Thursday, September 25, 2014

Throwback: My Undergraduate Life

Assalamualaikum and Hi,

Ada tak yang tertunggu tunggu entry hari ni? (Perasan glamour :P)

Semalam, I spend masa sejam lebih save gambar2 time I undergraduate dekat Perth dulu.
My external hardisk yang ada semua gambar harta karun ni kan dah rosak. I ada buat copy dalam CD.
Tapi dah cari kat rumah parents aritu tak jumpa CD2 tu..
So, demi menyelamatkan sebuah memori (chewah) semasa I jadi belajar dulu, I gigih la pergi cari gali balik album dalam fb. kebanyakkan album kt fb I privatekan, certain je I open to friends.
Lepas dah save semua gambar2 ni dalam pendrive, I amik masa belek satu2..
Fuhhh, teringat la zaman belajar kat sana dulu.
Maka, tercetuslah idea nak buat satu entry mengimbau kenangan lama.
Entry ni panjang tau...hahahah amaran awal2.

I mula pergi Perth tahun 2007. 14 February 2007.

I amik course Applied Geology. huuu, course yang I rasa tak berapa sesuai untuk seorang perempuan, tapi I sangat bersyukur I pilih bidang ni daripada bidang asal yang sponsorship I offer iaitu Petroleum Engineer. Sebab once I mula belajar apa tu Geology, I terus fall in love. Until now. Honestly, I rasa course ni sangat sesuai dengan diri I. Walaupun kalau nanti Imani nak sambung belajar dalam bidang ni, mungkin I akan pikir berjuta kali untuk benarkan dia atau pun mungkin brainwash dia bagitau macam mana susah and penatnya amik bidang ni...tapi apepun, susah lagi kot amik medical course... 

Masa dekat Perth tak lama sangat pon. I buat first year dekat Curtin Miri. lepas result first year cemerlang (memuaskan je), I and kawan2 dapat sambung second and third year dekat Curtin Perth (Main Campus). Alhamdulillah. sampai sana, kami dah dapat accomodation untuk tahun pertama. untuk tahun kedua, masing2 kena cari accomodation sendiri. I pindah rumah lain yang I sangat suka dan kalau boleh rasa nak beli terus rumah tu. cozy sangat. rumah tu dekat dengan Swan River..view memang cantik sangat. ada jugak gambar rumah tu, tapi nanti banyak pulak pic korang nak kena tatap..bosan je..

Sepanjang tahun 2007 and 2008, I buat kerja part-time.
Mula-mula I kerja as pelayan kat kedai makan (concept macam kafe). Pemilik dia seorang Aunty Melayu yang berasal from Singapore. Adik dia bukak butcher jual halal chicken and meat. Kawan2 lelaki kerja dekat butcher adik dia. I dengan kawan2 perempuan rotate kerja dekat cafe Aunty ni. Kitaorg panggil Cik Tina and Cik Tini. Rapat dengan dorang sampai selalu buat sleep over dekat rumah dia yang cantik. 

Di samping tu, I kerja sebagai pelayan dekat food court shopping complex. I kerja dengan gerai yang jual makanan India Muslim. Nama shopping complex to Carousel. Jauh sikit dari rumah I, so memang kena ulang alik dengan bus. Kalau dapat shift malam, habis kerja pukul 10, pukul 11 baru leh balik. Berdebar jugak la naik bus sorang2 time mcm tu.. Duit daripada kerja ni I biasa guna beli topup, shopping baju, simpan sikit and yang paling best I buat belanja trip ke Melbourne and Sydney on July 2008. 

Dah habis study sambil tunggu nak convocation, I kerja yang proper sikit. Sebagai Research Assistant dekat lab uni. Masa tu lecturer I dapat grant, so dia boleh hire RA. I kerja 2-3 bulan camtu je as RA. Gaji as RA kat sana memang dah memuaskan hati, boleh tahan tinggi la. I guna duit gaji RA bawa parents I datang Perth untuk convo and bawa dorang jalan2 masa tu. Lebih I buat simpanan. 



