Tuesday, April 10, 2012

Ilyaas' 12th Month Check-up


JEMPUT SINGGAH KE MYHAFIY BLOGSHOP. DIAPER CLUTCH CANTIK-CANTIK, SESUAI UNTUK MOMMIES YANG GORGEOUS


Assalamualaikum semua,

Pagi tadi kitaorg bawa Ilyaas ke Klinik Desa Siputeh untuk check-up 12 bulan dan injection MMR.
Sekarang Ilyaas dah 12 bulan 2 minggu, tp baru nk check up and injection. Sebabnya, keadaan kesihatan Ilyaas yang asyik demam,batuk and selesema sebelum ni menyebabkan nurse kat KD tu ckp better postponed injection tu. Patutnya, appointment esok, tp since esok kan public holiday, nurse tukar la ke hari ni..

Klinik Desa ni kecik je, ada dua orang jururawat masyarakat yang bertugas. Tp, sorang tu cuti bersalin, tinggal sorang je. yang sorang tu la check semua patient yang datang and jaga klinik tu. Rasa kagum dgn dia sbb still boleh layan semua orang dgn senyuman. Bagus! Btw, hasil one-to-one talk dgn nurse td, saya mmg kena sentiasa monitor suhu badan Ilyaas. Asal demam je, harus berjaga-jaga takut fits berulang lagi.Walaupun dalam tidur, kalau suhu dia panas sgt, fits mungkin terjadi , Nauzubillah! Selain tu, nurse sarankan beberapa perkara memandangkan berat badan Ilyaas menurun dari 9.75kg sebelum ni ke 9.5kg.

- Start campur susu tepung/formula secara intensive since susu saya makin tak dapat menampung keperluan Ilyaas. Walaupun Ilyaas mmg jenis yang refuser terhadap susu selain susu ibu, akan saya usahakan. Kata nurse, probably boleh cuba flavour vanilla or honey. Kalau flavour coklat, najis baby akan keras! (tp dah beli dugro coklat dah ni)

- Teruskan bagi makanan solid 2 kali sehari. Kalau Ilyaas prefer nasi lembik, berikan aja . Tak perlu paksa dia makan nasi keras. Asalkan dia makan.

- Nurse consult on jenis ubat demam yang sesuai untuk saya gunakan pada Ilyaas sekiranya dia demam lagi.Memandangkan saya mmg perlu jadi seorang yang pakar handle anak demam.

Ilyaas masih belum boleh berjalan sepenuhnya. Sekadar 4-5 langkah (itupun sy dah rasa kejayaan besar yang mampu buat air mata sy gugur terharu...Over kan?:P) Tapi tak menjadi masalah. Kalau by 18 bulan dia tak leh jalan sendiri, then further consultation and investigation needed.

Hasil check-up ni, berat Ilyaas ialah 9.5kg dgn panjang 77cm, ukur lilit kepala ialah 43cm,berada di paras normal, Alhamdulillah. Lepas consultation and check up, Ilyaas pon kena la inject! ngeh ngeh. kuat sungguh dia menolak, seb baik umi dia gagah berjaya menghalang dia dari melarikan diri.. Ok, cucuk MMR ni stands for Measles Mumps and Rubella. Dulu Rubella hanya untuk girl je, now boy pon dapat gak. Injection MMR diberikan pada umur 1 tahun dan 7 tahun (nnt kat skol). Untuk info lebih lanjut pasal MMR, boleh baca kat sini.

Till then. Semoga bermanfaat untuk anda yang membaca. =)

2 comments:

  1. Salam..salam perkenalan...Bestkan kalo g klinik kesihatan yg nurse baik2...kelinik kesihatan yg sy pegi pun alhamdulillah baik2 nurse..peramah...happy belated birthday untuk nk awak ye...:-)

    ReplyDelete
  2. Hi.salam kenal.haah syukur dpt nurse baik2.senang nak communicate.
    thank u

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...