Wednesday, October 19, 2011

Opah dalam hidup Ilyaas

Assalamualaikum my readers,

Bagaimana hari  Rabu anda? Mudah-mudahan kerja kat office berjalan dgn lancar tanpa sebarang tekanan.
Rabu saya Alhamdulillah semuanya ok. Production untuk final stack sedang berjalan lancar.Harapan dpt siap by petang ni. Processing report in progress. Sementara tunggu production siap, nak tulis cerita pasal Opah. Siapa Opah? Opah ialah pengasuh Ilyaas. Ilyaas kira sangat beruntung sebab dia ada Tok (my mum), Nenek (my MIL) dan juga ada Opah (his babysitter). Lengkap hidup dia.Tok Nek pun ada lagi (my grandmother and grandfather from both my parents' side).

Opah mempunyai 4 orang anak.Semuanya dah besar-besar belaka. 2 daripadanya dah kawin dan dah ada anak.2 lagi (anak bujang) belum kahwin, tp yang paling bongsu pun sebaya dgn my husband (26 yrs old). Opah juga ada seorang anak angkat berusia 13 tahun. Cucu-cucu Opah semuanya 6 orang (dari umur 12 tahun ke 3 minggu). Husband Opah, Pakcik Hashim ialah Atok kepada Ilyaas. Atok bekerja sebagai pemandu teksi sendiri. Kalau Atok ada kat rumah, Opah cakap Ilyaas susah betul nak tidur, asyik nak ajak Atok sembang je.Bagaiman saya bertemu dengan Opah, boleh di baca di sini. Sudah hampir 5 bulan Ilyaas dijaga oleh Opah sepanjang saya dan suami pergi bekerja. Setakat ni, saya berpuas hati dengan jagaan rapi dan teliti oleh Opah terhadap Ilyaas. Belum pernah sehari pun Ilyaas berbau busuk setiap kali saya menjemput dia lepas pulang dari kerja. Ilyaas pasti akan tersengih-sengih bila nampak Opah setiap pagi bila saya hantar dia ke rumah Opah, walaupun kadang kala ada juga hari Ilyaas tarik tudung saya tanda protes nak ikut uminya ke ofis. Bahagian punggung serta kemaluan Ilyaas pun sgt jarang naik rashes, mahupun merah. Kadang kala tu ada juga kemerahan, tp bila check esok nya dah hilang kemerahan tu. Saya paham kadang-kadang mungkin Opah kelam kabut kalau anak cucu ramai di rumah, jad lambat sikit salin pampers Ilyaas. Biasalah tu, saya sendiri pun kadang-kadang terlambat juga.

Selain tu, Opah dengan senang hati sudi membantu saya dalam penyusuan penuh susu ibu. Opah sudi panaskan EBM dan bagi Ilyaas minum. Serta Opah bijak mengawal stock EBM yang diberi. Pandai je Opah budgetkan EBM supaya cukup sampai ke petang. Mula-mula dulu saya bekalkan 5x2oz EBM, kemudian 7x2oz dan sekarang 9x2oz. Kadang-kadang saya ter-thow lebih, so saya bekal kan 10x2oz EBM. Bila Ilyaas dah mula makan solid (walaupun saya ada tulis di entry ini yang saya introduce Ilyaas pada solid when he was 4+ months, tp saya tidak bekalkan solid ke rumah Opah sampailah Ilyaas berusia 5m3w.Pengambilan solid Ilyaas pada usia 4+m tu hanya sekali sekala, adalah 5kali kot sehingga dia betul2 cukup usia untuk ambil solid), saya bekalkan bubur nasi pada Opah.Saya juga tinggalkan Nestum dan biskut Farleys di rumah Opah in case Ilyaas masih lapar. Opah akan bagi Ilyaas makan pada tengah hari dan juga petang.

