Monday, September 22, 2014

Resuming old hobby: Novel The Lost and Forgotten Languages of Shanghai

Assalamualaikum, 


Hari ni dah 22 September. Dah quarter three of Year 2014. Cepatnya masa berlalu. 
Rasanya sejak jadi student balik, dah lama saya tinggalkan hobi membaca novel ni. 
The last novel yang saya review (read Baca) ialah pada February 2012, iaitu the final month saya masih bergelar seorang pekerja sebelum berhenti kerja. 
Novel tersebut saya pinjam from Nora (kawan rapat di tempat kerja lama) and bertajuk A Stolen Life .

Since jadi student balik, saya memang banyak beli novel . Well, dah dapat Voucher Buku 1 Malaysia kan, banyak la novel dapat beli. Nak beli buku2 ilmiah memang kesemuanya online di Amazon atau bookstore dari university je, so tak dapat guna VB1M tu. hehehe.. Collection novel makin bertambah dan bersepah.. tapi nak cari masa nak baca novel relax-relax memang tak ada. Lepas viva dan settle submission hardbound thesis, maka saya ambil peluang keemasan ni untuk mula balik hobi lama saya iaitu baca novel...

Bestnya dapat tenggelamkan diri dan hilangkan pemikiran sebentar dari dunia realiti.. 
Fokus pada pembacaan novel ni.. 

Saya mulakan dengan novel The Lost and Forgotten Languages of Shanghai...





Novel ni saya beli dekat Big Bad Wolf 2012..
Harga asal tak tahu la berapa, tapi saya dapat RM8 sahaja.


Jalan cerita dia ok.. Sebenarnya idea untuk novel ni saya rasa lain dari yang lain. Not a typical romance novel. Kisah dia berkaitan seorang suami (Li Jing @ James) yang juga a very successful businessman yang tiba-tiba mengalami permanent brain damage selepas terlibat dengan kemalangan. Brain damage yang Li Jing alami menyebabkan dia mengalami Aphasia (No Speech condition) di mana dia hilang keupayaan untuk bertutur atau menulis bahasa ibunda dia iaitu Bahasa Cina. Sebaliknya dia menjadi sangat fasih bertutur dan menulis Bahasa Inggeris (American Style) yang menjadi bahasa pertamanya semasa 10 tahun terawal dalam hidup dia. Li Jing ni dibesarkan di USA sampai umur 10 tahun dia ikut ayah dia balik ke Shanghai.. Lepas tu, dia menjadikan Chinese sebagai first language dan makin melupai English Lang..






Tapi akibat kemalangan tu, satu persatu masalah timbul dalam perkahwinan dia dengan isteri yang dia adore sangat sejak dari zaman universiti sebab isteri dia (Mei Ling) tak pandai langsung bercakap English. Lagipun Mei Ling seorang yang classical dan bekerja sebab editor sajak (poet) bahasa cina.. 

Mei Ling ada disarankan oleh doctor untuk belajar bahasa English tapi suami dia refuse dan tak benarkan sebab dia rasa yang sakit dia bukannya isteri atau anak dia.. So, untuk bantu husband dia dengan speech therapy, Mei Ling hire seorang pakar neurologist dalam bidang Aphasia ni dari USA untuk jadi personal therapist husband dia. However, end up, husband dia ada hubungan intim dengan doctor from USA ni....
Sepanjang tempoh tu, dorang berkomunikasi dengan menggunakan translator atau electronic dictionary...

And they lost their love within the translation. 
They forget to tell each other their love..

Sedang Mei Ling struggle untuk make sure bizz husband dia kembali pulih, uruskan anak, uruskan father in law dia yg akhirnya meninggal dunia dan uruskan urusan rumah tangga dan suami dia yg hanya duduk main video game dan hanya bercakap dengan therapist sahaja...





Ending cerita ni baru menonjolkan penyelesaian yang sepatutnya pasangan ni ambil sejak dari awal kemalangan tu berlaku.. 

Tapi semua dah terlambat. damage has been done to their marriage. 

And the wound is there.forever. 

Well, kalau korang jenis minat novel macam ni...suggested la untuk baca..

I dh lama tinggalkan novel chic flip style ala-ala zaman remaja dulu....

kini I beralih ke arah novel lebih matured gitu...

*gaya orang tua katakan*



No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...