Friday, April 6, 2012

Chicken and Sweet Corn Baby Porridge






Assalamualaikum semua, semalam dah update pasal diri sendiri kan, so arini nak cerita pasal Ilyaas Hafiy balik.
Hmmm, biasala dah ada anak, tibe2 blog ni jadi anak punya dah..alaaa, korang semua pun sama kan?:P

Berbalik pada tajuk ok, since Ilyaas xberapa sehat dua tiga minggu lepas, selera makan dia berkurang. Susu je la yang banyak dia minum, tp ada positive side kot, sebab lately ni perasan my milk production pon ada pertambahan sedikit (Alhamdulillah)

Memandangkan Ilyaas asyik tak berselera je makan, so saya try la resepi baru untuk makanan dia. Resepi asal saya tengok kat blog ni. Tapi saya ubah la sikit sebab Ilyaas walaupun dah ada 7 batang gigi, still tak berapa mahir nak kunyah makanan yang berketul2 ni kecuali ayam goreng! Demand ok, nak KFC je budak tu. sama mcm father dia.

So, as for this meal, bahan-bahannya ialah:-
separuh ulas bawang merah 
seulas bawang putih
butter
2 biji kentang
Ayam (bahagian dada)
kalau ada minced meat/chicken lagi senang
4 sudu sweet corn 
Telur sebiji (better bagi kat baby bila dah 1 tahun)

Cara-caranya:
Kentang di potong dadu, dan direbus bersama ayam (juga dipotong dadu) selama 15 minit.
Pastu, asingkan air rebusan kentang and ayam tu.
And masukkan sedikit butter dalam kuali, and tumis bawang2 yang telah dipotong dadu (bau mmg semerbak la time ni)
Pastu masukkan kentang and ayam yang telah direbus.. 
Tambah air rebusan tadi sedikit demi sedikit ikut selera nak bagi berkuah or tidak..(boleh tambah secubit garam kalau rs selesa nak bagi anak makan garam)
Then, masukkan sweet corn dan kacau.Biarkan kejap, 
Then masukkan telur yang telah dipukul kat dalam campuran tadi, pastu gaul...
Ha siap la..


At the same time, saya masak bubur nasik plain dlm rice cooker.
Adunan kat atas ni bila dah sejuk sikit, saya blend kejap (texture kasar but tak chuncky, supaya Ilyaas senang sikit nak telan n kunyah slowly), then campur dalam bubur nasi tu..

Dalam proses memasak..and hasil nya setelah dicampur bubur nasik lembik

Alhamdulillah, Ilyaas suka makan dah lepas masak bubur ni..Laju je dia makan


Btw, tu perkembangan Ilyaas, terrer minum guna sipping cup..

Btw, untuk sapa-sapa yang tak tau, jagung ni boleh diberi pada baby dr usia 8 bulan lagi..
Cara penyedian makanan berasaskan jagung boleh dipelajari dengan lebih detail kat website ni..

Okay, till then. Ilyaas Hafiy dah tunggu nak gombeng..Bye-bye..
Happy Weekend



No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...