Friday, July 11, 2014

Kaedah Garlic Oil/ Garlic Socks/ Lemon Socks untuk redakan batuk/selesema dan demam




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Arini I nak share pasal salah satu kaedah yg I amalkan bila anak-anak I batuk atau selesema, terutamanya si Abang Ilyaas Hafiy tu. 

Bagi korang yg mmg baca blog ni, mesti tau kan I kerap update Ilyaas tak sihat, nak demam, batuk n flu.. 


Sebelum ni I sentiasa bagi dia ubat batuk.. sampai dah habis sebotol pon kadang tu tak sembuh lagi batuk dia. 

kesian sngat tau bila tiap2 tgh malam, dia akan terjaga, batuk non-stop, paksa untuk muntah keluarkan kahak. kitaorg pon tidur tak nyenyak n adik Imani pon asyik terjaga. 

Bagi makan ubat batuk pon tak de apa2 improvement.. haishhh, kesian anak umi..



then, when we were in Holland, stock ubat batuk dah nak habis.. and he started to demam. demam yg panas. I tau, selagi kahak dalam dada dia tak kurang/keluar, dia akan continue demam.. Biasala budak2, mesti ada sebab kenapa demam, biasanya throat infection ke, batuk, selesema etc..

I buat beberapa kaedah home remedy utk bantu Ilyaas kurangkan kahak dalam dada dia..

which is I tried buat garlic oil..

cara untuk buat Garlic Oil:-

1. Ambil seulas/2 ulas bawang putih (bersama kulit)

2. Panggang di atas api dapur selama beberapa saat.

3. Be careful masa ni, kulit bawang putih akan terbakar dan berbau hangit sedikit. Panggang kejap jer. 

4. Tumbuk bawang putih tersebut bersama kulit dan masukkan dalam satu bekas tupperware bertutup. 

5. Letak minyak zaitun/minyak masak (yg belum digunakan) sedikit (satu sudu) dan gaul dengan bawang putih tersebut. 

Kaedah untuk penggunaan:-


1. sapu bahagian dada dan belakang badan anak sambil selawat/baca doa apa2 yg korang tahu untuk bantu sembuhkan sakit...contohnya Ayat nabi Yunus dalam perut ikan nun...

2. sapu pada tapak kaki anak..sambil ulangi berselawat/berdoa..

3. kalau anak dah tidur, cuba pakai stokin dan letak serpihan garlic yg ditumbuk tadi dalam stokin tersebut..

InsyaAllah, berkesan mengurangkan kahak seterusnya kurangkan batuk dan stopkan demam si anak. 

selain garlic socks, I pernah cuba lemon socks. 

Cara untuk buat Lemon Socks:-

  • Potong beberap hirisan lemon, rendam dalam air suam...(ramas2 kan lemon tersebut)
  • Rendam Stokin dalam air lemon tersebut .
  • Perah stokin dan pakaikan pada anak
  • Pakaikan satu lagi stokin supaya tak rasa terlalu basah (buat 2 lapis stokin)
cara garlis socks and lemon socks mmg dapat kurangkan suhu badan anak dgn segera.  

Tapi, PERINGATAN:-

SEBELUM APPLY KAN SEMUA JENIS REMEDY NI, KORANG TEST SEDIKIT DULU PADA KULIT SI ANAK...SEBAB GARLIC BOLEH MEMBERI KESAN PANAS PADA KULIT...MUNGKIN KULIT ANAK ANDA TAK SESUAI DGN GARLIC..



Macam anak I, dia rasa gatal dekat tapak kaki bila I buat garlic socks,maybe reaction antara garlic dgn kulit dia yg masih kecil tu.. So what I did is, I pakai kan dia 2 lapis stokin, antara 2 lapisan tu I letak garlic oil + hirisan garlic supaya tak ada direct contact dgn kulit dia. 

I buat kaedah ni dalam 30-60 minit je, sebab lepas tu suhu dah turun.. Alhamdulillah..

Korang pon boleh cuba ye, tp ingat test sedikit dulu pada kulit anak..


2 comments:

  1. THANX FOR SHARING...B4 NI DOK DENGAR, TAPI TAK PENAH TERDETIK NAK TRY LAGI SBB TAKTAU KAEDAH YG BETUL :)

    ReplyDelete
  2. Thnks for sharing.Sebelum ni cuma pernah dgr je tapi tak pernah nak cuba..Tapi smlm dek tak tahan tgk anak asyik batuk terus cuba.Harap2 berkesan utk anak2 sya

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...