Ilyaas juga rapat dengan anak-anak serta cucu-cucu Opah. Semua excited tunggu Ilyaas datang. Pernah satu petang saya dgr dari jauh Opah marahkan anak bongsu dia sebab tak sabar2 nak dukung Ilyaas padahal Ilyaas baru je terjaga dari tidur masa tu. Senang hati saya dan suami bila lihat Ilyaas diterima baik oleh mereka sekeluarga. Sekiranya Opah perlu ke klinik, dia akan bagi tahu awal. Pernah juga Opah terlupa bagi tahu awal, notice sehari sebelum menyebabkan saya dan suami tak dapat nak apply cuti. Jadi kami comprimise di mana saya bersetuju anak bongsu Opah serta anak angkat Opah jaga Ilyaas sekejap sewaktu Opah ke klinik kesihatan untuk her blood test. Opah ada darah tinggi, so mmg kena ke klinik 3 atau 6 bulan sekali. Oh lupa nak cakap, Opah jaga Ilyaas sorang je selain tu ada cucu Opah 2 orang, Mimi (6tahun) and Syazwan (12tahun). Dua orang budak ni la penghibur Ilyaas kat rumah Opah. Pernah juga Opah mintak EL sebab ayah Opah (di Temerloh) masuk ICU. Jadi, Opah terpaksa bergegas pulang ke Temerloh.Memang sejak kali pertama bertemu lagi, Opah dah bagitahu yang dia mungkin akan ambil EL with short notice sebab her dad dah tua dan ada banyak penyakit, Opah takut sesuatu terjadi pada ayahnya dan dia kena pulang ke kampung. Saya paham lah bab ini, saya juga ada Tok  yang sudah berusia 85 dan 87 tahun di kampung. Bila Opah ambil EL, saya dan suami bergilir-gilir lah ambil cuti untuk jaga Ilyaas.

Di rumah Opah, Ilyaas ditidurkan di dalam buaian, walaupun saya pernah bagi tahu Opah yang Ilyaas boleh je atas tilam/lemek. Tapi mungkin sebab Opah lebih selesa menidurkan Ilyaas dalam buai, maka dibuaikan lah Ilyaas. Merasa lah jugak anak teruna saya naik buaian. Alhamdulillah, walaupun kat rumah Opah Ilyaas tidur berbuai, balik rumah Ilyaas pandai adapt dan tidur bergolek2 sendiri atas tilam.Mungkin sebab dah dibiasakan sejak lahir hingga usia 2 bulan plus ada senjata hebat nak tidurkan Ilyaas iaitu Miss B:P hehehe.
Sekarang since berat Ilyaas dah menghampiri 8.5kg, Opah ada jugak meluah kan perasaan yang dia makin tak larat nak dukung Ilyaas selalu. Jadi, opah request for walker. InsyaAllah dapat gaji nanti nak beli walker untuk Ilyaas.Bertawakalah bila nak belikan walker ni, sebab mcm2 kan kita dengar kisah walker, tp byk juga kebaikan dari walker ni, so apepun kena under close supervision by an adult.

Wah, tanpa disedari terpanjang pulak entry ni. dahla takde gambar Opah dengan Ilyaas. Nanti bila-bila kena amik la gambar Opah dengan Ilyaas. In case dah pindah rumah ke, Ilyaas still dapat kenal dan ingat muka Opah bila tengo gambar, his very first babysitter yang menjaga Ilyaas dengan baik dan membuatkan Umi dan Ayah senang hati selalu. 
Okayla, sampai sini dulu coleteh hari Rabu saya.Harap semua mummies yang membaca entry ni pun berada dalam keadaan saya yang senang hati hantar anak ke rumah babysitter tiap-tiap hari. Kalau tak ke babysitter pun, senang hati hantar ke taska atau tinggalkan dengan bibik yang bertanggungjawab.

PS:Ada masa nnt ingt nak tulis macam mana menjaga hubungan dengan babysitter lah...(Point dah ada, kena cari masa untuk mengarang pulak)...






7 comments:

  1. Beruntungnyer IIyaas dapat opah yang jaga dia sepenuh hati.. Ibu pun lega nak hantar ILyaas.. :P

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah :)MyRule dah jumpa bs dah kat shah Alam?

    ReplyDelete
  3. Kitaorg decide antar Ammar ke Nursery. Last week seminggu dia meragam. Kat taska ok..balik jek umah..dia start buat perangai. This week dah semakin ok nampaknyer.. :)

    ReplyDelete
  4. oooh, Ammar good boy, cepat je adapt:) dia meragam sebab tak biasa lagi kot first week tu.
    Baguslah Ammar kan dah nak jadi abg xlama lagi:)

    ReplyDelete
  5. athi, alma ada walker, tak pyh beli...boleh pinjam. walker tu turun temurun drpd aimar, ke zariya ke nadyne ke kawan alma punya anak, even zahra skjp kot masa bibi' tatik jaga. it's still in a good condition...i've kept it really well. no need to waste money, duit tu boleh guna utk benda lain. brand chicco. let me know if u're interested ok? : )

    ReplyDelete
  6. oh btw, u may google to see...it's chicco ufo baby walker. kot lah nak tgk dulu ke apa kan, just so u knw.

    ReplyDelete
  7. Thanks Alma..:)
    Nnt Athi talk to Halim bout this, apa2 nnt Athi fb msg Alma ok..
    Thanks a lot tau:)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...