Bagi sesetengah readers, mesti dah tahu yang saya buat business part-time secara online.
Nak kata 100% tumpuan diberikan pada business ni, memang saya mengaku tidak.
Permulaannya,
Saya mula berniaga secara online pada akhir 2011. Masa tu saya masih menjawat jawatan sebagai pekerja di sebuah syarikat swasta di ibu negara. Entah macam mana tiba-tiba datang idea untuk berniaga.
Saya sangat berminat dengan apa jua barang baby pada masa tu.
Saya cuba dengan belian pertama 10 keping diaper clutch dari Snugg Baby.
Ada la beberapa keping terjual kepada rakan-rakan office masa tu.
Selebihnya saya jual pada ahli keluarga (of course dapat extra discount) atau bagi hadiah pada kawan2 yang baru bersalin.
Namanya,
Saya pilih nama MyHafiy mestilah sebab Hafiy itu nama anak sulung saya. dan saya memang berniat untuk anak-anak seterusnya, saya akan kekalkan nama Hafiy untuk anak lelaki dan nama Hafiyya untuk anak perempuan. Jadi, nama anak kedua saya pun Hafiyya.
Blogshop ini kira inspired by my kids.
Diteruskan juga perniagaan dan perkhidmatannya disebabkan anak-anak saya.
Motivasinya,
Sejak November 2011 sampai ke hari ini, Alhamdulillah, sambutan terhadap diaper clutch makin tinggi. Walaupun banyak kali business ni tenggelam timbul. Banyak kali juga saya rasa nak abandon aje business ni.
Tapi setiap kali ada customer pm di facebook atau di email bertanyakan bila stok baru akan sampai, saya jadi bersemangat untuk teruskan berniaga walaupun kadang-kadang orang hanya bertanya. Bila stock dah ada, jualan masih perlahan. Biasalah, saya anggap itu adat berniaga. Saya pegang kata-kata Rasulullah SAW, 9/10 dari punca pendapatan datangnya dari perniagaan.
Selain itu, lepas saya berhenti kerja, memang tak dinafikan kehidupan kami sekeluarga di downgrade. Masakan tidak, kalau sebelum ni hidup bekerja suami isteri, pendapatan isi rumah menghampiri 10k satu bulan (maaf, saya bukan nak riak) tapi tiba-tiba sahaja pendapatan isi rumah < 3k per month, itupun belum tentu masuk pada tarikh yang ditetapkan. dengan perbelanjaan wajib makin bertambah (sewa rumah, pertambahan anak etc)..
Jadi, bila ada pendapatan serba sedikit dari jualan MyHafiy Blogshop, saya gunakan untuk bayar bil-bil yang patut. Untuk dijadikan modal roll back, memang tak dapat. Banyak kali saya keluarkan simpanan untuk beli kain dan upah jahit. Saya regret sangat saya tak pandai menjahit, kalau tak, mesti lebih mudah.
Pertambahan produk,
Selain diaper clutch, kini kami ada nursing cover jugak.
Rupa diaper clutch dan barangan baby yg muat diletak |
Selepas 2012, saya mula introduce nursing cover jahitan penuh kasih sayang daripada mak mertua saya di blogshop ini. Ada permintaan walaupon tak banyak.
Perlahan-lahan makin ramai bertanya pasal nursing cover ni.
Nursing cover yang mak mertua saya jahit ni saya guna dari tahun 2011 hingga sekarang. Pastinya saya sangat selesa. Bukan sahaja saya guna, malah semua ipar duai kami menggunakannya. dan juga rakan-rakan terdekat kami. sepupu2 kami.
Apa yang special dengan nursing cover dari MyHafiy Blogshop?
My sil donning our nursing cover |
Myself with my daughter inside the nursing cover. While waiting for our plane to Tawau, October 2013 |
1. Tutup aurat di bahagian depan badan, belakang badan dan juga sisi badan. Nursing cover MyHafiy Bloghsop bukan jenis macam apron, yang sangkut di leher/bahu dan hanya menutupi bahagian depan badan.
