Ilyaas kesayangan saya berusia 6 bulan lebih bila gigi pertama dia tumbuh. sekali tumbuh, 2 batang terus. Gigi bawah yang membuat kan Ilyaas nampak sgt nakal bila tersengih manja. very cheeky. Sejak Ilyaas dah mula tumbuh gigi, saya dah pon beli kan tooth brush.
berus gigi Ilyaas yg berwarna hijau-biru |
Pemilihan Tooth Brush yang sesuai untuk bayi adalah amat penting. Sebab saya nak develop habit suka memberus gigi dalam diri Ilyaas. Biar dia jadi orang yang rajin berus gigi. Tak malas especially bila bangun pagi dan sebelum tidur. Saya belikan Ilyaas berus gigi jenama Jordan (ada di pasaraya) dengan range 0-2years old, dan berus yang Soft (lembut). Saya ajarkan Ilyaas, bangun pagi sewaktu nak salin pampers untuk ke rumah babysitter, harus gosok gigi. Untuk peringka permulaan ni, saya biar dia bermain-main dgn berus gigi tu sendiri. pastinya dia akan masukkan dalam mulut dan gigit berus gigi tu.
besungguh-sungguh dia gigit |
gigit bahagian belakang berus gigi pulak |
Waktu malam, sebelum bedtime, saya buat perkara yang sama juga. saya biarkan dia bermain-main dgn berus gigi tu sementara saya salin baju dan pampers. Selepas selesai semuanya, saya akan cakap
" Ilyaas, give umi your tooh brush. Let's brush your teeths and go to sleep"
Alhamdulillah, Ilyaas paham, dan dia akan biarkan saya berus gigi dia yang 2 batang tu. And we both we'll have mother-son session before sleeping. Session apa lagi, session minum susu sambil peluk2 dan dua-dua tertidur and ayah Ilyaas akan kejutkan saya.
Itulah cara saya memperkenalkan tooth brush pada anak teruna kesayangan saya ni..sebelum Ilyaas tumbuh gigi saya selalu cuci gusi Ilyaas guna kain yang basah. Saya gatal tangan pergi beli Oral Care Rabbit Cloth dari MAM masa dalam pantang. Tapi gunanya tak selalu, banyaknya saya bersihkan gusi Ilyaas guna kain napkin atau kain biasa je. Aktiviti mencuci gusi masih diteruskan sekarang di bahagian yang belum tumbuh gigi. Oh ya, saya tak guna ubat gigi pada Ilyaas. not yet.
Cutenyer berus gigi ILyaas.. :)
ReplyDelete