Thursday, June 13, 2013

Majlis Tahlil Arwah Tok

Al-Fatihah untuk arwah tok saya. 

Yang pulang ke rahmatullah pada tanggal 20 Februari 2013 yang lalu. 

Ingat lagi pesanan tok, InsyaAllah akan terpahat selamanya dalam hati ni. 

Genap 102 hari Tok pulang ke rahmatullah, kami sekeluarga berkesempatan buat majlis tahlil untuk tok. 

Niat di hati memang  nak buat majlis bila genap hari 44 , tp memandangakn keadaan rumah lama yg bakal di demolished masa tu, so kitaorg post-pone dulu. 





The new house

Gambar rumah lama ada dalam camera my dad. tak sempat copy lagi. 
rumah yang dah tak wujud lagi sekarang. kena demolished. 
demi pembangunan pulau pinang !

ok panjang cerita, tak mau cerita kat sini..

majlis tahlil ni bermula lepas maghrib. 

My aunties including my mum n my only uncle from my mum side bertungkus lumus untuk nak make sure majlis ni berjalan lancar. 

Makanan alhamdulillah, sedap kebabom. sampai tak ingt nak amik gambar. 


Gambar yang ada just gambar door gift. 






Dalam beg ni ada sepasang kain pelikat, muffins, and surah yassin printed dengan nama tok



Jom sedekahkan Al Fatihah untuk arwah tok saya. Tq readers=) 



Kesempatan majlis tahlil ni, dapat berkumpul sekeluarga. jarang dapt berkumpul. sebab ada yg kat US, ada yg kat sana kat sini. Kali ni semua ada kecuali satu family kat Klang tak balik..


my cousins, Nadia and Anati


And my cousin Aiman with Ilyaas. 
Apa la dorang bersembang ...
dua dua mulut murai
tak larat melayan dorang bercakap


the gentlemen
that's my baba. yang paling kiri. 



pasang jugak satu khemah untuk tetamu yang datang




Alhamdulillah, semua berjalan lancar. 
Semoga arwah Tok tenang di sana. 

Saya sempat jugak melawat pusara tok dan tok nek. 

the last time I went was masa sekolah rendah. 

Masa tok meninggal, saya dalam pantang. 
so, tak berkesempatan nak ke pusara. 


Betul, baca yassin, doa etc dari mana mana pun InsyaAllah sampai pada arwah yg kita niat dan ingatkan. 

Tapi kalau ada kesempatan, melawat pusara apa salahnya kan...

Dapt juga kita tahu lokasi di mana jasad dikebumikan. 




2 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...