Tuesday, November 15, 2011

Kerja di Office Baru @ Menara Bank Islam (MBI)

Seperti yang saya gembar-gemburkan pada hari Khamis serta weekend lepas, company tpt saya kerja akan berpindah dari KLCC ke Menara Bank Islam atau lebih mesra dgn panggilan MBI. Mari saya ceritakan pasal bangunan baru ni...
Menara Bank Islam (source Mr Google)

Hari ni merupakan hari kedua kami move in masuk ke MBI. Semalam sampai-sampai je opis, keadaan sgt panas sbb air-cond building belum dibukak. Jadi berpeluh-peluh la semua orang. Pagi tadi pun sama, 8.30 sharp baru dorg bukak, and amik masa yg lama untuk menyejukkan satu floor 28 ni..sekali lagi, semua orang berpeluh-peluh. dah lah masing-masing jalan kaki jauh jugak dari nearest LRT or Monorail Station. Like for husband and me, kami decided to take Star LRT from Sentul ke Titiwangsa, dan tukar ke Monorail dr Titiwangsa ke Stesen Raja Chulan. So far setakat experience 2 hari ni, rasa ok lagi naik monorail. Cepat jugak sampai ofis. dan tak perlu hantar anak lebih awal ke rumah babysitter. Tempat makan yang berdekatan jugak banyak. Setakat ni sy n husband cuma try kedai di Wisma Cosway je. Kebanyakkan kawan-kawan ofis yg lain suka makan di Kenanga Investment Bank depan MBI ni, tp kami belum try sbb terlalu ramai org menuju ke food court Kenanga tu. maybe some other days la kot.

Surau kat MBI ni dkt parking lot, dekat basement. Surau ok and besar. Masih bau karpet baru lagi. Tp kat ofis pun ada surau kecik jugak. Lebih senang dan lebih cepat untuk menunaikan solat sbb tak perlu turun ke lobby dan amik tangga/lift ke surau basement. Kalau ngantuk sgt time kerja maybe akan gi solat kat surau bawah, heheh..jalan jauh sikit untuk kurangkan ngntuk.  MBI ni tak jauh dari Pavilion, 5minutes walk je. Tp malas nak pegi. Nantilah, bukannya ada apa sgt pun yg termampu dibeli kat Pavi tu.

Yang paling best kat MBI ni ialah ada Bank Islam HQ. So, saya dah berazam untuk mula menabung Tabung Haji. Ehhhh, bukan sebelum ni takde tabungan TH, mmg ada since kecik. Mak ayah saya dah jimat cermat simpankan TH untuk kami 4 beradik..cuma,fahamlah bila dah besar dan byk duit nak kena guna dan saya bukannya dari keluarga berada, jadi terpaksa la jugak pakai serba sedikit simpanan yg ada..jadi mulai skrg, boleh lah mula menabung balik. sikit-sikit lama-lama jadi bukit, InsyaAllah. Selain tu, dapat menabung untuk TH Ilyaas Hafiy jugak..Ni impian dan azam saya sejak mula bekerja di MBI ni...Alhamdulillah, mintak-mintak dipermudahkan lah urusan/niat nak menunaikan ibadah haji (walaupun tak tahu bila laaa nak boleh pergi  ni..register pon belum lagi..) 
Hmm, okayla update pasal MBI ni..back to serious matter sbb kena buat CIG picking..(skrg sy dah terjebak dgn depth migration, terpaksa lah menghadap CIG Pick ni...)

Bye-bye ..have a nice day=)



6 comments:

  1. selamat bergembira di bangunan baru..

    ReplyDelete
  2. thanks Anah :)
    sy berharap dapat jadi fulltime housewife n dpt tgk anak membesar 24jam dpn mata macam Anah

    ReplyDelete
  3. wah..wah..congrats! jd banker sudey~ hehe..

    ReplyDelete
  4. cik ana:mende gop..klcc dulu pon ada pavi gak kang...

    raja jue: thanks...but no, im not a banker, not qualified. still a geophysicist like before. just our company jadi tenant dkt menara bank islam ni..

    ReplyDelete
  5. eh salah, klcc pon ada nandos gak kang

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...