Monday, November 21, 2011

Info Sihat: Penggunaan minyak masak berulang kali

Terbaca di arkib artikel berita harian tentang 'minyak sihat'. Minyak oh minyak...minyak masak ke minyak kereta? Minyak masak lah ye...

Terus timbul kesedaran dalam diri sebab sayalah orang utama yang memasak makanan suami (dan anak-walaupun masakan anak belum guna minyak) serta makanan untuk diri sendiri.

Kalau saya memasak especially bila goreng keropok lekor yang di bawa balik khas dari kampung halaman suami di ganu, pasti sayang rasanya nak buang minyak yang selambak dalam kuali tu. Confirm saya simpan untuk next usage. dalam next usage, kalau minyak tu masih kelihatan ok di mata saya, pastinya saya akan simpan lagi, dan guna lagi... (Oh, sungguh tidak sihat ini...Aiyaaaakkkk)

Okay, mari kita belajar tentang dua jenis minyak masak yang wujud.

  • Minyak poli tak tepu - minyak soya, jagung dan bunga matahari.
    Asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan untuk menggoreng
  • Minyak mono tak tepu - minyak zaitun, Canola, biji sesawi dan bunga matahari. Tidak begitu sesuai untuk menggoreng

  • Jadi minyak mana yang boleh dan paling selamat digunakan?Hmmm, saya pon tak tahu...

    Tapi saya nak share dgn pembaca semua tanda-tanda minyak yang tidak boleh digunakan lagi..

    Tanda-tanda minyak yang sudah rosak dan tidak digalakkan menggunakannya
    • Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang dah terbakar dalam minyak tu. Hihih. Mana taknya, masak berulang kali. Banyak sisa tertinggal dalam tu.
    • Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak tersebut. Ini kerana secara logiknya bentuk molecule minyak telah banyak berubah disebabkan factor suhu.
    • Banyak mendapan @ mendakan di bawah bekas simpanan minyak.
    • Minyak sudah mula berbau seperti makanan anda. Jika anda masak ikan, minyak sudahpun berbau ikan, bukan lagi berbau minyak
    Nak share juga, cara penggunaan minyak secara optimum (ni kekdah rakyat Malaysia)
    Menggunakan minyak seoptimum yang mungkin
    • Ingat, jangan campurkan minyak yang sudah diguna 2, kali dengan minyak yang baru 1 kali. Sebab Smocking Point mereka adalah berlainan.
    • Semakin lama menggunakan minyak di atas api, semakin cepatlah struktur minyak tu akan berubah bentuk. Maka, semakin tidak sihatlah ia. Maka, elakkan untuk lama-lama memanaskan minyak di atas kuali sebelum mula memasak. Kalau katakana anda goreng jompot2 ikan bilis, dah habis gorengan pertama, cepat2 masukkan batch kedua. Jangan pula biarkan api tu lama-lama hidup dan memanaskan kuali. (Nah..perasan tak kalo kat gerai minyak tu dibiar berapa lama. Aiyark) Tak sihat tu!
    • Serpih-serpih makanan yang digoreng jangan dibiarkan di dalam takungan minyak. Ini kerana ia akan mereput dan terus tinggal di dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih-bersih baki minyak sekiranya bercadang untuk menggunakannya buat kali kedua.
    • Selepas minyak sejuk, dan selamat untuk disimpan, sebaiknya gunakan kitchen tissue towel utk tapis minyak tu. Supaya semua sisa makanan tak bercampur dengan minyak. Gunakan bekas yang bersih, sebaiknya bekas yang jernih supaya kita dapat lihat warna minyak tersebut. Andai dah agak gelap, buang sahaja. Bersihkan kembali bekas.
    • Simpan minyak dalam bekas yang bertutup. Boleh juga letak dalam peti ais.
    Untuk rujukan tentang smocking point, boleh lihat di sini.

    Setakat ni dulu, selamat menggunakan minyak dengan bijak!

    8 comments:

    1. welcome, cepat nau kau comment raje..thank u thank u

      ReplyDelete
    2. good info athi..kadang2 sayang nak buang kalau tengok elok lagi..huhu

      ReplyDelete
    3. thanks Anah...
      tula kan, dah la minyak2 yg berkhasiat tu mahal..

      ReplyDelete
    4. good info...

      yg akak tau mmg x elok guna minyak masak berulang kali. so, akak biasa tetap kan 2x guna je..pastu buang. and akak also asing kan minyak yg dah guna tu. kira nya kalau goreng ikan, x kan campur utk goreng daging/ayam.

      ReplyDelete
    5. thanks kak ana..mmg itula yg sepatutnya kita buat ..

      ReplyDelete
    6. hee.. thanks, fathiyah for the info.
      benda2 mcm ni, macam tahu je kan sbnrnye.. cume malas, sayang nk buang..
      tp part bole tapis ngan kitchen towel tu, boleh la nk gune.. =)

      ReplyDelete
    7. welcome ayie dear:)
      betul tu, mmg kita sayang sbb minyak bukan nya murah.tambah lagi minyak2 yg berkhasiat such as minyak bunga matahari..

      ReplyDelete

    Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
    Sila datang lagi...