Tuesday, July 8, 2014

Schipol Airport- tips and tricks

Assalamualaikum, 

Sebelum memori pasal our stay in Holland makin pudar, I akan penuhkan blog ni dgn saki baki kisah kembara kami di bumi Oranje yer.. 
Dengan itu, harini I nak share beberapa tips semasa kat Schipol Airport. tapi untuk VAT (TAX) Claim di Schipol Airport, I akan buat satu entry lain sebab itu penting bagi orang yg suka claim2 duit, mcm I ni..heheheh

Ok, sebenarnya time kitaorg kat Schipol tak lama sgt pon. tp boleh la nak bagitau beberapa perkara yg I rasa penting.. 




Imigresen:

Turun je dari flight, kita ikut je la direction signboard utk ke imigresen dorang. Kitaorg landing kat Schipol pukul 6.15am, sampai imigresen counter, beratur panjang jugak sebab ada 2 counters je bukak. 
tapi total masa nak sampai ke giliran kita kejap je. 
siap sediakan dokumen mcm letter of invitation (if korang pergi atas urusan kerja), pasports semua ahli keluarga, and yg penting sekali alamat kat mana korang nak stay sepanjang di holland nnt. 
dia akan tanya jugak bila tarikh balik. 
pastu dia tanya sepanjang stay kat holland akan keluar dari negara dia atau tak. 
itu bergantung la korang nak jawab ye ke tak. 
sebab kalau travel dalam europe countries dorang tak cop pon passport kita.. 
mcm kita pergi daerah lain je, padahal kita travel ke negara lain. 
tempoh kitaorg berusan kat counter imigresen adala dalam kurang dari 5 minit. 

Masa nak departure pulak, counter imigresen lagi la sempoi. kita drop bag, pastu masuk departure gates. 
ada orang check passport ngn boarding pass. 
pastu jalan gi counter. cop passport. 
dah settle. 
takde check hand luggage bagai. 
sebab semua nya akan dicheck bila kita dekat gate nak masuk plane terus. 

Babycare Lounge and Resting Lounge


Bagi orang yg long transfer di Schipol Airport, I rasa section ni sgt penting!
memandangakn kitaorg tak lama sgt kat sini, (boarding pukul 10pagi, flight pukul 12tgh hari), kitaorg melepak kejap je dalam baby room ni, sekadar susukan Imani jer. 
I rasa facilities dia best sgt. 
Bilik baby ni besar. Ada beberapa compartment, divided dgn langsir yg jenis semi-circle tu,dalam setiap langsir/compartment tu ada baby cot, and 2 sofa. setiap compartment tu ada 2 lampu study sendiri. 
Sebab biasanya orang off kan semua lampu dalam bilik ni bila baby dorang tido, so, kita yg nak lampu boleh on lampu kita sendiri dalam compartment kita.  bleh imagine tak camne I citer ni?



Baby cot tu tak la luas sgt, tp Ilyaas yg dah panjang tu pon muat lagi. and baby cot tu attach dgn sofa, so tilam dalam tu pon sama material ngn sofa.. Ada sink/basinet untuk diaper change and bagi baby mandi jugak..

and ada microwave and air panas jugak ..
I rasa boleh je guna micarowave tu nak panaskan makanan baby. tp tak sure plak if ada yg panaskan makanan tak halal ke..wallahualam


depan baby care lounge ni, ada banyak sofa/sofa beds untuk orang dewasa plak berehat. mmg penuh sentiasa la. mcm dalam 2 gambar collage kat atas tu. 

nak cari baby care lounge ni senang jer tau..


Korang cari Dutch Kitchen Bar & Cocktails ni. 

Kitaorg minum jus kat sini. sedap jus dia. and yg famous kat kedai ni Dutch Soft Pancake. Kecik2 je, tp I tak order pon,  coz ramai sgt orang beratur. 

Btw ada Yotel jugak, yg ala2 katil dalam almari tu. utk disewakan. boleh check web Schipol k. 


Library

 Those yg travel alone or withour kids, I suggest korang leh habiskan masa kat sini la. sori ler gambar tak clear coz I snap pakai hp sambil tolak buggy time ni. 
Location dia i tak ingt sgt, but on the way to dutch kitchen bar & cocktail tu la. 


Toys' Shops


Yang ni kitaorg mmg singgah. Sebab plan nak guna duit euro lebih belikan lego utk Ilyaas ngn Imani. 
I singgah kedai Let's Play.. 
Harga lego kat sana mmg murah la, even after dah convert ke ringgit malaysia. 
Ada tpt utk budak2 melukis mewarna jugak kat kedai ni.. 
Tapi kan kitaorg endup tak beli pon lego kat dorang, because range age yg ada paling kecik umur 5 tahun ke atas. yg baby punya design yg Ilyaas n Imani dah ada..

ada another shop nama TOYS.. 


Luggage and Storage



Ok ni benda penting untuk traveller mcm kitoarg. Beg banyak, tenaga nak mengankut tak ramai + travelling with kids and stroller/buggy. 

about 18 hours before flight kitaorg depart, kitaorg decide untuk simpan some begs dekat airport. memikirkan kitaorg ada 3 beg, 1 buggy, 2 hand luggage yg berat gila, dan 2 orang intan payung. I seriously pikir takut kitaorg busy uruskan bag dari hotel ke airport, terlepas pandang dekat anak2.. Nauzubillah.. 

