Monday, September 29, 2014

Rajinnya Anak Teruna Saya

Assalamualaikum & Hi semua, 

Selamat Hari Isnin..
Hari ni patutnya I tak nak datang uni. datang buat apa lagi kan, student card and other access cards semua dah serah kan pada security. I am no longer a student. Cheeewahhh...
Sekarang penganggur bertauliah :P

Tapi atas beberapa sebab I datang jugak la, lagipun I belum surrender my work station lagi.. 
Dok rumah pon sorang-sorang. Anak2 I still hantar kat babysitter (masih bayar bs bulan2 since I tak tau bila I akan mula kerja, tak nak stop kejap2 suka2 hati nak hantar/ tak hantar).. 

Masuk pagi2 dapat semangat untuk buat marketing untuk nursing cover muslimah dari MyHafiy Blogshop. Jemput baca, jemput share dan hebahkan ye kawan-kawan ...{Thank You}..

So, berbalik pada tajuk entry ni...Anak teruna I dah masuk 3 tahun 6 bulan (42 months old). 
Dah nak masuk tadika tahun depan. InsyaAllah. Haritu dah register dia kat Tadika Kemas Murni (nama macam dalam citer Upin Ipin)...

Sekarang Ilyaas ni sangat rajin. 
Rajin buat benda yang kita rasa risau untuk biarkan dia buat..
Tapi sangat malas/culas untuk merajinkan diri kemas mainan atau buku yang dia sepahkan..



Nampak tak apa yang dia tengah rajinkan sangat tu?





Hari-hari, kalau boleh 100 kali dia nak tolong basuh pinggan, basuh cawan, basuh tangan.. 
Basuh bukan jenis bilas-bilas dengan air paip ni...Mesti kena sabun bagai. 

Satu cawan pon dia akan basuh bersih-bersih kasi kilat. 

Dah tak nak umi or ayah tolong basuh kan lagi...


Dah big boy sangat. Tengok la gaya dia tu..
Sapa berkenan nak buat calon menantu? kehkehkehkeh

Dia akan heret kerusi size kanak-kanak yang memang I belikan untuk dia ke dapur. Letak depan sinki. 

Then, dia bukak pair air laju-laju. 
Pastu dia mula la membasuh ..
Kalau dia makan sendiri, dia akan basuh pinggan dia. 
Ni I sempat snap gambar2 masa dia tolong ayah dia basuhkan bekas minuman. So far, I just benarkan dia handle pinggan mangkuk jenis plastik je la. Belum lagi jenis kaca. Risau pecah kena tangan dia pulak kang..

If dia makan sendiri, ada leftover tulang ayam ke ubi kentang ke nasi tak habis ke, dia belasah ke buang dalam sinki tu.. Kena ajar dia , yang left over tu masukkan dalam tong sampah dulu...Baru boleh cuci pinggang..
Tak pon, maybe I kena sedikan satu bekas letak tepi sinki untuk mudahkan Ilyaas buang left over makanan dalam tu, tak perlu lah dia tunduk2 bawah sinki untuk buang sisa makanan dalam tong sampah. *kena consider ni tp semut pulak nnt hurung*



Cuci cuci kasi bersih...

Pastu bilas...

Kalau dia terlebih rajin, dia tarik kerusi dia ke tempat kering kan pinggan.rak pinggan pulak, just kat belakang sinki tu jer..

Dia susun pulak kat situ...



Ni konon dah siap cuci la ni.. 

Padahal still ada saki baki sabun dalam tu...

Kena inspection dulu...

Sila abaikan ketidak sopanan susunan di dapur kecik I tu yer..

Apepun, mula2 rasa nak halang dia dari buat semua ni.. Tapi fikir2 balik, biarkan aje. 

Dia tengah membesar, sedang belajar. Baguslah dia rajin nak menolong .. 
Kalau I masak pon dia selalu nak tengok ...Cuma bahaya la kan takut terperck minyak, or dia termain pisau ke apa...

Satu bab yang dia tak rajin @ malas ialah bila suruh kemas mainan ngn buku. bab sepahkan mainan, dia memang no satu. bab sepahkan buku, Imani no satu...

Penat nye la nak susun mainan dorang. Berapa kali dah cakap, still dia buat dunno derk je bila suruh kemas... 
Kadang2 I dah panas, naik la suara...rasa geram nak cubit2 je...mulut dia dah la pot pet pot pet tak berenti...pandai jawab plak tu....


Ok ok enough membebel....biasala kan budak besar ni, ....


sebelum I end story ni, nak share yg skrg nursing cover kami dah ada tag label..

Ini la rupanya... So sesiapa lepas ni beli nursing cover, confirm dapat tag ni sekali pada nc korang...

And ada satu announcement untuk semua yang ada di Terengganu...


Hebah-hebahkan ye korang....




3 comments:

  1. rajin betula ank bujang sis..
    kena puji2 tuh..
    sebab dah 3 tahun kan..
    dh pandai semua bnda nak buat sndiri..

    ReplyDelete
  2. Amboi..rajin anak bujang tolong umi kat dapur yer. siap basuh pinggan sendiri.. pandai sangat ni. :)

    ReplyDelete
  3. rajinnye.. subhanAllah.. pandai basuh bersih2 pulak tu..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...