Tuesday, May 21, 2013

Perkembangan the siblings




The siblings. Suka sgt gelarkan my IHs the siblings. suka tengok gambar kat atas ni. Ilyaas sayang Imani. Imani sayang Ilyaas. Harapan saya, andai saya pergi dulu tanpa sempat lihat anak-anak membesar, saya tahu Ilyaas ada Imani, dan Imani ada Ilyaas. Sebak pulak bila type perasaan mcm ni. tapi betul, bila tengok anak-anak main sama-sama walaupun Imani still tak berapa paham apa yg abg dia mainkan, rasa sayu dan rasa tenang bercampur baur. Zuriat yang akan jadi bekalan akhirat saya dan suami. 

Imani genap 4 bulan hari ni. Dia dah boleh meniarap masa umur 3 bulan 3 minggu. First time meniarap masa umi dan ayah solat maghrib jemaah sekali dgn Ilyaas yg suka panjat2 belakang umi time sujud. 


Imani very first time on her tummy (by her own effort). jatuh tersungkur dari tilam. macam nak join kitaorg solat jemaah sama-sama pulak. tp kejap je macam ni,mulut bising mintak bantuan kecemasan. Imani sekarang tidur dalam buai kat rumah pengasuh. Saya tak kisah lah, sebab cuaca kat sini mmg panas. bila biar dia tidur atas tilam dalam playpen, berpeluh-peluh badan dan kepala dia. sebab playpen tu besar, tak dapt nak alihkan ke bawah kipas. tak nyenyak tidur  dia. bila dalam buai, Imani tidur nyenyak. dan ada kawasan lapang untuk Ilyaas tidur jugak lepas playpen dah dilipat dan kitaorg bawa balik rumah. Bila di rumah, ada juga masanya Imani mintak di buai. dia nak berenjut untuk tidur. tp tidur siang je mcm tu. tidur malam tak kisah, bagi susu gombeng lah dia sampai tertidur. tak pun, lepas susu, biar dia baring kejap2 dia dah tertidur sendiri. senang tidurkan Imani. Tapi kalau siang, dia nak berenjut. Letak dlm rocker, lepas dah tidur kejap, dia terjaga, we realize its not the enjutan yg Imani nak, cuma cuaca panas buat dia rasa tak selesa. 

Imani minum 14-16 oz susu setiap hari masa dkt rumah babysitter. Malam-malam pulak 2-3 kali bangun  minum susu. 
Skrg kalau nmpk umi lalu, pastu umi buat dek je kat dia, tak angkat dia, tak acah dia, dia angkat buat suara meneran mcm geram tu. Marah la tu umi tak layan dia. 
Ilyaas pulak suka geram nak korek mata ngn hidung adik dia. Boleh la suruh dia acah acah Imani, Pernah nampak Imani gelak terkekek-kekek bila Ilyaas acah. Tak pernah lagi dia gelak camtu bila dgn umi or ayah. Nmpak ada chemistry between these two siblings. 

Ada satu malam dah nak tidur, tibe2 Ilyaas dpt energy mana ntah, pergi lari-lari kat tpt tidur,last2 terlanggar pipi adik, terus nangis selak Imani, sampai merah pipi. Nak marah pun dia bukan paham, tp bila tunjuk pipi adik merah, gitau dia adik sakit, baru dia paham. 
Tiap kali dia nak buat camtu, remind dia nnt kena adik. Baru dia tak jadi buat. 
Ilyaas suka main ABC skrg. hari-hari dia sepahkan ABC dia. Kalau huruf A dia sebut A. Huruf C dia sebut vroom vroom. Tak tak la apesal C jadi motor. Ada rupa motor ke C tu? 
Satu lagi dia suka Star. Bentuk star. So bg dia makan vitamin C scott emulsion yg ada star shape. mesti dia habiskan makan. 

Waktu tidur Ilyaas dan Imani untuk tidur malam adalah lebih kurang sama. Sebab kebiasaanya Ilyaas akan tidur sambil pegang tangan Imani. Sweet sgt tengok. Walaupun dia main tak ingt dunia waktu siang, bila nak tidur, adik jugak dicari. Dulu cari umi, skrg kalau umi takde pun takpe. 







Ni waktu tidur siang .  Ada peluang pegang tangan adik terus terlena. Sambil sebelah tangan pegang bus. his current obsession -bus-. pergi mana pun nmpk bus, bus bus bus bus akan meniti dibibir. 10 biji bas dia nampak, maknanya 50kali la dia sebut bas. 

Ilyaas dan Imani, moga anak-anak umi membesar jadi yg soleh dan solehah ye. umi sentiasa doakan yg terbaik untuk anak-anak umi. Umi mintak maaf tak dapat bagi kesenangan untuk kalian berdua waktu sekarang ni sebab umi restricted dari segi kewangan, umi dan ayah tak kerja. Umi janji anak-anak umi tak kan susah lepas ni, umi kena dapatkan master umi dan kena kerja balik lepas ni. umi nak beli mcm-mcm untuk anak-anak umi. walaupun skrg umi tak beli yang mahal-mahal, yang canggih canggih, tp umi yakin semua lengkap. malah lebih dari mencukupi. 



wajah kesayangan 
Imani 3 months old March 2013
Ilyaas 4 months old July 2011




10 comments:

  1. muka time kecik2 nampak seiras kan..suci dan damai tgk muka anak tido :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. muka tenang dan mendamaikan:) alhamdulillah

      Delete
  2. gambat akhir sangat sama... =) macam kembar da dorang ni...

    ReplyDelete
  3. gmbr last tu nmpak sgt mcm kembar...hehehe...

    ReplyDelete
  4. muka sama sangat..semoga menjadi adik beradik yang close ye sayang..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...