Thursday, June 27, 2013

Season Masak Kicap


Sekarang ni susah benar nak suruh Ilyaas makan. 
Especially lepas baik demam aritu. Masak itu tak nak. Masak ini tak nak. 
Kalau makanan yg di beli pon selalu tak habis. 
Dulu boleh umpan dia dengan ayam goreng, sekarang tak semestinya ada ayam goreng dia akan makan. 

Tapi since minggu lepas, pengasuh bagitau Ilyaas makan banyak kalau dia masak daging masak kicap. 
(masa tu dalam hati berkata-kata, bila masa pulak Ilyaas ni suka makan daging? sebab dari kecik mmg jarang sgt bg dia rasa daging, sebabnya nak masak daging bagi lembut pun tak reti hahaha)

Sejak dari tu, try la masak ayam masak kicap. 
Mak aih, licin kilat pinggan Ilyaas makan nasi kalau lauk ayam masak kicap. 
Kadang siap bertambah lagi nasiknya. 

Pastu try plak masak telur masak kicap, pun habis. 
Ikan goreng masak kicap pun laju. 

So, kesimpulannya sekarang ni Ilyaas tengah season masak kicap. 
Senang lah bila dah tau dia suka makan apa. 
Senang nak tackle dia supaya makan. 
Nasib baik jugak dpat pengasuh yang ambil berat dan observant terhadap perkembangan anak-anak kita.
Kalau akak tu xbagitau Ilyaas suka makan daging masak kicap, agaknya umi mmg tak tau sampai ke sudah camne nak tackle Ilyaas makan. 

Lagi satu, skrg ni Ilyaas dah pandai makan ikan. 
Kadang ada ikan, tak nak lansung lauk ayam. Dah muak agaknya asyik ayam ayam ayam je sebelum ni. 

Kalau dulu masa baby, boleh lah umi masak je apapun , blend pastu suap Ilyaas. 
apapun dia makan. 

sekarang kena menackle dia pulak. dah la ramai tegur Ilyaas makin kurus sekarang. 
Takut gak kot kot ada cacing ke apa ke. 
Tapi dah bagi makan ubat cacing takde plak nampak cacing keluar kot najis dia. 

Beli set pinggan ngn cawan cars ni untuk tackle dia supaya rajin makan. beli kat parkson weekend aritu. 
rasa bersalah plak, dari kecik tak pernah beli set pinggan fancy fancy kat dia. 

Ni ayam masak kicap ngn telur dadar campur mix vegie. 
Habis semua nasik tu Ilyaas makan. 

2 comments:

  1. Bdk mmg ada masa dia nak makan je..kalau dh muak.nti sis try plak buat sup ayam ke..manala tau dia suka jgk

    ReplyDelete
  2. budak2 klau mkn nasi lauk kicap mmg laju je...

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...