Tuesday, September 18, 2012

Sekarang Malas!

Assalamualaikum,

Apa kena lah hari ni. Rasa lemau mcm biskut masuk angin jer. Tuesday blues agaknya.
Bukak laptop, malas nak study.
Bukak journal nak baca, malas nak go through line by line.
Bukak buku theory, malas nak mentelaah.
Bukak facebook, rasa bosan.
Google itu, Google ini, tetap bosan.

Otak dok pikir apa Ilyaas buat kat rumah pengasuh. hmmmm
Sindrom rindu anak lepas 3 hari tak berenggang.
Padahal yg mandikan, basuh poo poo dan siapkan dia bukan umi dia ni. Ayah dia yg uruskan dia lebih.
Cuma time nak tidur, mesti kena cari umi jugak. Especially tidur malam lah.

Nak tulis belog ini pun tak ada idea sgt.
Last-last end up dgr lagu Teman Pengganti-Black & Malique
Tapi tak berapa nak faham lirik dia. Tak kisahlah, takde mood nak amik tahu apa maksud lirik.
Janji sedap jadi halwa telinga ni.

Pastu, baca belog Ceera! mak aih, baru 15 hari pantang, dah kurus gila dah dia! Jelez nya.
Terus rasa berkobar-kobar nak pantang dgn teliti pasni.
Alah, dulu pun pantang dgn teliti juga, cuma xpakai bengkung sbb saya czer and tak beli bengkung yg sesuai utk org czer. dah xbertungku dgn betul2 sbb tungku bahagian perut adalah tidak berani,takut luka kat dalam tak baik betul lagi.

Disebabkan ada rs kekobaran nak berpantang dgn teliti, saya pon mula aturkan benda2 yg perlu dan mahu untuk berpantang nnt. Saya tak nak beli set-set lagi. Dulu beli jenis yg jamu, tapi makan tak habis sbb Ilyaas dah mencirit-cirit, xsesuai gamoknya. Pilis2 tu mmg pakai la sampai towards end of pantang baru stop becoz sudah malas.Hehehe.

Kali ni, nak beli loose item dari pelbagai brand. Tak nak stick dgn satu brand je. sbb kalau beli set-set ni, dia bagi bengkung sekali, saya sudah ada bengkung sendiri .Hasil jahitan ibu mertuaku yg vogue. Buat pe membazir beli bengkung tradisional lagi. Klu nak beli bengkung pun, just nk beli bengkung moden yg velcro tu, boleh dipakai bila takdak sapa nak tolong ikatkan bengkung tradisional yg panjang itue.

Pastu nak beli serba sedikit barang tanamera, herba mandian TYT, pastu nak cari pilis2 tu je lah. Lain2 xnak. Xnak ubat makan2 sbb tak termakan. Nanti membazir saja.

Ok, nak study lah. lagi 18 minggu nak beranak. Pastu nak cuti panjang, tak study duduk rumah layan 2 orang anak. Hehehe. insyaAllah.

Masalahnya, skrg malas!

4 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...