Ni I pergi buat Tax Refund. Dapat la dalam 700AUD untuk tax refund. I guna duit tu buat apa pon dah tak ingat. Sampai sekarang pon I still ada tax yang tak claim from Australian Government sebab kelam kabut tak sempat nak buat. Kononnya nak buat online, lepas tu tak reti and I abaikan jer. 


Selain kerja part time, masa I banyak habis dalam lab microscope. Sebagai student geology, kitaorg memang di trained untuk boleh dan pandai menggunakan microscope untuk analysis thin section. 
Berpinar pinar mata tengok thin section. End up bila kerja, lupa semuanya. 
Until now pon I dah lupa macam mana nak guna microscope dengan cara yang betul. Haishh, lama sangat tinggalkan microscope ni. 

Biasanya, lepas habis je final exam, first thing yang I akan buat ialah qada' tidur. Hahahah. teruk sangat perangai. Masa third year lagilah, cramp sangat timetable. I memang constantly study, tapi bila nak exam still perlu stay up. Subjek yang paling menyeksakan I masa tu subjek Geographic Information System (GIS). Subjek tu okay je, tapi lecturer dia yang buat kitaorg kecut perut. Bekas Komander Tentera Australia. Garang gila. Sapa fail memang mengadap dia la.  
Tapi once dah habis exam, I ngn kawan2 biasanya akan pergi lepak dengan Aunty Mimi. Aunty Mimi ni asalnya dari Tapah, tapi dia kahwin dengan Uncle Amir (Muallaf) and dah jadi PR kat Perth. Dorang ada 4 orang anak. And dia sangat lah baik dengan semua student Malaysia. dia rajin masak dan of course kitaorg la yang makan masakan dia. 
dia rajin bawa kitaorg sight seeing dan selalu bertindak sebagai seorang ibu pada kitaorg semua. 



That's her. Aunty Mimi.
The last time I jumpa dia masa dia datang KL in 2011. Kitaorg dinner sama-sama..
Time ni kitaorg pergi fishing dekat Coogie Beach. Just after our final exam.
Memang best sangat. Tenang je dapat tengok laut.
Ada kenangan jugak time ni.
Selipar Roxy I tercampak dalam laut, my friend, Aman terjun dalam laut tu untuk amik selipar tu.
Fuh, air dah la dalam, sejuk pulak tu (Indian Ocean). semata2 nak selamatkan selipar buruk I. 
That's me.
Mata pon sembab lagi sebab baru je qada' tidor lepas habis paper GIS yang scary.
Kurus nya alahai masa ni.
I wish I boleh kurus macam ni lagi..
I wish
I wish
I wish

Selain classes, exams and working part time, as seorang pelajar course Geology, I wajib join field trip. field trip akan diadakan setiap kali cuti semester. Bermakna, jangan la nak harap time cuti sem boleh balik Malaysia atau pergi buat road trip/back packing/travel around Australia. Kawan2 yang amik course lain selalu je travel time sem break. Tapi kitaorg pergi field trip. Sebenarnya, sort of travel jugak la, dan explore Australia in the other way. 

Kitaorg pergi masuk hutan, tepi laut dan berkhemah dalam kawasan yang sangat rural. Rasanya, tak ada kot pelancong datang tempat2 yang kitaorg visit ni. tapi kalau berkesempatan, lecturers kitaorg akan stop dekat tempat2 menarik sepanjang perjalanan tu dah bagi kitaorg enjoy kejap. Dapat lecturers sporting macam tu memang best. Dia siap bentang tikar, baring tepi pantai tengok kitaorg mandi manda. masa tu dekat North Perth, dah nak masuk Northern Territory. Area pantai peranginan Monkey Mia. 

