Thursday, July 24, 2014

Nimatnya Ais Krim Goreng Nestle



Amik feel tengok gambar dulu. 
Part ni, I rajin goreng ais krim. Sebab nikmatnya makan panas2 pastu ais krim tu cair plop dalam mulut. fuhhhh, 

Akhir-akhir Ramadhan ni...

Assalamualaikum and Hi, 

Dah akhir-akhir Ramadhan ni, I mengaku la, makin rasa letih and tak larat. 
Selera makan pon macam kurang. 
Tengok nasi tak berapa nak lalu makan. 
Aritu berbuka ngn keow teow sup. Beli ler. 
Dah anak-anak pulak teringin, share ngn dorang. 
Moreh makan nestum 
Memang rasa lapar, tp macam hilang selera nak makan nasi. 
Tapi paksa gak la, klu tak makan nasi, susu memang confirm drop. 
dah la bukan banyak mana pon dpat sekarang sekali pump, tp syukur la masih cukup untuk Mek Ani tu. 


Hmmm, 
dah hujung-hujung Ramadhan ni, selain rasa sedih nak tinggal kan bulan mulia ni, 
excited bukan main jugak nak sambut Aidilfitri. 
Kuih raya tak buat. biasala, alasan beranak kecik. orang lain boleh ajer buat walaupon ada anak kecik. 
Baju raya semua dah siap packing masuk beg. 
Baju raya Ilyaas Imani paling banyak. 
Semua beli masa kitaorg gi Holland aritu. 
Baju umi ayah dia ada la sehelai dua.
Untuk husband I ada belikan jugak guna hasil berblogging. 
kasik hadiah la dia penyokong utama I tulis blog merangkap stalker merangkap reader paling setia dan rajin klik iklan nuffnang.hahahah

Wednesday, July 23, 2014

Pertukaran Duit Raya

Assalamualaikum , 

Lambat mak encik bersiaran arini. sebab mood takde dari pagi sampai dekat2 nak zohor tadi mak encik dapat phone call yg ditunggu tunggu. 
heheheh rahsia ... xleh bagitau kenapa.. 
tp mmg mak encik happy la, dah mula verangan verangan dah pon. 

Tadi pagi I bawa Mek Imani tu pegi cucuk untuk 18bulan. Bawa Abang Ilyaas sekali timbang ngn ukur berat. 
Pastu langsung terus ke bank. kononnya nak tukar duit raya la. 
Sekali CIMB, Maybank, Hong Leong, Bank Rakyat, AmBank semua dah habis duit raya. 
Nak gelabah jugak la tadi... 
Dah sapa suruh gaji husband masuk lewat, lewat la jadinya kitaorg tukar...

Tuesday, July 22, 2014

Kepingin nak buat kuih raya

huuuuu, memang betul ni.
I teringin sesangat nak baking kuih raya macam dulu-dulu.
Masa kecik selalu tolong mak buat. part paling excited bila di penghujung ramadhan ialah buat biskut raya.
Family I ada satu resepi biskut cornflakes.
Rasa mmg lain lah dari tempat2 biasa.
Mak buat, baru jadi.
Kalau I buat, jadi jugak. tp mmg kena follow resepi betul2..
Dulu masa undergraduate dekat Perth, tahun ketiga, I berniaga jual biskut cornflakes ni.
Dapat la beberapa orang pembeli yg beli secara borong.
Rezeki dapat duit raya buat beli mainan untuk adik2..



Masa tu malas nak update blog, walaupun dah ada blog sebenarnya..
kalau tak sure boleh baca balik zaman buat bisnes kuih raya ni.

Sekarang ni, rasanya dah 2 tahun kot I tak baking apa2 biskut raya.
Main order jer. itupun order sikit2 jer.
Selebihnya mengharapkan biskut mak buat dgn mother in law buat..
tak pun adik2 ipar buat.
nasib ler adik2 ipar I semua rajin.. hahaha, aritu siap bekalkan satu balang kuih bunga cina utk kitaorg..
time kasih korang..nnt buat ler lagi..
I mmg rasa loser sgt tau tak.