Ada beberapa area utk simpan beg dkt Schipol.Kitaorg pilih yg terletak antara Arrival hall 1 and 2

kawasan dia dkt underground . so naik lif turun bawah tanah. 


Ni kaunter storage. Ok, kalau korang nak simpan beg dalam locker. tak perlu pergi kaunter ni. tp kalau korang tak nak guna locker (nak guna locker kena pakai credit card), boleh simpan beg korang dalam bilik store blkg kaunter ni. Satu beg dorang charge Euro7 , tak kisah besar mana beg tu. Memandangakn kitaorg ada 2 beg besar nak disimpan masa ni, kitaorg pon proceed ke locker je. 

Ni kawasan lockers. Memang luas dan ada sgt banyak locker. tak perlu risau kot xcukup locker. Ada ada tiga jenis size. M, L and XL. 
Kitaorg amik size L. harga Euro9. Size XL harga Euro11.50.
Size M, i tak sure. boleh check kat website schipol..
Size L ni boleh muat dua beg besar.. yg lagi besar dari Ilyaas n Imani. 





Cara nak simpan pon senang sgt. Just masukkan beg dalam locker tu, then swipe credit card korang kat mesin ni.. pastu dia mintak verification no.. (utk dpat kan verification no ni kena buat kat bank malaysia if cc korang belum pernah digunakan utk oversea transaction yer.. so sila dapatkan no verification korang before korang pergi bercuti ke luar negara, tak semestinya holland)

then, akan keluar satu resit, yg ada bar code and no. 
 amik gambar resit n no kat resit tu.
in case resit tu hilang, korang still boleh amik beg yg disimpan ni sbb masa nak claim beg ni, sama ada masukkan no resit tu atau scan je bar code dkt resit tu. 

Transport to Airport


Bagi yg dah beli Holland Pass. Boleh terus guna OV Card dalam pass tu utk travel ke Schipol. 
Cara nak ke Schipol cuma dengan mengguna Train. 
Dorang tak ada train yg specific mcm ERL utk pergi ke airport. sebaliknya dorang guna train biasa yg rakyat jelata guna. So pepandai la kitaorg dgn beg, dengan anak2 berebut nak masuk train.

kalau yg tak ada OV chipkart atau Holland Pass, boleh beli one off ticket dkt kaunter di Amsterdam Centraal Station.  Kena amik train dari Amsterdam Centraal Station yer. Harga ticket Euro4 one way. 
Kitaorg dah ada OV chipkart, maka pakai je la kad tu.. 
Btw, kalau yg guna OV chipkart, make sure baki dlm card tu Euro20 baru boleh naik train. 

Ada dua jenis train yg melalui Schipol Airport. Train Intercity dan Speed Train. Kalau naik intercity, confirm penuh orang. Kitaorg jarang sgt2 dapat duduk kalau naik Intercity. Lebih baik naik Speed Train, kurang orang. dan boleh dapat seat. 

Tempoh nak ke Schipol dari Amsterdam Centraal (Platform 14 atau Platform 15) lebih kurang 30-40minit jugak la. 

Selain train, boleh naik taxi. Charge dia rasanya around Euro80. then, bagi yang menginap di sesetengah hotel mcm Ibis Budget Hotel, ada disediakan shuttle bus transport dari Airport ke hotel.. and ada jugak bus shuttle yg melalui kawasan2 tourist n ke airport..

Shopping


eh penting ke shopping ni I listkan sebagai tips and tricks..hahaha...
Agak best la shopping kat sini.nama pun Schipol Plaza. mmg banyak kedai. branded ada , tak branded pon ada. heheh I dapat pau husband sebijik handbag..
I x sempat snap gambar kedai2 kat sini but mmg banyak. 
restoran pon banyak. 
kedai coklat pon banyak. 
mmg kitaorg shopping coklat kat airport je pon..


ok itu je kot, yang lain2 I rasa biasa je la... 
susah2 gi tanya information counter,heheh..

pasal Tax Claim dkt Schipol, tunggu next entry ke next next next entry ke...

bye



3 comments:

  1. Ya Allah teringat masa kitorg terkandas kat Schipol Airport ni last year..
    Kitorang missed connecting flight ke Stockholm & kebetulan Justin Bieber buat concert kt Stockholm so flight ke sana semua fully booked. 8-9 jam gak kandas tp Alhamdulillah dpt connecting flight. Cumanya Schipol Airport ni beeesaaaaarrr gila dari satu terminal nak ke terminal lain jauh gilaaaaaa...

    Dah tu diapers anak almost kehabisan sbb x budget pun kandas sampai 9jam kat sana. Luggage sume takde. Habislah meround satu airport yg besar gila ni semata2 mencari diaper. Hehehe.. Kenangan..

    Tp service kat airport ni mmg best. Cuma I prefer Arlanda Airport kat Stcokholm sebab dia ada provide stroller. Kitorg travel masa tu xbwk stroller just bwk SSC je. Hazab gila menggendong anak ke sana sini dlm airport tu. Ke Schipol ada tp kitorg yg xjumpa masa tu??

    ReplyDelete
  2. Good info sis..
    Tq for sharing this

    ReplyDelete
  3. masa saya ke holland hihiks x adalah explore satu airport tuh baguslah akak nye info. saya terus drop luggage seketul saja then melepak kat dalam sana tunggu kene panggil itu aja.. sbb mmg smpai airport pun tiga jam before depart.. aaargh rindu amsterdam T.T

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...