Ni field trip di Kalbari. masa ni second year second sem. 
View memang cantik. 
Kami tidur kat caravan park masa ni. masing2 pasang khemah sendiri. 
Ada yang share khemah. I tak share. I beli sendiri my own khemah . Sebab tak selesa nak share. Berminggu minggu tidur dalam khemah tu. Nomad dari satu kawasan ke kawasan lain. 
Adventure sangat. 
Ada masa tu kitaorg tak dapat pegi toilet/shower kerap (kerap means selang beberapa hari baru dapat jumpa shower/roilet).
Setiap 3 hari sekali baru lecturers bawak pergi kawasan mining yang ada proper toilet and shower. Shower budak perempuan ada satu je. Toilet pun satu. Bergilir2 la mandi. Dalam tempoh 3 hari tu, kawan2 mat saleh memang tak mandi la. berak kencing semua sah2 dorang tak basuh. 
Tapi kitaorg yang melayu muslim ni, dah siap2 beli Mobile Shower yang boleh isi 10liter air. 

So setiap kali dapt sumber air, kitoarg isi dalam plastik tahan lasak tu yg kemudian kitaorg gantung kat pokok. Dijadikan sumber air untuk amik wudhu, dan bersihkan diri. Walaupun air 10liter je nak guna untuk 3 hari (before jumpa toilet lagi), pandai2 la guna. Nak berak kencing, kena pergi cari kawasan lapang, korek2 tanah, dan malabur lah. Selalu pergi berak kena ajak kawan teman. I pernah desperate gila nak gi tengah2 malam, pastu kebetulan ada kawan lelaki nak melabur jugak, kitaorg gi cari semak sama2..bila dah jumpa spot nak korek lubang, kitaorg check dulu ada tanda ranting2 yang dicacak tak...kalau ada tu maksudnya kawasan tu dah dilaburi oleh orang lain..hahah..cari la kawasan yg belom diterokai oleh manusia lain...

Sadis sangat masa ni. nak berak pon payah. dah jumpa port elok, tutup torch light and melabur lah. dalam gelap. hutan ok... memang takut sgt. tp redha n tawakal je la. tu selalu nya pergi berdua. sorang kawan tunggu jauh2 sikit..bukan main2, ada member I (mat saleh lelaki), sesat ok masa gi berak. itupun waktu siang. 

kalau kenang balik, I macam tak percaya I mampu lalui semua tu untuk dapatkan segulung ijazah. Sobs, tragis sangat rasanya ... 





dah habis field trip, kena siapkan map dan cross sections. Besar gila pulak map tu. Kena warna sendiri. macm masuk contest mewarna .. stay up lagi.



Sebahagian daripada classmates I. Ada from india, Oman, Australia, Malaysia, Sudan...
masa amik gambar ni, kitaorg tengah stranded dalam bush. Bus rosak.
lepas tu dah Maghrib, kitaorg ramai2 solat dengan bertayamum je dekat dalam semak.
siap nampak kangaro melintas .
priceless experience. tak dapat jual beli.

Kalau kat Malaysia, I tanya kawan2 yang amik course geology jugak, time field trip dorang tidur hotel budget. at least ada la kelengkapan katil, air cond, toilet yang proper. 
dorang tak pernah pon tidor khemah or kena gali lubang untuk buang air besar...untung la study geology kat Malaysia, selain memang expose pada setting di negara sendiri, tak perlu pon tidur khemah,caravan park semua tu. makan pon kat kedai..

kitaorg makan hari2 untuk breakfast, cereal, lunch bawak bekal sandwich, buah epal, air kotak dengan energy bar. malam dinner plak rotate groups masak ikut timetable yg kitaorg students ramai2 buat sendiri..sebab batch kitaorg variety dari pelbagai negara, so ada la makanan halal lecturer siapkan ...then kitaorg masak spaghetti ke, nasi kurma telur, chili concarne (tak ingt eja macam mana, tp ala2 makanan mexican).