Update MH17: Kotak Hitam milik Malaysia

Assalamualaikum, 

Bangun sahur tadi, ada rasa syukur dalam hati bila scroll the newsfeed di fb.
Alhamdulillah, kini kotak hotam pesawat malang MH17 dah berada di tangan penyiasat Malaysia. 
Diserahkan pukul 9pm waktu Ukraine kepada wakil Malaysia. 





Boleh klik video ni untuk saksikan upacara penyerahan kotak hitam MH17 kepada wakil Malaysia. 
Kotak hitam ni diserahkan oleh pasukan puak pemisah yg berkuasa di lokasi kejadian terhempasnya pesawat MH17.  InsyaAllah, bila kotak hitam dah berada di tangan kerajaan kita, tiada apa yg dapat disembunyikan lagi. The truth will be reveal soon.. Mungkin bakal mengejutkan dunia...

Monday, July 21, 2014

Imani 18 mo

Assalamualaikum Imani Hafiyya,

Princess Umi dah masuk 18 bulan hari ni. Alhamdulillah, Imani sihat sepanjang 18bulan melihat bumi Allah SWT ni...
Umi nak tulis ni untuk Imani baca bila dah besar nnt yer (itupun kalau blogspot ni masih wujud)..

Pada usia 18bulan, Imani dah pandai buat beberapa perkara tau..
Imani rajin sgt tolong umi dengan ayah buat kerja rumah, contohnya bila nampak umi or ayah bawak bakul baju yg nak dibasuh, Imani mesti cepat2 ikut pergi tunggu depan washing machine. Walaupun belum cukup tinggi, Imani cuba nak masukkan baju busuk dalam washing machine.

Kalau nampak baju yg dah siap dibasuh dalam bakul, Imani cepat2 get ready tunggu depan pintu rumah. Lepas tu Imani akan tolong jemur baju dekat ampaian kita. Walaupun tak cukup tinggi lagi, Imani sangkut semua baju di bahagian bawah ampaian. Terima kasih princess umi sebab rajin. Moga nnt dah besar pon rajin tolong umi dgn ayah yer.


Imani Hafiyya 18bulan. Ni gambar adik dekat rumah tok dad dan nenek di Terengganu. 
Adik ni walaupun 18bulan dah, tp berat masih kurang 10kg, baju size 6-12 m pon padan lagi tu.. 
Cuma Umi perasan adik ni jenis tinggi, kurus..

Friday, July 18, 2014

Kenangan kami bersama MH17 ( Ams-KL) #alfatihahMH17


Assalamualaikum and Hi semua, 

Pasti semua dah tahu kan berita Flight MH17 milik penerbangan nasional Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine dan Russia, selepas beberapa jam berlepas dari Amsterdam. 

Demi Allah, waktu pertama kali saya dapat tahu berita ni, jantung saya berhenti beberapa saat. Terkejut, terkesima, dalam masa yang sama sgt sedih tapi cepat2 mengucap syukur di dalam hati kerana kami berempat (saya, suami, Ilyaas dan Imani) baru sahaja menaiki flight yg sama pada 21 June 2014 yang lepas. Belum genap sebulan perjalanan kami selamat sampai dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, flight yang sama kini hancur, terbakar, terhempas, berkecai.. 


Ya Allah, besarnya dugaan Mu dalam kita menginjak memasuki 10 malam terakhir Ramadhan... 

Ada beberapa orang dalam flight tersebut yang menjadi kenalan/sahabat kepada kawan-kawan saya semasa di Delft dulu, kawan-kawan saya semasa di TKC dulu, juga kenalan kepada ahli keluarga terdekat. 

Malam tadi, lepas tidurkan Ilyaas, saya terjaga semula, dan terus on TV untuk dapatkan live update.. 

Imani turut berjaga.. saya tunjukkan dia gambar yg saya snap melalui handphone saya semasa kami boarded pesawat yang sama, MH17 pada 21June lepas... 
Imani gelak gembira, mungkin ingatan dia masih kuat terhadap our 12hours long journey on the plane. 

