Tuesday, September 11, 2012

UPSR si Bongsu

Hari ni , adik bongsu saya menduduki peperiksaan UPSR.  (skema nya ayat sempena hari ni Paper BM)..
So nak wish him the very best of luck.
Semoga sukses dan segala usaha yg telah dia lakukan selama ni diberi ganjaran yg setimpal olehNYA.

Memandangkan dia adik bongsu keluarga kami, mmg slalu lah dia kena buli dgn kakak dan abang2.

Saya panggil dia adik baby. padahal umur dia dah 12 tahun. Dia selalu marah bila saya panggil mcm tu. Pernah jadi isu dia merajuk sehari sbb sy expose panggilan tu dalam facebook. Lupa pulak, adik bongsu saya ni dah 12 tahun, tak lama lagi nak jadi anak teruna dah pun.

Watever it is, he will always be my adik baby forever. Husband slalu marah ckp sy kakak yg over-protective dkt adik2 sampai nanti adik2 tak reti nak berdikari. Mana ada, berdikari je dorang bila tiba masanya.

Just dat, dah jadi nature saya sebagai anak sulung, kena pasti kan adik2 saya ok. Tu pon dah kurang protective lepas kawin.. Ye ke? hehehe

Ok, melalut panjang pulak. Untuk adik bongsu kakak, Muhammad Izzat Fathi, all the best ya untuk 3 hari ni. Semoga berjaya dgn suksesnya. Kakak doakan yg terbaik untuk Jat.

See u this weekend. Nanti kita celebrate birthday Jat awal sikit ok? =)

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...