Friday, September 5, 2014

Hardbound Thesis di Manjung (Perak Tengah)


Alhamdulillah. Kami tinggal nak submit hardbound thesis je ke graduate school. 

Moga2 dapat join majlis convo tahun ni. 

Ni nak share sikit bagi those students yang mencari tempat untuk binding hardbound thesis yang menggunakan hot stamping printing. tulisan yang jenis ukir-ukir tu. Dengan wording MSc (c kecik) atau PhD (h kecil). 

Tak banyak kedai menyediakan perkhidmatan hot stamping with huruf besar and huruf kecil bercampur. Mungkin kat area Lembah Klang banyak la. Tpi untuk negeri Perak ni, tak banyak. 
Kira untuk Daerah Perak Tengah la ni.. 




Officially done
Ini thesis kami berdua
a true self satisfaction as well as our happiness bersama
penyumbang semangat utama kami pastinya
dua cahaya mata kami
Ilyaas Hafiy
Imani Hafiyya
These are for both of you sayang
sapa2 nak cite thesis kami/papers kami silalah..heheh


Kitaorg buat hardbound thesis ni dekat Manjung yer. Nama orang tu Uncle Ramli. 
Semalam hantar printed thesis 7 copies sorang ke Uncle Ramli yang binding kan di Manjung, pukul 10mlm Uncle Ramli sms kata dah siap. 
Cepat betul kerja Uncle Ramli ni. Sebab dia janji mulanya hari Sabtu atau Ahad baru dia dapat siapkan. 
Kitaorg ok jer. 

Sebenarnya, a day before hantar tu, I dah sms bagitau nak buat hardbound. So Uncle Ramli sms details yang diperlukan berserta alamat email dia. 
Apa yang korang kena get ready a day before korang hantar printed thesis korang ialah:-

1. Cover Page (ikut format Universiti masing-masing lah)
2. Title untuk ditulis di spine thesis (Sebelah tepi macam dalam gambar kat atas ni) (>< daripada 40 aksara/huruf)
3. Total pages including Table of Content, appendices, list of figures etc
4. Total no of books

Uncle Ramli akan get ready kan printed bahagian muka depan dan spine thesis tu. 
Make sure bagitau jugak korang ni level of study Master ke PhD ke..MEng or MSc...
By the time korang hantar thesis tu kat rumah Uncle Ramli (yup, he works from home), Uncle Ramli just bind kan dengan jahitan kat tepi thesis tu. 
Cepat la siap. 

Harga untuk satu copy RM30 sahaja. tak kira tebal mana pon. 

Kalau gi ramai2 buat banyak2,dpat la discount lagi.heheheh 

If anybody nak contact no Uncle Ramli, boleh email I yer. my email address (athidean@hotmail.com). Please letak Subject email: Contact no hardbound thesis

Ok sekian iklan tak berbayar ni. 
I happy dengan perkhidmatan Uncle Ramli, so I promote kat sini. 

Uncle Ramli dah biasa buat thesis utk UTP, UiTM and UniKL..

kalau uni lain pon dia boleh buat jugak..=)



10 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...