Thursday, July 17, 2014

Anak susuan ke 4 kami

Assalamualaikum, 

Sepanjang bulan puasa ni, alhamdulillah I masih dapat breastfeed Imani.
Waktu siang biasanya I pump sekali je, sebelum solat zohor. Kalau stock ebm untuk the next day dah tak cukup, baru I pump dua kali. because I know, pump dua kali confirm I akan dahaga dan lembik sangat. tapi terpaksa jugak la beberapa hari pump 2 kali, selang-selang pump 2 kali.. korang pon tahu kan stok ebm Imani kais pagi makan pagi kais petang makan petang..

I bekalkan jugak susu Anmum Step 3 dekat rumah pengasuh.. disamping 3 botol ebm. 
ada 2-3 kali Imani minum susu Anmum tu.. 

By the way, tujuan entry ni bukan nak citer pasal ni, sebenarnya nak citer pasal anak susuan ke 4 I dan suami... 



tgk gambar dulu Imani dgn adik susuan dia...

port kuih muih tradisional di KT

Assalamualaikum, 


Almost seminggu senyap tak jenguk blog ni..hehehe, biasa la, reason utama, mesti sebab I balik kampung.. 
Kali ni balik Terengganu..
kitaorg setakat berumah tangga ni mmg selagi mampu akan cuba, sambut ramadhan dengan salah satu parents, then tgh-tgh puasa balik sekali lagi salah satu kampung... kira gilir2 la..

aritu sambut puasa dgn parents penang, tgh2 bulan ramadhan, balik berpuasa dgn parents terengganu plak.. nnt raya pertama tahun ni giliran penang...raya ke tiga baru balik terengganu... gitulah kitaorg gilir-gilirkan, selagi termampu. lagipun anak2 kecik, belom sekolah boleh la nak cuti kerap2 kan...
nnt dah start sekolah, susah nak cuti..kena tunggu school holiday je la..

So, today nak share ngn korang port best untuk beli juadah berbuka puasa especially kuih muih tradisional masyarakat pantai timur terengganu.. 

first time i gi sini dgn mother in law beberapa tahun lepas, mmg jatuh hati habis la. i mmg suka makan kuih muih.. (makan je, buat tak reti)..

Friday, July 11, 2014

Baby & Kids Friendly Cafe/Shop

Assalamualaikum

Hi korang...

Ni nak share pengalaman I bawa Ilyaas dgn Imani pergi lepak almost 2jam dekat sebuah kedai merangkap cafe masa kitaorg stay dekat Delft aritu. Tinggal beberapa hari je stay kitaorg dekat Delft before I discover about this shop. Mujur lah jugak tahu lambat, kalau tak, mesti hari-hari anak2 I ajak pergi sini. Sebab kedai ni memang sgt best untuk golongan parents yg ada anak2 kecik ni. 

I rasa kat Malaysia, especially area Lembah Klang mungkin dah banyak kedai mcm ni, kat perak ni I belum jumpa lagi la, I pon x berapa explore sgt kat Malaysia ni..




Nama kedai ni Klieder Delft

Kaedah Garlic Oil/ Garlic Socks/ Lemon Socks untuk redakan batuk/selesema dan demam




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Arini I nak share pasal salah satu kaedah yg I amalkan bila anak-anak I batuk atau selesema, terutamanya si Abang Ilyaas Hafiy tu. 

Bagi korang yg mmg baca blog ni, mesti tau kan I kerap update Ilyaas tak sihat, nak demam, batuk n flu.. 


Sebelum ni I sentiasa bagi dia ubat batuk.. sampai dah habis sebotol pon kadang tu tak sembuh lagi batuk dia. 

kesian sngat tau bila tiap2 tgh malam, dia akan terjaga, batuk non-stop, paksa untuk muntah keluarkan kahak. kitaorg pon tidur tak nyenyak n adik Imani pon asyik terjaga. 

Bagi makan ubat batuk pon tak de apa2 improvement.. haishhh, kesian anak umi..

