbucks. In general, kire ok la jugak mesra mall ni, walaupun xleh nak setanding dgn mall2 dkt kl or penang or jay bee.. ada kedai body shope, bonia, popular, vincci dan beberapa lagi la..tak berapa nak ingt. pastu ada food court gak..n secret recipe, pizza hut and ape lagi ek.....tak ingt lagi..(pelupa benooorrr mok ni, haish!) Tapi ni la gambar terbaru Ilyaas bersama umi dan ayahnya...




tak lama pon stop situ, gi toilet, jalan2 jap, singgah beli ice blended, pastu kami teruskan perjalanan balik ke KL. Around 11.30 kami dah bertolak balik tp sampai KL dlm pukul 3 lebih.  sebab we make another stop kat Temerloh untuk lunch n solat . OK till we meet again.. tgh hari ni nak gi mid valley, nak gi parent and baby fair..hihs:P

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...