I rasa such an experience dapat lalui pengalaman macam ni dekat negara orang. Survival sangat. 


Well, lupakan part2 survival ni, selain belajar dan field works, I enjoy living in Australia sebab I boleh shopping. Paling best masa boxing day... 
Sebenarnya, I ni waktu zaman remaja bukan jenis yg suka bergaya , make up, aksesori bagai. sekali sekala yer la I melaram pakai some make up. Once I put on some make up je, confirm ada orang akan tegur, eh eh kau pakai make up ke Athi..LOL...salah ke i pakai make up..
I rasa mcm I mmg agak boyish zaman kanak2 dan zaman remaja belia ..
I selesa dgn jeans, tshirt and sandal or sport shoes je. Beg pon jenis sling bag je banyaknya. 
High heels yg tak tinggi mana ada satu je, simpan untuk presentation or kena gi interview or majlis dengan kedutaan. hahahah

Sebahagian dari hasil shopping masa boxing day 2008. Banyak beli utk adik adk I je..
Walaupun masa ni umur baru 21 tahun, I dah beli Pyrex, Corelle segalanya. untuk bawa balik Malaysia. Yang corelle and pyrex tu I simpan untuk diri sendiri. 
Ada yang I hadiahkan dekat my mum...


I joined community student malaysia kat sana gak, Mulanya jadi perwakilan students wanita. then jadi setiausaha. Meriah gak la..kitaorg join berniaga di pasar malam..,Laku and menguntungkan. 

Buat family day. annual dinner. 



Masa family day...main zero point. masing2 nak tunjuk hebat game zaman budak2 sekolah dulu. 
Ni buat dekat Mill Point, tak jauh from my apartment,just sebelah Swan River. 


Winter (July) 2008, I sempat fly to Melbourne. Spend few days kat sana dengan kawan2 dan sight seeing. Then, joined road trip 12hours to Sydney. Tak banyak tempat yang sempat dilawati kat Sydney. sebab kejar masa nak balik Perth coz I ada interview dengan petronas. hahah . end up I tak lepas pon interview dengan petronas.. 




Dekat Melbourne... 

Best travel time student ni sebab accommodation kita tumpang rumah kawan. 
Makan semua on minimum bajet. 
Save duit banyak dekat situ. 
Kereta pon share2 kalau ada ramai member join...
Tapi I tak banyak sangat jalan compare to my other friends yg buat course engineering...
sebab geology course kan asyik ke field trip aje setiap kali sem break...


eh, kena stop..
makin lama throwback, makin panjang I menulis..
sure korang tak baca habis pon kan..

just nak keep some memories of my ug life here....


bye-bye


*missing Perth and Australia*




4 comments:

  1. sweet memories.suka sangat2 sebab kita pun pernah la verangan nak studi obersee tapi tak kesampaian.hahaha.so bila baca ur writing rasa mcm feeling2 studi kat sana pulak.apa pun ,pengalaman tu mmg tak dapat dijual beli kan.

    FAD

    ReplyDelete
  2. Aty ni kompem antara students cemerlang..geologist ssh jgk kos dia kan..menantu hubs akk geologist but now keje kt petronas..dia UMS dulu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Athi...

    Tengok gambar orang gi belajar overseas, jealous je semacam. Tapi tu la, dulu suruh belajar betul-betul, malas. Pas tu meleleh je airliur tengok orang gi overseas sambung belajar. Hehehe...

    Mama lom ada rezeki nak sampai Perth lagi. Setakat kat Sydney just for a few days, long time ago. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Gambar zaman study dulu ek? Ermmmm kita punya ada dalam hardisk komputer yang lama.. dah cabut keluar sebab tukar hardisk baru...

    itu pun komp ada dekat kg.. dah dijadikan tukung kot. Rasa macam nak korek balik je gambar dalam tue

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...