Raya Sale Shawl (Buy 2 FREE 1) from F n J Blogshop

Assalamulaikum dan Salam Hari Jumaat buat semua,


Sempena hari Jumaat ni, I nak share satu blogshop jual shawl and tudung lawa-lawa..

I baru je terbeli semalam sebab terpengaruh dengaan promosi raya 2014 dorang iaitu beli 2pcs dapat free 1 pc.

Kebetulan I mmg tgh cari tudung yang matching ngn baju raya, mula ingat nak pakai tudung bawal cap Kangaroo yang murah tu jer, tp bila beli tgk mcm mak ai, striking nye kaler yang I beli.. mcm contrast sgt dgn kaler baju raya..

Maka, I pon tanya ler adik ipar mana dia beli shawl dia pakai masa kawin aritu..

Ler, rupanya dia pakai shawl yg dia sendiri jual.

Ok, set terus I beli jer from dia. malas mahu pikir2 panjang, lagipun I dah pernah tgk shawl tu, kualiti tip top, harga berpatutan sangat and yg penting, labuh dan luas, boleh cover dada kita...

Thursday, July 10, 2014

Cara mudah menderma untuk Aman Palestin

Assalamualaikum, 

I yakin semua yg baca blog ni tau dan peka dgn keadaan yg berlaku di GAZA kebelakangan ni. 
2 hari lepas, masa elok kita semua menikmati juadah sahur masing2 or dok tidur sedap2 , 
Kaum Muslim kat GAZA dah dibedil dgn secara serius bertalu-talu. 

Gambar kekejaman rejim Zionis ni banyak tersebar kat fb. 
tapi media barat mcm senyap je kan..
BBC tu, kalau citer terrorist islam ke apa, mmg heboh sangat. 
ini kisah benar betul2 berlaku, geng dorang sendiri bedil orang tak berdosa, 
lambat je dorang keluarkan berita.
kalau tak, statement tak berasas confirm datang dari dorang dulu.
mcm kes MH370 dulu, bukan main cepat n laju dorang sebarkan fitnah pasal kapten kapal n the crews..





Wednesday, July 9, 2014

Ilyaas Hafiy: Diaper and Bottle Free

Assalamualaikum,

Lama tak update kisah anak-anak.
So entry hari ni untuk update pasal Abang Ilyaas Hafiy.
Bulan ni dia akan masuk 40bulan (3 tahun 4 bulan).

My Ilyaas Hafiy ni sekarang dah x pakai diaper. kira almost 100% diaper free.
Waktu tidur malam kadang2 kitaorg still pakaikan pampers, but dah lebih 6 bulan dia tak pernah pon kencing malam dalam pampers. Bangun pagi, terus bawa gi tandas untuk kencing.
Waktu siang mmg tak pakai langsung.
Masa perjalanan flight 12jam dari Amsterdam ke KL aritu pon dia mmg refuse to wear diapers.
Tak selesa agaknya lama2 dlm flight dgn pakai pampers.
I dgn husband mmg rajin tanya dia n bawa dia pergi toilet.
Kalau tanya pon dia jawab tak nak kencing, tp bila bawa gi toilet, sure kencing jugak.
Kalau buang air besar pon, dia dah pandai bagitau sekarang.
n dia pandai dah bukak and pakai seluar sendiri, so dia ke toilet sendiri jer..
siap suruh tutup pintu rapat2 ..I plak yg risau dia terjatuh kat toilet tu.

Ilyaas pon dah tak minum susu guna botol lagi. In fact dia dah tak minum susu tepung / formula milk.
I introduce him with fresh milk dalam kotak.
Officially off bottle masa bulan May 2014 ni.Masa kitaorg ada kat holland.