In the flight. |
2. Material kain cotton yang sejuk dan lembut. Tidak jarang dan selesa.
3. Pilihan corak dan warna sangat menarik.
4. Harga murah atau setanding di pasaran.RM54 sahaja (tidak termasuk postage).
5. Dijahit oleh seorang ibu dan nenek yang berpengalaman menyusukan anak dan melihat bayi disusukan. InsyaAllah baby tak lemas kat dalam nursing cover, boleh sneak peak melalui ruang leher yang luas.
6. Turut available dalam plus size (untuk ibu yang berat badan melebihi 80kg ke atas).
7. Free zipper bag untuk simpan nursing cover ni dalam handbag atau beg baby...
Senang boleh guna untk mengepam di office jugak.
contoh nursing cover dengan beg |
Selain tu, saya berjinak jinak dengan dropship. Jual mainan baby, swaddle pod, socks dan mittens.
Tapi yang ni untung sikit-sikit je la. Sebab sekarang dah ramai buat dropship ni. Ikut nasib la.
saya bukan paksa customer beli dengan saya. Tapi insyaAllah saya bagi harga paling rendah boleh bagi.
Antara barangan yang saya jual secara dropship
Lamaze soft toy Rm25 |
Swaddle pod Rm50 |
Facebook dan Instagram,
Facebook Page MyHafiy Blogshop |
Dulu saya mula dengan sebuah blog je. Kemudian saya rasa perlu ada Facebook page untuk MyHafiy Blogshop. Maka tercipta satu facebook page. Syukur, dengan ada fb page, makin senang dan mudah nak upload gambar dan berkomunikasi dengan customers or potential buyer.
Lately ni, kami launch Instagram pulak. Mungkin lambat dari business lain. Tapi sekarang dah ada. Boleh search #nursingcover #sayajualnursingcover #nursingcovermuslimah #salinlampinmudah #myhafiyblogshop #snuggbaby #diaperclutch
Promosi,
Saya dapat idea untuk hadiahkan diaper clutch saya pada seorang blogger terkenal yang baru bergelar ibu tahun lepas (2013). Alhamdulillah, hadiah saya disambut baik oleh blogger tersebut. Adik Irine Nadia. Dan dia suka menggunakan diaper clutch ni.
Jadi Irine tolong saya promote di blog dia menyebabkan saya dapat ramai customers ...
Alhamdulillah. Terima kasih Irine.
http://cheerisheverycherry.blogspot.com/2013/09/terima-kasih-irine-nadia.html |
Harapan,
Setiap yang kita lakukan mesti lah kita letak harapan. Tinggi atau tak tak kisah la kan. Untuk business MyHafiy Blogshop ni, saya mmg berharap suatu hari nanti dapat buat product sendiri. Bukan berganutng pada jadi reseller SnuggBaby dan dropship sahaja.
Nak buat product apa masih belum tahu. kami nak cuba promosikan nursing cover ni dengan lebih meluas lagi. Kalau korang ada cadangan apa2, boleh lah bagi untuk penambah baikan lagi.
Niat nak letak barang di kedai yg terima vendors.
Tapi kena cari yg betul strategik dan mudah untuk kami kunjungi.
Kena pikir duit sewa tapak jugak.
Kalau nak serius betul2, mmg kena focus betul2 pada biz ni.
Tapi buat masa ni, saya rasa masih part-time lagi untuk biz ni..
kalau dapt modal, ingat nak pergi China beli barang baby terus dari sana.
Lagi untung dan murah.
Doa-doakan ye...
Dan terima kasih pada semua readers/customers yang pernah membeli dengan MyHafiy Blogshop.
#sayajual ye...
Alhamdullilah. Mmg seronok buat bisnes & benda yg kita suka.insya allah semoga dimurahkan rezeki awak.
ReplyDeleteBtw.saya buat bisnes shaklee, baru jer wahm.mmg mencabar sbb bak kata awak, bisnes ni kita punya.no more makan gaji.
Jemput lah ke blog saya yer :)
FAD