Assalamualaikum semua (and Hi too)
It's Monday and I've decided to finish all my #HollandTrip2014 yang dah lama peram dalam draft ni.
Cerita hampir 3 bulan lepas. InsyaAllah, ada lagi saki baki ingatan pasal trip ni.
Sehari sebelum kitaorg bertolak balik ke Malaysia, kitaorg just pusing-pusing sekitar Amsterdam. Masa ni dah rasa tak sabar sangat nak naik flight balik Malaysia. Rasa boring sangat sangat dah duduk kat Holland especially dekat Amsterdam la.
Masa kat Amsterdam, mcm I pernah cerita dalam entry bulan June lepas, kitaorg menginap dekat Ibis Styles Hotel. Setiap hari, almost every 30minutes, akan ada bus double decker yang warna merah akan lalu depan jalan besar. Bilik kitaorg pulak betul2 menghadap jalan besar ni. Setiap hari I dengar Ilyaas dengan Imani bersorak ajak naik bas dua tingkat.
So, hari terakhir dekat Amsterdam, I berjaya pujuk husband untuk naik bus dua tingkat ni. Lagipun masa tu, duit Euro kitaorg cukup2 la untuk naik bus tu dan untuk makan. Dari segi transportation dalam Amsterdam/ke Schipol, kitaorg pakai OVChipkaart je.
Kitaorg beli tickets untuk naik bus ni dari Tours & Tickets. Kedai/office company ni boleh dijumpai di merata-rata tempat sekitar Amsterdam. Sepanjang jalan dekat Dam Square ni ada dekat 5-6 buah kedai ni saja. Actually Tours & Tickets ni macam travel agent, korang nak beli pakej macam2 pon boleh, tapi I nasihatkan korang beli Holland Pass terus, lagi jimat. Tours & Tickets ni tak la murah sangat, kitaorg amik pakej naik double decker bus je, so memang tak mahal mana, kitaorg bayar 18euro. Ilyaas and Imani free lagi sebab below 4 years old. Lagipun ni memang out of our plan, sebab ada duit extra dan nak penuhi impian anak teringin nak naik bus dua tingkat je kitaorg amik pakej ni.
Konsep bus dua tingkat dekat Amsterdam ni I ringkaskan mcm kat bawah ni yer:-
* Bus ni stop dekat banyak stations di sekitar Amsterdam (semua station yang dia stop tu adalah tourist attractions. Pardon me, I dah lupa berapa stations dorang stop.
* Ticket valid for 24 hours. maknanya, kalau korang mula on board bus tu pukul 2petang harini, sampai esok 2petang korang boleh naik lagi bus ni secara percuma.
* Boleh naik/turun di semua station yang dah ditetapkan.
*Dinasihatkan, jangan naik dari Centraal Station / Dam Square sebab kat sini kebiasaanya ramai orang beratur nak naik. Kira mcm check point utama. Lebih baik korang naik tram stop dulu kat mana2 station (contoh mcm Ann Frank's House ke) baru on board bus ni.
* Ada earphone provided. So boleh dengar audio masa dalam bus.
Ni la rupa bus yang kitaorg naik. Masa ni kitaorg tengah beratur panjang gila...Ni dekat Centraal Station. Menyesal beratur kat sini. dengan anak-anak kecik lagi. Pastu ada orang dok isap rokok tak consider langsung kitaorang dengan baby and toddler.
Mulanya I dah nak give up naik bus ni. Siap jalan from setiap orang yg beratur depan/belakang kitaorg and tanya nak purchase tiket ke tak.. Sebab ticket boleh beli onboard jugak...Lupa nak bagitau awal2 entry ni tadi.. Malangnya, semua yg beratur dah beli tiket siap2...
Memikirkan duit yg di spend untuk beli tiket tu, kitaorg continue la jugak beratur. Masa ni cuaca sejuk lagi. Hujan gerimis/mist turun sekali sekala. memang Ilyaas dah mula mengigil dah.
Ni kitaorg dah beratur satu pusingan panjang..yang dok tengah beratur tu belakang2 kitaorg. memang panjang gila line..
dekat sejam lebih beratur ok.
Dah sampai turn kitaorg cepat2 lari naik tingkat atas bus. Sebab Ilyaas mmg nak duduk atas, padahal ruang kat bawah kosong je. and lagi luas. Stroller kitaorg tinggal belah bawah bus jer.
Imani dah lena dalam baby carrier masa ni. Ilyaas mula2 tu excited la jugak, lama-lama dia boring. I dengan husband je layan dengan audio dalam bus tu.
kitaorg tak turun pun kat mana-mana station. Ada satu station (station yang stop dekat Diamond Factory), kita boleh masuk diamond factory tu free sebab harga dah kira sekali dalam pakej. Memang ingat nak jugak jamu mata tengok org cut diamonds cantik2 tu, but tengok Imani dok lena nyenyak je kitaorg pon x jadi masuk .
Duduk je dalam bus melihat sekitar Amsterdam. Boring jugak ler sebenarnya.
But worth it untuk those yang memang nak melawat tempat2 menarik sekitar Amsterdam...
Salah satu windmill di Amsterdam. Sorry pic blurr sangat sebab cuaca mmg mandom je time ni plus my camera phone dah nak rosak masa ni.
Lepas one round, kitaorg turun and amik tram balik hotel. Singgah supermarket beli Stroopwaffles untuk buat bekal bawak balik Malaysia. Petang tu kitoarg gi Schipol Airport simpan beg beg besar supaya senang nak travel awal pagi with kids on the next morning...
*Al Fatihah untuk semua penumpang MH17 dari Amsterdam ke KL*
Nanti nak story pasal nak boat pulak
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...