Tuesday, July 8, 2014

Schipol Airport- tips and tricks

Assalamualaikum, 

Sebelum memori pasal our stay in Holland makin pudar, I akan penuhkan blog ni dgn saki baki kisah kembara kami di bumi Oranje yer.. 
Dengan itu, harini I nak share beberapa tips semasa kat Schipol Airport. tapi untuk VAT (TAX) Claim di Schipol Airport, I akan buat satu entry lain sebab itu penting bagi orang yg suka claim2 duit, mcm I ni..heheheh

Ok, sebenarnya time kitaorg kat Schipol tak lama sgt pon. tp boleh la nak bagitau beberapa perkara yg I rasa penting.. 


CLOSED: Giveaway Souvenir from Holland by Cherish Every Cherry

OFFICIALLY CLOSED




Assalamualaikum and Hi semua, 

Seperti yg I janjikan, hari ni i nak buat simple giveaway (GA).
Tujuannya untuk menghargai pengunjung-pengunjung blog ni yang
 masih sudi datang and baca entry merapu yang I tulis ni.

Before I bagitau syarat-syarat penyertaaan, jom tgk dulu hadiah apa I nak kasik kat korang ni..


2 X 1 set Coaster
(1 set ada 6pcs)


Read More>>

Memasuki 2/3 Ramadhan

Assalamualaikum, 

Dah nak masuk 10 hari kita berpuasa. alhamdulillah. 
Kejap je, beberapa hari lagi masuk malam ke 15, kemudian kena baca doa qunut dalam solat witir.. 
Jangan lupa tau korang, I selalu jugak termiss baca doa qunut tu, sebab terlupa..heheh, 

jarang sikit kan update pasal ramadhan 2014 ni. 
salah satu sebabnya, I sgt jarang masak compare to tahun-tahun sebelum ni (sepanjang bergelar seorang isteri ni la). 
2010 mmg rajin sesangat masak. tgh mengandungkan Ilyaas, mmg hobi memasak aje time tu. 
2011 rajin jugak tp ada hari culas pergi berbuka kat restoran. time tu keja kat kl, hidup bertiga dgn ilyaas kecik lagi.. ada jugak jemputan berbuka dgn kawan2 mmg kitaorg akan join je. gaya hidup orang kl sgt masa tu. 
2012 rajin jugak masak. tp kadang2 top up dgn makanan bazaar. sebab tgh pregnant Imani...tak rajin sgt masak mcm time pregnant Ilyaas. 
2013 mcm 2012 je. tp mostly I masak.
2014 setakat 10 hari puasa ni, I masak 3 kali jer! hahahah, teruk gila. Sahur masak gak la simple, kadang lepas solat terawikh I masak siap2..

Read More>>

Monday, July 7, 2014

2000 Likes GA from MyHafiy Blogshop

Assalamualaikum semua, 


Alhamdulillah, my biz kecil kecilan dah mendapat lebih 2000 likes di FB page. 

Maka saya ngn suami berbesar hati nak buat giveaway jugak untuk blogshop kami. 


senang je nak join...yang penting, mesti la pernah beli barang dari MyHafiy Blogshop. 

sebab tujuan GA ni pun untuk menghargai pelanggan-pelanggan kami ..

Read More>>

Saturday, July 5, 2014

Promo Code dari Zalora

Assalamualaikum & Hi ,

I ada dpt promo code from Zalora. Rm100. banyak la tu bagi I.
Dah la I bukan pernah pon shopping kat Zalora..
Usha website dia selalu.hahaha.
Ala-ala window shopping je la di kala stress buat kerja..
cuci cuci mata gitu.

Sebab dapat voucher ni, maka I pon berniat nak beli sesuatu dari Zalora.
Kebetulan nak raya kan, so boleh lah tu buat guna beli sesuatu tu.

Lepas dah add to cart bagai, tetibe I nak check-out items sesuatu tu, I dapat discount RM67 je.
Dan selebihnya I kena bayar...
Confused tau masa tu.

Read More>>

Friday, July 4, 2014

Dapat CPUV Campaigns? Alhamdulillah..

Rezeki Ramadhan ni.. 

Tiba-tiba gatai tangan gi check account nuffnang, baru perasan blog kasih sayang I ni dapat CPUV campaigns dah la... since April lagi rupanya, tpi I yg tak sedar.. 

