Assalamualaikum semua,
Saya terbaca artikel ini dari KemnRocky. Beliau mendapat email ini daripada Lina Karim, pemilik Darwish and Darwisha.blogspot.com....
Mari kita sama-sama fahami isi kandungan artikel ini dan cuba type alamat blog anda dengan menukar ***blogspot.com kepada ***blogpsot.com. Saya dah cuba dengan URL saya, dan sememangnya perkara ini terjadi, MashaAllah...jahatnya orang-orang ini..
Berhati-hatilah kita pengguna blogspot.com
Artikel oleh : Lina Karim
Alhamdulillah,
ada beberapa pembaca emel saya sendiri yang memaklumkan pada saya
tentang perkara ini. Tentang URL (alamat website) yang sama tapi tak
serupa. Maka bolehlah saya berkongsi dengan orang lain tentangnya. Bagi
mereka yang memaklumkan pada saya, saya ucapkan terima kasih. Untuk
pengetahuan Akmar, jika belum tahu, pihak bukan Islam telah membeli
nama domain yang membolehkan mereka menarik orang lain kepada Agama
mereka. Cuba kita fikir, kategori apakah orang yang ingin melawat ke
blog saya? Tentu orang tersebut mahu mengetahui cara melahirkan seorang
huffaz. Bukankah itu perkara yang membimbangkan Syaitan dan Dajjal?
Maka dengan kebijaksanaan mereka, mereka telah membeli domain
'blogpsot' dimana jika tersalah taip 'sp' ke 'ps' maka kita akan dibawa
ke website Kristian. Adalah merbahaya jika seseorang yang mempunyai
sifat ingin tahu, bila pada mulanya ingin ke blog saya tetapi di bawa
ke blog ini, membacanya seorang diri tanpa orang yang arif tentang
Islam di sebelahnya akan terpengaruh dengan tipu daya ayat yang ditulis
tersebut yang menjurus kepada 'The Truth of The Bible!'. Nauzubillah..
Maka hati-hati sekiranya menaip URL untuk ke blog saya. Dibawah adalah link sama tapi tak serupa tersebut. Semoga kita antara orang yang mengetahui..
www.darwishndarwisya.blogpsot. com
www.darwishndarwisya.blogspot. com
Dari sini kita tahu akan satu dari banyak taktik yang mereka gunakan untuk menyesatkan manusia. Tidak tahu apa taktik lain lagi di masa akan datang yang akan mereka gunakan. Semoga ini lebih menguatkan semangat kita untuk mendidik anak kita dengan al Quran/agama seawal dan sebaik mungkin.
Ikhlas dari,
Lina Karim
Maka hati-hati sekiranya menaip URL untuk ke blog saya. Dibawah adalah link sama tapi tak serupa tersebut. Semoga kita antara orang yang mengetahui..
www.darwishndarwisya.blogpsot.
www.darwishndarwisya.blogspot.
Dari sini kita tahu akan satu dari banyak taktik yang mereka gunakan untuk menyesatkan manusia. Tidak tahu apa taktik lain lagi di masa akan datang yang akan mereka gunakan. Semoga ini lebih menguatkan semangat kita untuk mendidik anak kita dengan al Quran/agama seawal dan sebaik mungkin.
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...