Assalamualaikum korang,
Malam ni anak2 tidur awal. Penat sangat kot sebab siang mmg tak tido (Imani tido kejap je), pastu seharian penuh aktiviti padahal tak gi mana2 pon, dekat rumah je. Petang gi jogging plak, letih so tidur awal.
Tengah hari tadi, masak lauk simple je. Iaitu Paprik Ayam.
Sebab dah agak lama tak share resepi kat blog ni, so di hari Sabtu tengah malam ni, ada mood pulak nak tulis blog.
Masak lunch sekali untuk dinner. Biasanya memang macam tu la kalau weekend. Masak sekali untuk makan 2 kali. Husband mmg jenis ok and tak kisah makan lauk sama. Kadang2 tambah la satu jenis lauk lagi untuk dinner, depends jugak minum petang makan apa...klu dah makan berat2, dinner gitu2 je.. Eh, mukadimah panjang berjela...
So, untuk masak paprik ayam ni, bahan-bahan yang I pakai mcm dalam gambar ni.
Bawang putih, Bawang Merah, Halia (untuk tumis)
Bawang Holland (untuk masukkan di akhir2 nanti)
Serai
Cili padi
Cili merah
Daun Limau (tak de dalam gambar)
Cauliflower
Carrot
Baby Corn
Kacang Buncis (biasa orang guna kacang panjang, tapi sebab kitaorg lagi suka buncis, maka pakai buncis je)
Tomato
Ayam
Selain tu, untuk perencah, guna tiga jenis sos ni..
Sos cili, tomato and tiram.
I bukan jenis stick to one brand, so mmg pelbagai jenis brand ada kat rumah ni untuk barang2 memasak.
Kimball ok, Maggi ok, Life pon ok...
Sambal(cili giling) pon pakai gak (satu-dua sudu)
Mula-mula, tumis bawang ngn halia semua tu dulu..
Then, masukkan satu @ dua sudu cili giling.
Tumis..
Masukkan air..
Then masukkan ayam,
pastu letak la sos-sos tu semua, ikut la berapa sudu korang suka..belasah je..
masukkan sayur2 yang keras mcm carrot and baby corn...
tambah la air kalau makin kering..
masukkan serai semua segala..
biar mendidih
Dah hujung2, masukkan sayur2 lain yg agak lembut..
Klu perlu, tambah garam/perasa ...
I tak tambah apa2 dah sebab rasa mcm dah sesuai ngn tekak sendiri..
Last siap terhidang...
Senang sangat nak masak paprik ni...
Hidang ngn nasi panas n telur dadar..
Macam makan kat kedai je rasa...tp lagi mewah sebab kat kedai always banyak bawang dari ayam...
kan?
lebih kurang resepi kita...hehe...sedap kn? i kalau masak paprik suka makan dgn nasi goreng & telur mata..eh tiba2 rasa teringin pulak...haha
ReplyDeleteFuyoooo..terliur tgok tau...
ReplyDeletesedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
ReplyDeletenk kene try ni..
jemput ke blog saye..
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..
Moga bermanfaat :)
terima kasih atas resepi... macam sedap je.. nak kena try masak ni..
ReplyDelete