Assalamualaikum,
Petang-petang gini I suka berangan.
Berangan kan percuma...
Hari ni I nak share angan-angan pasal kitchen cabinet.
Dah beberapa minggu sebenarnya I asyik belek magazine pasal dapur, scroll #kitchencabinet dekat instagram, bukak website Ikea dan membaca blog-blog korang yang sudi share info pasal decoration kitchen cabinet korang.
Kali ni, rasa lebih gigih berangan-angan untuk kitchen cabinet ni. InsyaAllah, tak lama lagi kalau diizinkanNYA, mungkin tercapai cita-cita nak pindah masuk rumah sendiri...^__^wink wink wink ^__^.
Kalau ikut pembacaan and research pasal kc ni, ada 3/4 jenis material untuk pintu kabinet. tapi I tak buat perbandingan lagi. penat nak pikir sebab ni angan-angan je pon.
1. Kayu
Biasa orang guna kayu nyatoh atau kayu jati.
Warna biasanya orang kekalkan warna asal kayu (brown) atau putih (gaya country english).
Nana guna kayu nyatoh untuk kitchen kabinet dia.
Tak silap I, kualiti kayu nyatoh/jati paling bagus. Maka, harganya paling mahal. Dari segi kecantikan, memang evergreen. Kekal cantik menawan tak ditelan zaman. Jenis kayu ni kira first generation of kitchen cabinet's doors.
2. Melamine
Ni pulak second generation. Lebih ringan. dan boleh tempah dalam pelbagai warna atau nak letak corak2 macam alis kayu pon boleh. Harga lebih murah berbanding material kayu asli. Tempoh ketahanan kurang sedikit dari kayu nyatoh atau jati. dan lebih ringan.
Tak boleh biar terendam dalam air lama-lama, nanti mengembang.
3. 3G Glass/Aluminium
Ni agak trendy dan menampakkan hasil pintu yang berkilat. Pakai aluminium frame. So, tak berkarat. Kebanyakkan rumah zaman sekarang go for this kind of material. nampak cantik selalu..Harga lebih murah dari kayu nyatoh atau jati, tp lebih mahal daripada melamine.
4. 4G Glass/Aluminium
The latest design. Improvement from 3G.
As for now, I belum decide pon nak pilih material apa. semuanya nanti bergantung lah pada budget yg kami ada. mungkin tak buat kc pon ye jugak. tunggu settle segala, lepas beberapa tahun baru buat kc. huhu..tengoklah mcm mana nanti..
Berdasarkan kecenderungan I menelek design kc ni, I rasa I lebih tertarik ke arah material kayu. I memang agak old school bab2 ni.. ataupun umur dah makin meningkat ni citarasa ke arah benda2 kayu plak...
Tapi material kayu mahal...sobs sobs..
untuk 3G glass aluminium tu rasa macam tak berkenan di hati.
I tak suka sangat kilat2 ni..
melamine mungkin dipilih sebab murah dan boleh di buat jadi bentuk2 kayu ala2 kayu nyatoh ...
we'll wait and see
wait for the money to come first..
:p
Sementara tu,layan la dulu gambar ihsan dari internet ....
Macam gambar ni rasanya pakai pintu jenis melamine ni..
nampak cantik jugak.
I memang nak ada warna putih (ataupun warna cerah) tapi nak mix dengan satu warna lain.
Mungkin baby blue macam pic kat atas ni ke.
Nampak ala-ala Mediterranean gitu..Gmbar from website Ikea.
Kalau boleh nak combine dengan ruang makan macam ni.
Ikutkan, tak nak letak meja makan dekat ruang tamu nanti.
lagipun ruang tamu kitaorg nanti bukan besar/luas sangat pun.
tapi itu pun kalau mampu nak extend bahagian dapur jadi lebih luas.
angan-angan je...kata percuma..hehehehe
tapi warna kayu light brown mcm tu I tak berapa berminat.
tp husband I suka warna2 macam ni..
bentuk kc yg G-shaped tu pon I suka jugak. semua benda penting di dapur berada dalam triangle pergerakan kita...(dapur, sinki dan peti ais)..
yang ni I jatuh hati.
Warna putih dengan hijau mint.
Nampak country sangat. dengan chandelier tu lagi.
Bunga atas meja.
Berangan .
Oven kaler merah..
sukanya...
tapi tak berapa nak practical letak meja tengah2 bila ada anak kecik.
bentuk pintu kc dekat bawah sinki tu I berkenan, ada ruang2 udara dibuat secara vertical untk pengudaraan di bawah sinki.
Ni bentuk U-shaped.
Pon I berkenan.
Warna putih dengan table tob warna kayu.
Not bad...ruang susun pinggan kat hujung tu pun menarik.
I tak suka dapur jenis L atau I..yang terbuka luas sangat..nanti rasa kekok nak bekerja.
lebih penting, I don't think dapur kat rumah kitaorg nanti mampu nak buat jenis L atau I yang besar2 atau luas..
Macam ni menepati piawaian I jugak.Sekali lagi warna putih dengan mint green ke arah kelabu/pale blue..
dengan meja makan diletak berasingan tapi masih di dalam satu ruang. Bentuk G-shaped macam ni memang I suka.
tapi I tak nak kot letak table top granite. bukan sebab mahal. tapi sebab I dah bosan tengok batu.
my life is all about rock you all. nama pun geologist. (walaupun pernah jadi geophysicist suatu masa dulu).. nanti kat uni asyik2 batu, balik rumah nak masak pon tengok batu lagi..
tapi klu x amik granite, nak amik limestone. pon batu jugak..at least I suka limestone/marble daripada granite..
tapi memang tak la amik solid surface sebab tak tahan panas/tak tahan calar..
This is another one yang I suka.
Warna light green dengan putih.
Alamak, nampak mcm I memang dah cenderung sangat pada warna2 pastel mcm ni.
dapur ni nampak kecik jer..tp banyak drawers boleh buat. sebab dia pakai G-shaped ni.
tapi kalau I buat kabinet sampai atas tinggi terus. banyak ruang penyimpanan..
Ni U-shaped.. Sekali lagi warna pale blue. pastel jugak yg menarik di mata I.
Table top tu macam guna kayu kan..
ok jugak ni mesti tahan panas I rasa..dengan sinki yang luas and besar.
walaupun nampak sempit tapi I suka.
Senang nak bekerja sendiri and nak kemas pon tak lama sangat..
Ni pun U-shaped jugak.
Modern country english style.
tak sarat dengan bunga2
and kemas je nampak...
sebelah dapur ni leh letak meja makan...
weeeee
seronoknya berangan
dalam hati berbunga-bunga tau bila berangan ni tau.
abang, please consider bentuk U or G ni untuk dapur kita nanti..
apa kata korang?
wah, semua gambar tu cantik-cantik! saya pun lebih minat ke arah perabot yang berkonsepkan kayu. minat arwah abah. ^^, semuanya mesti kena ada kayu.
ReplyDeletegambar yang lawa saya tengok no 2 dengan no last tu. hehe.
tapi lagi best kalau dapat kitchen cabinet yang boleh memenuhi semua ruang. kiranya tak ada pun space yang terbazir dekat cabinet tu. semuanya boleh disimpan macam-macam.
Dulu pun nk yg kayu..lepas tu tukar plak..pastu tukar plak..selagi rumah xsiap selagi tu la dok tukar2..hehe..nama pun berangan kan..
ReplyDeletex sabar nk ada umah sendiri..athi blh tgk di blog Intan Norazam, dia ada tulis entry pasal kitchen cabinet-atie
ReplyDelete