Monday, June 17, 2013

Taiping Gateaway: Day 1


Assalamualaikum 

Alhamdulillah. Percutian kitaorg ke Taiping sgt memuaskan. Lega dapat merehatkan badan dan minda, spend masa berkualiti berempat. Seronok sangat. Kitaorang bercuti selama 3 hari 2 malam dekat Taiping. 
Saja nak share dengan readers semua percutian ni. Boleh la korang rujuk sini kalau ada yang nak ke Taiping pulak lepas ni. Saya divide entry Taiping ni ikut part-part ye. Tak larat nak taip semua sekaligus. Gambar banyak sangat.Hahahhaha

So kita mula dgn Day 1: Jumaat 14 June 2013

Pukul 4ptg, saya balik rumah from uni. masukkan semua bagasi dalam kereta, gi rumah babysitter, amik anak-anak, and patah balik ke UTP amik suami.Kira dalam kol 5.30 gak la kitaorg bertolak ke Taiping, campur berenti isi minyak and solat asar dulu. 

Ikut PLUS Highway, sejam je dah sampai exit Taiping. Terus gi cari hotel kat tengah2 pekan Taiping tu. 
Kol 7.15pm, check in hotel.Kitaog booked melalui Agoda.com. 

Hotel Legends Inn. Sebelah Masjid Taiping. 
Hotel biasa je. RM103 termasuk breakfast and tax. 
Untuk harga mcm tu, saya rasa keadaan dan servis hotel adalah memuaskan.



Bilik luas. Katil King Size. Kitaorg dapat bilik kat level 1.  Ilyaas mcm biasa lah, masuk je bilik, mula lah melawat kawasan. Excited dia. Tv pun jenis flat screen, so takde la cikai sangat hotel ni. Karpet pun bersih, bukan jenis berdebu debu. 


Toilet bersih. Luas jugak. 
Tak la fancy. Tapi memuaskan. 
Cukup la, kitaorg pun check in malam dah. Memang sekadar nak tidur je hotel ni. Bukan nak iyak-iyak melepak dalam ni. 
Yang penting selesa kan..
Air panas pun working well. 


Yang penting sekali ada mini fridge ni. Lega gila bila nampak ada fridge. Dapat la simpan susu. 
Sebab lepas solat subuh, saya memang wajib pam. Kalau tak, engorge seharian la jawabnya, sebab mek Imani bukan jenis nak minum kalau fast flow. 

Lepas bersihkan diri and solat, kitaorang keluar dinner kat warung depan hotel ni je. 
Malas nak naik kereta cari restoran lain. Nak makan kat cafe hotel pun boleh je, saja we choose to eat outside. Melawat kawasan sekitar. 

Hotel ni, sgt dekat dengan Supermarket The Store. Tgh sale pulak masa tu. Nasib baik tak terbabas membeli baju raya anak-anak. 7 Eleven pun dekat depan hotel ni je. In general lokasi hotel ni strategic lah. Berbaloi dengan harga yang murah. 

Malam tu semua orang tidor awal. termasuk ratu bersembang ni....


Cik Imani Hafiyya


-trend dia tgh-tgh malam orang nak tido, dia ajak orang bersembang-

tp masa malam check in kat hotel ni, dia penat agaknya, awal dia tido..



tapi kan, pukul 5 pagi, bangun minum susu, dia tak mau tidur dah. 

habis dia jerit2 kat telinga umi dia ajak sembang....


stress betul. geram je. last-last peluk dia kuat2, tepuk2 selawat sikit, baru tertidur mek ni. 


Breakfast kat sini pun ok. Makanan sedap. Variety jugak. 

Berbaloi la. Sapa nak gi Taiping, nak cari hotel budget, I would suggest this one. 


Ok, nanti sambung Day 2 pulak k. 

2 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...