Friday, June 28, 2013

Happy Birthday and Congratulations Imran


Assalamualaikum, 

Di kesempatan Jumaat pagi yang cerah ni (cerah sebab jerebu dah habis), saya nak tulis pasal adik saya, Imran. Klu readers perasan, saya agak jarang jarang tulis pasal my siblings and my parents. Hahah, bukan tak mau tulis, tapi mereka telah request tak mau jadi terlalu glamour di blog kakak. so saya menghormati request mereka itu. 

sebab tak mau terlalu glamour, sekali sekala tulis pasal mereka, mungkin tidak mengapa lah kan. lagipun saya mmg nak coretkan memori2 dalam blog ni. buat mereka yg merindui saya nnt kalau saya dah takde. (itupun kalau blogspot wujud lagi). 

panjang nya melalut. haipppp


26 june aritu, adik saya Imran sambut birthday dia yg ke -22. besar dah adik kakak!
saya panggil dia abang. he is the first person in this world yg saya panggil abang, 
sebelum saya kawin dan panggil suami saya abang. 

maka, sentiasa menjadi confusion di antara my two abangs setiap kali saya panggil 'abang' bila kat rumah mak ayah. susah sgt nak tukar panggil nama pada imran. sebab sejak dia lahir, mmg saya panggil dia abang, walaupun saya tua 4 tahun dari dia. mungkin sebab dia cahaya mata lelaki pertama mak ayah saya, maka dorang panggil dia abang, saya pun terikut-ikut memanggil dia abang. sampai orang ingt saya ada boyfriend masa kat skolah dulu sebab tiap kali call dok ber-abang-abang dekat phone booth. 

tp lepas beberapa lama kawin, my two abangs dah boleh differentiate dah cara saya panggil abang untuk mereka berdua. kalau panggil husband, bunyi abangnya lebih lembut. contoh: Abang, nak air apa?
tp, kalau panggil Imran, bunyi abang nye lebih ganas. kekadang memberi arahan. hahaha, dah dia adik ku,mesti selalu ku suruh-suruh (eh mintak tolong)  contoh: Abang, pas sat kat kak pensil tu. 
gitulah. 



Imran and me
mesti dia marah ku letak gambar dia tengah gemuk time ni. ahhahaha, gasaklah dik. 
gemuk camni lagi hensem dari kurus skrg ni. kak rasa la. 
sebenarnya masa kecik, imran ni comel gila. putih. mcm anak hindustan. 
bila besar, banyak sgt main bawah pans matahari, tibe2 xjadi hero hindustan dah. 
sawo matang dah kulitnya. 

 dia join BEST program under SIMEDARBY 3 tahun lepas. makin gelap la adik ku ini. 
kerja kat ladang. bwah panas terik. 
sepanjang Imran study and practical bawah BEST program ni, banyak tempat jugak dia merantau. dalam negara la. Setahun setengah kat Asahan, Melaka. few times jugak melawat dia di sana. 
Kemudian ke Labu, N9 untuk practical pertama. had an accident di RnR Seremban where me as kakak cried upon hearing the news and terus rush ke Hospital Seremban. and took EL the next day.
 Masa tu takut gila apa-apa jadi dekat Imran. 
Well, I'm the one who always hurt him masa kecik-kecik dulu, tp I dun want my brother to feel any kesakitan sebab accident tu. Masa tu agaknya baru Imran sedar kot, how much I love him. hahaha poyo. 
  
Kemudian Imran gi Sabak Bernam. Practical di sana. Sempat lagi kami sefamili holiday di Sabak Bernam




Ni masa kat Sabak Bernam. 
2 kali jugak rasanya gi sini. 
Ilyaas was still a baby masa ni. Debab!

then ke Carey Island for another one and half year. 
Kemudian keSg Buloh, practical lagi. 



Ni pulak kat Sg.Buloh. Masa ni singgah jap kat dia. Excited Ilyaas jumpa Pak Ngah nya. 

Well, Alhamdulillah. Imran dah menamatkan pengajiannya dalam BEST Program ni. 
Minggu lepas dah selesai interview. Hari Isnin aritu dapat result and he is employed by Sime Darby. 
Big Congratulation for u dear brother. Am is so proud of u. 
U prove us all that your decision wasnt wrong and Allah is always be with you. 
All his blessings for u. 

Minggu depan dia graduation. Me is badly want to attend his graduation day. 
walaupun tak boleh masuk dewan. 
tp apakan daya, punya tanggungjawab lain. 
anak-anak masih belum 100% baik batuk selesema. 
suami pula akan mula bekerja kembali pada hari tersebut. 
rasanya  lebih diperlukan mereka.

sorri ye abang, kakak tak dapat attend graduation abang. 
but i am very proud of u. 

so HAPPY 22nd BIRTHDAY TO YOU !

lepas ni kak nak paw abang! hahahaha



1 comment:

  1. HB utk adik..moga di pjgkan usia & ditetapkan iman..dah ade aweks lom..hahhaha

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...