Ya ampun, lama betul amik masa nak upload gambar wedding Nadrah.
Dah nak masuk 3 minggu dah Nadrah kawin..
Nadrah ni kawan my husband masa kat MRSM.
tak pernah jumpa pun, first time jumpa masa wedding dia la.
mcm ok je.boleh masuk.
kebetulan rumah Nadrah dekat dgn rumah my grandmother.
So wajiblah kitaorg pergi.
Bertolak ke sana lepas solat zohor.
Rupanya Wafi ngn Husna tgh tunggu kitaorg. Kesian pulak kat dorang lama menunggu.
Sampai je terus peluk peluk dulu dgn Husna.
Lama tak jumpa. last time jumpa masa anak sorang lagi.
Skarang dah ada Imani, Husna pon tgh carry her second baby.
Aunty Husna and Imani Husna excited jumpa Imani. Moga Husna pon dapat baby girl gak pasni |
Ilyaas Hafiy dan Hafiy Danial Beza umur 3 bulan Ilyaas mcam relax pulak dengan Husna and Wafi Macam dah kenal lama je. Good Boy. Hafiy Danial pulak baru bangun tido. so memalu kucing sikit |
Lepas lepak makan dan berborak, tengok pengantin dah free sikit, kitaorg pun serbu la nak amik gambar.
Cubaan pertama. Dua-dua Hafiy tak pandang kamera. Ilyaas tengok apa la kat bawah tu
Hafiy pulak tenung apa la kat Aunty Nadrah
Cubaan kedua, yes berjaya.
Comel gila Hafiy pegang je botol susu dia.
Ilyaas plak berlagak macho gitu.
Imani tengok bunga kat belakang. alahai tak nampak muka manis anak dara umi
And ni cubaan pengantin nak bergambar dengan dua Hafiy ni.
Walaupun baru je kenal dorang-dorang ni, rasa mcm dah lama kenal.
Actually Wafi, Nadrah and my husband adalah classmate kat MRSM Taiping dulu.
So ukhwah antara dorang masih kukuh walaupun masing masing dh berumah tangga.
And now update sikit pasal Pja.
I pernah mintak tolong kawan kawan doakan kesihatan Pja kan.
Pja pun satu kelas dgn my husband jugak.
dalam circle of friend ni jugak la.
Bagi yang tak pernah baca/ tau kisah Pja, jemputlah baca kat entri ni.
Sekarang keadaan Pja dah stabil.
Dia dah sedar tp belum betul2 berdaya. Mata dah boleh bukak n realize kehadiran orang sekeliling.
Dah dipindahkan ke wad biasa di Hospital Raja Perempuan Zainab, KB. Dulu kat HUSM Kubang Kerian. Dah takde bantuan pernafasan,
dah off ventilitor.
Tapi buah pinggang Pja still on dialisis.
Pja tgh hold on demi anak-anak dia.
Progress dia menunjukkan perkembangan positif.
Bila kita bercakap dgn dia, nampak dada dia berombak seolah-olah nak reply balik apa yg kita cakap.
Bila kita gengam tangan Pja, ada respons.
Husna dan Wafi ada ke HUSM melawat Pja seminggu sebelum wedding Nadrah.
Kudos korang for keeping up good relationship dan menziarahi rakan yang sakit.
Padahal korang jauh perjalanan, dgn anak kecik lagi, dgn Husna pregnant lagi, and terus bekejar balik sebab Husna kerja shift malam. Kagum dengan usaha korang.
Apapun kita doa yang terbaik untuk Pja.
Dia sgt diperlukan oleh anak-anaknya, Imaad dan Iyaad.
Sedih sgt baca status Pja kat fb beberapa hari before dia bersalin dan koma...
status tu berbunyi seolah-olah Pja dah merasakan sesuatu...
antara kata-kata Pja yang saya masih ingt...
Coming to the end of a pregnancy feels like the end of Ramadhan. I'm EXHAUSTED, GLAD i'll be done with it,EXCITED yet i'm SAD it's almost over, REGRETFUL i have not made the most out of it, and having MIXED FEELINGS because i'll miss this moments and i WANDER whether i'll be given another chance in the future~♥
*copied from fb Pja*
Tolong ya kawan-kawan doakan Pja.
Dia tengah dan masih lagi berjuang demi anak anaknya.
Thank U kawan-kawan
*Besarnya jihad melahirkan seorang khalifah Allah*
*Bersyukur kita diberi peluang sihat seperti sediakala untuk membesarkan anak-anak kita*
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...