Sekarang jadi sedar sebab tibe-tibe amount bertambah agak obvious.. Rupanya dah credited dari CPUV ni...

Alhamdulillah..

Blog sekadar di pinggiran tak popular ni dapat jugak CPUV campaigns ni..

Read More>>

Terbayang bayang langsir...


Ni memang sah I dah tergolong sebagai golongan mak cik..
Sejak nak start puasa haritu, asyik terbayang-bayangkan corak dan design langsir. 
Nak buat ganti langsir sliding door kat rumah sewa kitaorg ni. 
Korang bayangkan la, sejak kawin dah 4 tahun ni, I tak pernah pon tempah langsir. 
Memula kawin dok rumah ayah kat KL, sah sah dah ada langsir..rumah family kan. 
Tapi masa nak raya, I beli gak langsir yg ready made kat Aeon tu. 
I beli ke mother in law i beli eh? 
Isk, mmg I ni tak boleh buat role model menantu contoh tau, sebab I rasa mil yg belikan langsir tu...
Huwaaa, teruknya perangai...

Pindah rumah sewa plak, kakak ipar I dgn baik hati bagi langsir2 dia yg dia tak nak dekat I. 
Banyak pulak tu, memang lebih dari cukup nak tutup semua tingkap kat rumah sewa tu. 
Tingkap bilik belakang jer I guna langsir sumbangan dari my mum... 

Read More>>

Thursday, July 3, 2014

One step closer for the Msc

Alhamdulillah. It's another step before we finish our master journey. 
2 years after my research proposal defense on 4th of July 2012 (today, 3rd July 2014) my soft bound thesis was submitted to center of graduate studies.



Its just a bundle of papers stack together bind with rings , got some images (hopefully attractive) and lots of texts.. 

which mean a lot to me.. 

Read More>>

Tuesday, July 1, 2014

Holland Trip: SeaLife, Den Haague

Assalamualaikum, 

Ni nak sambung story kitaorg di Holland. Banyak lagi entry pending pasal Holland ni. takpe, bukan penting sgt pon, nak catatkan kat blog ni sebagai kenangan sendiri n mungkin dpt jadi rujukan orang lain.

Lepas puas berpusing dalam Madurodam, kitaorg pon amik Tram No 9 ke arah Scheveningen untuk pergi SeaLife pulak. Kan kitaorg dah beli combination tickets, so kena masuk on the same day jugak, kalau tak burn jer tickets tu..

Fuh, mencabar jugak nak sampai sini sebab masa kitaorg gi ni, weather sgt ok, predicted sunny, maka mmg ramai la mat n minah salleh nak melepak kat tepi pantai Scheveningen.. btw, SeaLife ni located betul2 dpn laut tau..penuh gila tram masa ni, I yg carry Imani pon duduk celah2 ketiak dorang...busuk! tak mandi la tew...

Sampai je, kitaorg posing2 dulu amik gambar..




Read More>>

Jumpa blogger chekgu Azrine masa tgh Jetlag

Assalamualaikum and salam sejahtera korang, 

Ni citer masa hari kitaorg sampai balik ke Malaysia. Yer, Yer, kitaorg dah kat Malaysia skrg ni... Yipppie. no more dutch dutch...
Perasaan masa sampai...of course syukur sgt, penerbangan kami selamat mendarat di KLIA. 
Perasaan kedua (lepas dgr seorang pramugara depan kitaorg ni bercakap bau asap ni)... Alamak, KL jerebu lagi ke....?

Memang ye pon, masa kitaorg sampai tu, area lembah klang tgh jerebu, tak la teruk sgt, tp still bau asap di mana-mana sahaja...hmmmm, mmg Malaysia panas, nak buat mcm mana kan, kita terletak di khatulistiwa..
tapi rakyat Malaysia semua tolong tolong jgn buat pembakaran terbuka, jgn hisap rokok, campak puting rokok tak padam betul2, mudah la lagi belukar kita nak terbakar...

errrr, bebel lagi...

Read More>>