- daun bunga raya putih tau, bukan daun bunga raya merah.
- tak yah amik bunga dia, cuma amik daun.
-campur daun ni dalam air mandian anak. air tu biar suam-suam, jangan sejuk sgt plak.
- koyak2 sikit daun tu mcm gambar kat bawah ni.
-bagi anak mandi
- InsyaAllah suhu badan anak akan turun.
- repeat usaha ni beberapa kali, insyaAllah suhu akan makin kurang dan kurang, sambil tu jangan lupa makan ubat demam doktor bagi :)
2. Basahkan kepala/rambut anak dengan air asam jawa
- Bukan air jus asam jawa yang beli kat supermarket tu tau.
-guna asam jawa yang kita guna buat masak asam tu.
- campur dengan air paip, tenyeh2 asam tu bagi larut dalam air and kaler air tu jadi cam gambar kat bawah ni.
- lap kan kepala anak dengan air asam jawa ni. boleh gak letak2 kat leher dia.
- rambut akan jadi keras sikit la lepas dah kering. takpa, nnt dah baik demam leh mandi cuci bersih2 kan.
-setakat ni kaedah ni paling berkesan dengan Ilyaas. cepat kebah kalau buat camni.
3. Bagi mandi dengan air daun semambu
- bagi yang tak tau rupa daun semambu ni camne, tu kat atas tu.
-pokok dia cam agak susah nak cari.
-selalu kat kampung2 la banyak.
- masa ilyaas demam and kena resoala ke campak kecik tu, mak bawak daun ni from penang, pastu bagi ilyaas mandi, dia pun baik demam, merah2 pon hilang.
-sama je kaedah ngn air daun bunga raya putih tu.
-kalau demam campak, leh libas2 kat badan anak.hilang gatal2 dia. InsyaAllah.
4. Demah badan anak dengan air sejuk beku
- yang ni memang paling senang, paling common yang kitaorg buat.
- tapi tak berapa nak boleh buat dah bila ilyaas dah boleh lari sana sini.
- amik ice cube, rendam dalam besen isi air paip.
- amik kain bersih, rendam dalam air tu, pastu perah kain tu and balut badan anak dengan kain tu.
itu je la yg kitaorg dok buat setakat ni kalau anak demam.
lain orang lain cara. tengok mana yg berkesan.
tp jgn biar demam berpanjangan pulak.
gi jumpa doc cpat2 k.
Published with Blogger-droid v2.0.4
lin selalu buat yg no 1 & 2.. :)
ReplyDeleteSelalu buat yg last tu ngn air asam jawa..
ReplyDelete