Assalamualaikum.
Salam Jumaat.
Baru selesai satu lagi presentation untuk departmental seminar.
fuhhhhh berpeluh jugak nak jawab soklan.
walaupun presentation yang sama je untuk conference haritu, but it was a better discussion. Lebih bermakna.
Sgt fruitful. Ramai jugak yang attend. So, banyak komen membina from lecturers and phd students.
Tak sabar nak tunggu petang ni..
Kami nak pergi bercuti!!!!!!
Weeeeeeeeee..Happy sgt dapat weekend gateaway ni.
Tapi kami pi dekat-dekat je. Tengok orang lain bercuti jauh-jauh.
Murah rezeki korang yang dapat berjalan jauh-jauh, apatah lagi melihat negara orang.
Mungkin belum masa kami sekeluarga lagi.
Tanggungjawab masing-masing kan berbeza? =)
Bukan tak ingin nak pergi berjalan oversea, Bali ke, Australia ke, Paris ke, Sabah ke, Singapore USS tu pon teringin ok, tapi apakan daya. Ukur baju biar di badan sendiri. Yang penting kita semua bahagia.
Sempena anniversary kitaorg yang ketiga hari Selasa haritu (11 June), kitaorg mmg plan sebulan awal untuk pergi gateaway sekejap bersama permata-permata hati kami.
Bukan nak berhoneymoon ke apa pun.
Nak berehat. Tenangkan fikiran kejap.
Pastu full gear balik pada study kami.
We both really need this break.
InsyaAllah kami akan guna sebaiknya untuk mengukuhkan kasih sayang dan kefahaman antara kami berdua, termasuk dengan anak-anak juga.
Tahun lepas anniversary dah ke pulau.
Tahun ni kita ke kaki gunung pulak.
Kami pergi tak jauh.
Tak boleh jamak hatta solat qasar pun.
Dekat coih sangat (kata orang utara)
Petang ni nak bertolak pi
TAIPING
Nak mencari sekelumit ketenangan di sebalik kehijauan dan kesejukkan Taiping.
Doakan perjalanan kami selamat ye =)
Tq
Enjoy your weekend too! =)
happy holiday...:)
ReplyDeletehappy holiday! tapiping pom best! hehehe
ReplyDelete