Tuesday, April 10, 2012

Resepi:Basil Fried Chicken with Oats


JEMPUT SINGGAH KE MYHAFIY BLOGSHOP. DIAPER CLUTCH CANTIK-CANTIK, SESUAI UNTUK MOMMIES YANG GORGEOUS


Basil Fried Chicken with Oats

Balik petang tadi, ngidam nak makan kek yang ada cheese. pastu bukak magazine rasa nak hilangkan rasa ngidam tu. Sambil2 belek mag terpandang resepi ayam goreng oat ni. Mcm menarik je sbb oat yang di beli untuk FIL aritu still belambak lagi kat dapur tu. Terus hilang jap rasa ngidam kek yang ada cheese and smngt gi masak ayam goreng oat ni. Tapi saya olah sikit resepi dari mag tu untuk mendapatkan rasa yg sesuai ngn lidah kami suami isteri ...Ok, jom kita jenguk resepi dia..
Bahan-Bahan:-

Beberapa ketul ayam 
(klu pakai chicken wings je lagi sedap nak ratah)
Dried Basil Leaves
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Halia
Lada Hitam/ Lada Sulah
Garam
Tepung Gandum
Tepung Jagung
Sebiji Telur
Oat semangkuk kecil
Minyak secukupnya untuk goreng ayam



Cara-cara nak sediakan ayam goreng oat yang sedap ni...
First, gaulkan ayam dengan bahan -bahan seperti garam, serbuk basil, serbuk halia, serbuk jintan putih, lada hitam dan perap beberapa minit.

Secondly, gaul pulak ayam dengan tepung jagung dan tepung gandum


Thirdly, Pukul telur. Pastu celup ayam dalam telur and salutkan dengan oat. 


Panaskan minyak selama beberapa minit. Bila minyak dah cukup panas, masukkan ayam and goreng dgn api kecik .



Then hidangkan dengan sos cili and mayonis! Nyum..Husband pun suka!

Tapi kan, lepas siap makan ayam goreng oat ni, ngidam balik nak makan kek bercheese seperti red velvet..eh bukan cheese, ada cream cheese..mcm ni..

macam ni gak


or yang ni


Dapat satu slice pun jadilah.....



Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...